Bab 4

29 17 0
                                    

Alfred setia menunggu Adrina dari luar wad Adrina ditempatkan. Kakinya dari tadi tidak berhenti berlegar di hadapan pintu itu. Perlukah dia memberi tahu Puan Husna tentang ini? dia tidak mahu Puan Husna risau tentang keadaan Adrina, tetapi Puan Husna juga berhak tahu. Dia buntu!

Hanz, Xain, Veinz dan Mert hanya memerhati sahabat mereka yang kelihatan gelisah itu. Alfred tidak pernah berkelakuan sebegini lebih-lebih lagi terhadap seorang perempuan!

"Kau ni duduk diam tak boleh ke?" tegur Xain. Rimas dia dibuatnya melihat Alfred dari tadi tidak henti berjalan ke kanan dan ke kiri di hadapan pintu tersebut.

Alfred yang mendengar itu terus melabuhkan punggung disebelah Veinz. Sudah lama perasaan seperti ini tidak muncul dalam dirinya. Dia juga pelik dengan dirinya yang sangat risau tentang Adrina. Ketika Puan Husna ditimpa kemalangan kecil tempoh hari pun tidak lah seperti ini kerana sudah ada orang yang membantu ibunya ketika itu.

"Kau tak bagi tahu Aunty Husna ke? risau dia nanti." kata Veinz.

"Aku tak nak mummy risau." mummy patut tahu apa yang telah terjadi tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu kepada Puan Husna.

"Tolong bagi tahu ibu." telefon bimbitnya diberikan kepada Veinz.

"Keluarga pesakit ke ni?" Alfred terus bangun dari duduknya tatkala mendengar pertanyaan daripada doktor yang baru sahaja selesai merawat Adrina.

"Pesakit mempunyai alahan makanan laut, jadi disarankan selepas ini supaya lebih berhati-hati kerana alahan yang dialami pesakit sangat teruk dan boleh melibatkan nyawa." tekun Alfred mendengar nasihat yang diberikan oleh doktor tersebut.

"Baiklah, boleh saya masuk?" doktor tersebut pamit sebelum memberi ruang kepada Alfred. Setelah masuk ke bilik yang Adrina ditempatkan, Alfred terus menutup pintu tersebut. Tidak mahu kawan-kawannya yang lain masuk.

"Korang rasa tak apa yang aku rasa sekarang ni? rasa tak!?" Xain menggoncangkan tubuh Hanz. Dia masih belum habis fikir tentang Alfred yang sangat risaukan gadis yang berdalamada di dalam bilik itu. Kawan mereka itu tidak pernah melibatkan dirinya dengan mana-mana wanita kecuali Puan Husna iaitu ibunya sendiri.

"Dahlah panggil kita teman dia dekat sini, lepastu dibiar je kan kita dekat luar ni. kurang manis betul!" rungut Hanz.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Alfred berdiri di hadapan katil Adrina. Riak mukanya dingin sahaja. Adrina yang sedar riak muka Alfred itu terus menunduk. Jari dimainkan antara satu sama lain bagi hilang rasa gementar.

'Dia nak marah aku sebab dah susahkan dia ke?'

"Saya minta maaf." kepala masih menunduk.

"Kenapa minta maaf?" soal Alfred. Nada suaranya juga kedengaran serius.

"Saya dah susahkan awak hari ni..."

"Bukan itu masalah dia sekarang ni Adrina Riana, dah tahu diri tu ada alahan seafood kenapa gatal pergi makan? kenapa tak bagitahu aku yang kau ada alahan seafood? tak sayang diri tu ke? aku boleh je orderkan makanan lain untuk kau. Kenapa nak kena makan juga? benda ni boleh libatkan nyawa tau." kali pertama Alfred bercakap panjang lebar terhadap Adrina dan dia tidak tahu dengan dirinya kenapa dia jadi begini. Yang penting dia tidak boleh melihat keadaan Adrina di kedai tadi yang sekarang berada di hospital.

Adrina masih menunduk. Ya Allah! kenapalah masa macam ni mode cengeng dia nak keluar. Dia bukan seorang yang cengeng tetapi apabila dimarahi oleh Alfred, entah kenapa dia rasa ingin menangis. Mungkin kerana riak wajah lelaki itu menggerunkan.

'Bukan sekarang Adrina, bukan sekarang.'

Alfred yang perasan sesuatu yang mengalir di pipi mulus itu tersentak. Aku buat dia nangis ke?

"Hey." Alfred melabuhkan punggung di atas kerus yang telah disediakan di tepi katil pesakit. Dia tak tahu nak pujuk orang menangis!

"Hey, I'm sorry okay? aku tak marah kau pun, dah jangan nangis." tisu di atas meja diambil lalu dihulurkan kepada Adrina. Wajah beku tadi hilang serta merta tatkala melihat air mata yang mengalir di pipi itu.

"Tak apa, saya yang terlebih emosi... mummy mana?" soal Adrina.

"Be..."

"Adrina!" panggil Puan Husna apabila dia masuk ke dalam bilik itu. Riak wajahnya yang risau jelas dilihat. Selepas Veinz memberitahu bahawa Adrina berada di dalam hospital, terus dia bergegas datang ke sini.

"Rina okay? kenapa boleh masuk hospital ni?" wajah garangnya diberi kepada Alfred.

"Kenapa tak jaga Rina elok-elok? mummy dah pesan kan tadi?" Alfred senyap. Tidak tahu apa yang patut dijawab.

"Salah Rina ibu, Rina ingat lepas dah lama tak makan seafood alahan Rina dah hilang, tapi tak pula" Adrina senyum tak bersalah.

"Kenapa muka macam baru habis nangis ni? Al buli Rina ke?" Alfred tersentak mendapat tuduhan daripada mummynya.

'Aku buli dia ke? aku cakap sikit je tadi.'

"Eh, mana ada mummy."

"Mummy, dekat luar tu siapa ya? dari tadi lagi Rina tengok dia asik pandang sini." orang yang dimaksudkan oleh Adrina itu ialah Xain dan Hanz.

"Itu kawan Al" Adrina hanya meng'o'kan tanda faham.

Alfred melangkah keluar dari bilik itu dan pandangan tajam diberi buat dua ekor tenuk yang menghendap tadi.

"Tak ada kerja nak buat? sibuk pandang anak orang dekat dalam kenapa?" Xain dan Hanz hanya tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Alah, aku nak tahu juga siapa yang berjaya dapat memikat hati seketul Alfred yang single sejak lahir ni." kata Xain sambil mengangkat sebelah keningnya beberapa kali.

"Kau jangan nak mengarut! korang semua balik sekarang!" kawan-kawannya ini pasti berfikir sesuatu selepas melihat keresahan dia tadi.

"Eleh, kau..."

"Balik!" dia tidak ingin diusik oleh kawan-kawannya itu lagi.

"Ini hospital gila, tak payah lah jerit. Aku ni faham lagi tau bahasa melayu, telinga pun baru korek semalam." ujar Hanz sebelum dia dan Veinz berlari anak. Mengamuk bapak singa tu nanti, mampus!

Veinz dan Mert hanya tenang, mereka bukanlah seperti dua ekor tenuk itu. Mert sedikit pendiam dan dingin daripada mereka berlima. Dan hanya Alfred sahaja yang boleh sekepala dengannya kerana Alfred juga dingin, tetapi tidaklah setiap masa seperti Mert.

"Kitaorang pergi dulu." kata Veinz sebelum mereka bergerak pulang.




to be continue...

Jangan lupa vote!



Mrs. Alfred HarzWhere stories live. Discover now