Bab 2

35 25 0
                                    

Kerusi roda Puan Husna ditolak keluar dari hospital. Sampai sahaja di kereta, dicempung tubuh mummynya lalu diletakkan di tempat penumpang hadapan.

"Mummy boleh jalan lagi tau, kenapa nak susahkan diri guna kerusi roda, lepastu siap angkat mummy lagi." mulalah Puan Husna membebel. Dia bukan apa, cuma tidak mahu menyusahkan anaknya.

"Biarlah, mummy Al juga. bukan siapa-siapa, tak salah pun" orang nak tolong pun tak boleh. Dia cuma tidak ingin kaki mummynya cedera semula apabila dia membenarkan Puan Husna berjalan. Doktor juga menasihatinya agar Puan Husna tidak banyak berjalan dan seeloknya guna kerusi roda terlebih dahulu.

"Terima kasih teman mummy dekat hospital ni." jika orang tadi tidak membantunya untuk pergi ke hospital, tidak tahulah nasibnya seperti apa sekarang.

"Kenapa mummy keluar seorang saja? Pak Mat mana? siapa bawa mummy pergi hospital?" pelbagai soalan ditanyakan kepada mummynya. Jantungnya seakan berhenti apabila mendapat panggilan dari anak buahnya bahawa Puan Husna dibawa ke hospital oleh seseorang.

"Kamu ni banyak sangat tanya soalan, Pak Mat hari ini tak ada, ada hal keluarga katanya." jawab Puan Husna.

"Siapa bawa mummy pergi hospital?" soal Alfred lagi.

"Mummy pun tak tahu dia siapa, lepas sahaja mummy kena langgar lari tadi dia datang tolong mummy. Pakai mask dan hoodie tutup kepala, memang tak nampak siapa." kepala dianggukkan tanda faham. Dia tahu siapakah yang menolong Puan Husna tadi cuma dia perlukan kepastin sama ada betul tekaannya atau salah.

"Al, berhenti sekejap." kereta diberhentikan di tepi jalan raya. Pasti mummynya ini ingin menegur seorang gadis yang sedang berjalan berseorangan itu.

"Panggil dia ke sini Al." Alfred keluar dari kereta lalu dia menuju ke arah gadis tersebut. Dilihat bagasi yang dibawa gadis itu. Kena halau rumah ke apa?

"Sini!" kepala diangkat. Ada orang panggil dia ke?

"Ya?" jarak dirinya didekatkan kepada kereta tersebut. Puan Husna menurunkan tingkap kereta.

"Kenapa jalan sorang-sorang ni? bahaya perempuan jalan seorang diri malam-malam macam ni." tegur Puan Husna dengan lembut.

"Saya..."

"Kau?" Alfred terpaku seketika. Dia seperti pernah melihat gadis ini, tapi dimana?

"Encik?" dia kenal lelaki ini. Lelaki yang melanggarnya kemudian pasu yang berada di tangannya pecah! lelaki ini!

"Nama apa ya?" tanya Puan Husna kepada gadis tersebut. Muka gadis tersebut kelihatan sedikit sembab, mungkin kerana baru selesai menangis tadi.

"Adrina... boleh panggil Rina." jawabnya dengan perlahan. Dia dapat merasakan bahawa wanita di hadapannya ini seorang yang baik, tetapi lelaki itu. Dari tadi melihat ke arahnya, mungkin sedang memikirkan dimanakah mereka pernah berjumpa.

"Rina masuklah kereta ini dulu ya?" jemput Puan Husna.

"Eh, tak apa Puan. Susah-susah je." Puan Husna melihat kearah anaknya.

"Masuklah, kitaorang bukan orang jahat pun." Akhirnya Adrina akur. Lagipun kalau dia tidak menerima pelawaan itu, dia perlu meneruskan perjalanannya tanpa hala tuju. Dia penat!

Sampai sahaja di rumah agam Puan Husna, Adrina tergamam. Cantik! sudah dia duga bahawa Puan Husna dan lelaki itu bukanlah orang biasa.

"Masuklah Rina, buat je macam rumah sendiri." jika dia tergamam melihat kecantikan rumah ini daripada luar tadi, sekarang dia tergamam kuasa dua!
belum pernah dia jejakkan kaki di rumah agam. Ini kali pertama.

"Duduk dulu." Alfred mendekatkan jarak kerusi roda Puan Husna ke Adrina.

"Mummy nak tanya boleh?"

"M...mummy?" sudah lama dia tidak menyebut panggilan untuk seorang ibu selepas arwah ibunya meninggal, dan dia sangat rindu itu menyebut panggilan itu. Sangat rindu...

"Iya, Rina boleh panggil mummy." baru beberapa jam dia mengenali gadis dihadapannya ini tetapi dia sudah jatuh sayang dengan gadis ini. Mungkin kerana wajahnya yang cantik manis dan perilakunya yang lemah lembut.

"Kenapa Rina jalan seorang diri tadi? bahaya tau." Alfred hanya mendengar perbualan mereka sejak tadi. kedua-dua tangan berada di dalam poket seluarnya. Muka tiada riak.

"Rina tak tahu nak pergi mana." kepala ditundukkan sedikit. Dia malu, dia malu ingin bercerita apa yang telah terjadi tetapi dia juga ingin meluah perasaannya.

"Al pergi dapur sekejap." sengaja dia ingin pergi ke dapur supaya Rina lebih terbuka untuk bercerita. Mungkin gadis itu tidak selesa kalau dia berada di situ.


to be continue...

Mrs. Alfred HarzWhere stories live. Discover now