ALEYA • 1

6 1 0
                                    

Aleya hanya termenung sambil tangan hanya dibiarkan terhenti pada kertas lukisan, yang sudah mencoret sebahagian daripada kertas lukisan itu.

Dia perhatikan pada bingkai gambar yang berada di atas mejanya. Penuh dengan gambar kawan lamanya.

Dan apabila matanya tertancap pada seorang insan yang sedang berdiri tegak di situ bersama dengan senyuman. Dan macam mendabik dada pula insan di dalam gambar itu. Angkuh.

Namun tanpa dia sangka senyuman terukir di wajahnya.

"Amboi.. senyum meleret nampak.. ada something ke?" Nureen yang tadi niatnya ingin masuk terus ke bilik kerjanya itu terhenti apabila dia mengintai ke dalam pejabat kawannya itu. Melangut tak ke sudah.

Aleya tersentak sebelum dia hanya tersenyum.

"Takdelah tengah fikir design baru untuk keluaran bulan ni, banyak permintaan daripada pelanggan vip." Dia sudah mula mereka cerita. Maklumlah takkan mahu katakan yang dia sedang mengelamun tentang seseorang itu.

"Ye ke kau ni? Tak percaya aku." Nureen sandarkan tepi badannya ke tepi pintu. Lenguh juga dia berdiri ni.

"Kau kena percaya juga akhirnya."

Nureen mencebik mendengar kata-kata kawannya itu, tahulah dia tu mem besar.

"Oh ya.. kau tak nak pergi bercuti ke?" Tanya Nureen menukar topik. Kalau diteruskan juga topik tadi, tahulah dia akan kalah dengan mem besar itu.

"Tak kot, aku sibuk." Kata Aleya. Padahal hatinya teringin, namun biarlah kerja lebih penting.

Wajah Nureen berubah suram. Inilah yang dia benci, Aleya hanya sibuk dengan kerja dia je. Tak habis-habis.

"Yalah, kau kan workaholic." Nureen menjulingkan matanya.

"Dahlah malas nak layan kau." Dia sudah mengaturkan langkah ke arah bilik kerjanya.

****

9 TAHUN LALU

Hawa memandang ke arah sekelompok lelaki yang sedang berbual rancak di dalam kelas.

Tapi matanya hanya tertumpu kepada satu wajah, wajah seseorang.

" Hoi, Encik Adam Harraz! Hawa nak makan kau ni!." Hawa tersentak.

Mukanya sudah memerah. Apabila tumpuan semua orang sudah beralih kepadanya yang berada di luar kelas.

Ah sudah

Malu.

****

Aleya melepaskan anak panah pada sasaran. Seolah-olah ada seseorang yang menjadi targetnya.

Anak panah itu terkena pada skor 9.

Dia mengeluh, lantas meletakkan busur dan anak panah di tepi. Langkahnya mula bergerak pada meja rehat.

Dia duduk. Kopi dituang ke dalam cawan.

Dia ikat rambutnya dengan gaya poni.

Dia silangkan kaki.

Dan topi yang dituang tadi, dia minum.

Fikirannya melayang kepada perbalahan yang berlaku di antara dia dan ibunya.

Seminggu lepas

"Hawa! Sampai bila Hawa nak freehair macam ni? Mana Hawa yang solehah dulu?" Sungguh dia dapat dengar kekecewaan di dalam nada Puan Aisyah.

Tapi apakan daya. Dia bukan Hawa lagi sekarang ni.

"Anak ibu ni bukan seorang Hawa lagi. Dia Aleya." Jelasnya tegas.

"Hawa atau Aleya. Ianya sama. Jangan sampaikan nak tukar nama pun kamu perlu tukarkan perintah Allah." Puan Aisyah memandang satu-satunya anak perempuannya dengan pandangan sayu. Sungguh dia rindukan anaknya yang dahulu.

"Jadi disebabkan Aleya tak bertudung ibu dah benci Aleya?! Ibu tahu tak, anak ibu yang ada di depan ibu ini jugalah ibu pernah nak gugurkan dulu kan?! Ibu pun banyak dosalah!" Dia hamburkan segalanya, tanpa dia sedar kata-katanya berubah kasar dan mukanya sudah memerah menahan amarah.

PANG!

"How dare you? Nur Hawa Aleya?!"

Apabila tapak tangan itu mendarat pada wajahnya, bukan sahaja di pipi terasa tetapi di hati pun turut berbekas.

Dia meraupkan wajahnya.

Sungguh dia tidak tahu mahu buat apa sekarang ni.

****

UNKNOWN LOVE { SLOW UPDATE }Where stories live. Discover now