prolog

48 24 0
                                    

Kaca mata hitam dipakai apabila tiba di sebuah kedai bunga yang terletak tidak jauh dengan rumahnya. Kedai ini akan menjadi pilihannya jika dia ingin membeli bunga untuk seseorang.

Kaki mula menapak masuk lalu dilihat bunga-bunga yang tersusun elok di dalam kedai itu. Semuanya terlihat biasa dimatanya. Tidak pernah dia masuk kedai bunga kerana selalunya Veinz yang akan membantunya. Hari ini terpaksalah dia beli bunga sendiri kerana Veinz mempunyai urusan lain. Kawan-kawannya yang lain? jangan harap mereka akan pergi, jejak kaki dalam kedai bunga pun tidak pernah.

"Bunga Rose ada?" tanya Alfred kepada pekerja tersebut.

"Ada, merah atau putih?" soal pekerja itu semula.

"Merah."

"Baik, tunggu sekejap ya."

Selepas membuat bayaran, tiba-tiba ada seseorang yang datang entah dari mana melanggarnya dan...

"Prangg!" Bunyi kaca yang pecah itu jelas kedengaran.

"Hey, tak nampak ke orang tengah jalan hah!?" tengking Adrina apabila pasu bunga yang dibawanya tadi sudah pecah kerana jatuh dilanggar seseorang.

Sebelah kening diangkat tanda keliru. salah aku ke? dia yang jalan tak pandang depan, aku yang kena? salah aku?

Dilihat gadis yang baru sahaja menengkingnya tadi. Kepala ditunduk sedikit supaya dapat melihat siapakah yang menyalahkannya tentang pasu bunga yang telah pecah itu.

"Apa?" Adrina yang seperti ingin meletus itu mengepalkan penumbuknya. Dia boleh tanya apa? dia tanya aku? buta ke? pekak?

"Ni! pasu ni dah pecah sebab awak! ganti balik!"

"Kenapa aku pula? kau yang langgar aku yang kena?"

"Awak nak cakap salah saya ke? awak yang tak pandang kiri kanan sebelum nak jalan!" ada ke dia salahkan aku? perempuan tak pernah salah okay!

"Salah aku ke? siapa suruh kau pendek sangat?" saja ingin memanaskan hati gadis di hadapannya ini.

"Apa yang pendek!? awak tu yang terlalu tinggi mengalahkan tiang!"

"Apa bising-bising ni?" terbeliak mata Adrina apabila mendengar suara tersebut. Boss!

"Adrina? kenapa pasu pecah ni?" soal Puan Yati.

"Erkk..."

"Saya terlanggar pasu ni tadi." kata Alfred. Duit berjumlah RM 100 dikeluarkan lalu dihulur kepada Puan Yati.

Tanpa membuang masa, Alfred keluar dari kedai bunga itu. Tidak lupa juga dengan bunga yang dibelinya tadi. Pintu kereta ditutup, bunga yang dibelinya tadi diletakkan di atas kerusi penumpang hadapan.

"Saya janji saya tak buat lagi." kata Adrina. Apalah nasib dia hari ini, pasu pecah lepastu kena buang kerja pula tu!

"Bukan sekali tau perkara tadi berlaku, hari ini dah masuk 3 kali awak buat hal dengan pelanggan kedai ni." Apa dia boleh buat? tahap kesabaran seketul Adrina memang senipis bawang!

"Saya terpaksa pecat awak Adrina, saya tak nak disebabkan awak kedai saya makin kurang pelanggan." Adrina hanya akur dengan keputusan yang dibuat oleh Puan Yati.

"Ambil gaji terakhir awak."

"Terima kasih" selepas Adrina mengambil gajinya, dia terus keluar dari kedai itu.

"Rina!" panggil Qeesya. Dia salah seorang pekerja di situ juga dan kawan baik kepada Adrina. Dia merasa pelik apabila melihat Adrina keluar dari kedai tersebut pada waktu begini. Masih awal untuk pulang.

"Kau nak pergi mana ni?" tanya Qeesya.

"Balik." jawan Adrina.

"Hah, balik? kenapa pula? kau tak sihat ke?" soal Qeesya lagi.

"Kena pecat"

"Kena..." belum sempat Qeesya ingin menghabiskan soalannya, Adrina laju memotong.

"Nantilah aku cerita" Adrina terus masuk ke dalam keretanya.















Mrs. Alfred HarzWhere stories live. Discover now