Fazrul berdehem.
"Ehem kawan aku ni nampak macam sibuk je.. projek baru ke?" Dia mengambil duduk di atas sofa. Matanya mengerling ke arah Adam yang sejak tadi merenung komputer. Langsung tak mengalihkan pandangan.
Adam hanya mengangguk.
"Ni aku ada nak cakap something." Dia sekali lagi mengerling ke arah Adam yang baru sahaja mengalihkan pandangan ke arahnya.
Akhirnya.
"Important or not?" Tanya dia. Sungguh dia tak nak menyerabutkan fikirannya lagi dengan perkara yang kurang penting.
"Important." Jawab Fazrul pendek.
"Speak." Arah Adam, rambutnya yang sudah agak serabai itu diraup kebelakang.
"Adik aku ada beri tiket fashion show dekat aku. Dia beri aku tiga tiket. Katanya dia tak berminat nak datang. Dan dia bagi aku. Fashion show ni ditaja sepenuhnya oleh syarikat HA'S Designer." Fazrul menerangkan panjang lebar. Dan Adam hanya mendengar, seolah-olah masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
"So?" Adam hanya mengangkat sebelah keningnya tanda, ada kena mengena ke perkara itu dengan dia?
"Aku nak kau ikut aku." Dan seperti yang disangka, itulah yang akan keluar daripada mulut Tengku Fazrul. Sebuah ajakan.
"Bila?" Tanyanya.
"Next week, kau boleh ajak Maira juga kalau kau nak ajak. Tapi dia nak ikut ke.. dia tu kan perempuan melayu terakhir.." Tiba-tiba fikiran Fazrul melayang kepada satu susuk manusia yang ayu dan solehah itu, Maira Nur Aisya. Bakal tunang, sahabat di hadapannya itu.
"Tak naklah aku bawa dia, bukannya tak mahu.. tapi kalau sekali ajak mahu mati aku dikerjakan Haji Aliman tu." Sejak Adam mendengar separuh ayat Fazrul lagi dia sudah membantah dengan keras di dalam hati. Dia tak nak ambil risiko.
Maira Nur Aisya, bakal amanah yang dia bakal jaga. Dia tak nak sia-siakan gadis yang sudah sempurna itu. Dan dia tak nak rosakkan segala didikan ibu bapanya kepada dia. Cukuplah dia sahaja yang kurang sempurna.
"Fine, kau bawa jelah mana-mana staf kau yang lain.. bagi anugerah staf of the year ke.." Entah apa yang dia melalut pun dia tak tahu. Asalkan permintaan adiknya itu diturutkan kalau tak banyak pula persoalan yang keluar nanti.
Mahu panjang pula cerita itu nanti, cukuplah sudah lengkap tema, persoalan dan selepas ini nilai. Ha lengkap.
"Nantilah aku fikirkan." Entahlah nama staf sendiri pun dia tak ingat, dia nak bagi dekat siapa pun dia tak tahu.
"Kiranya kau setuju lah ni?" Wajah Tengku Fazrul sudah tidak perlu dikata, panjang benar senyumannya.
"Setuju."
"Sah?" Gurau Fazrul.
"Sah" Jawab Adam melayan.
****
Adam meletakkan keretanya di parking yang tidak jauh daripada perkarangan masjid. Songkok yang tersarung di kepala, dibetulkan. Dia mengambil sejadah yang berada di tempat duduk penumpang di sebelah pemandu.
Lantas dia pastikan enjin kereta ditutup.
Dia turun melangkah keluar daripada kereta. Tidak lupa juga punat lock kereta itu ditekan.
Dia berjalan ke arah masjid. Sekarang ni, sudah ingin masuk solat Zuhur.
Namun baharu sahaja dia hendak melangkah ke dalam masjid. Haji Aliman sudah menegurnya terlebih dahulu.
"Assalamualaikum, Adam." Adam menghulurkan salam ke arah Haji Aliman nngun menyalami orang tua itu.
"Waalaikumussalam Abi." Jawab Adam.
"Ni dah ambil wuduk belum?" Tanyanya.
"Dah, Abi." Jawab Adam, tidak lupa senyuman tetap terukir di bibir.
"Bagus, nanti kamu laungkan azan ya, nanti pergi ke bilik imam. Cepat dah nak masuk waktu." Haji Aliman menepuk lelaki yang sudah dianggap sebagai anak sendiri itu.
Adam terkedu. Ha sudah, adakah ini sebuah ujian atau satu peluang?
Takpelah peluang yang ada ni bukan selalu datang kan?
YOU ARE READING
UNKNOWN LOVE { SLOW UPDATE }
RomanceADAM HARRAZ X HAWA ALEYA 8 tahun takdir memisahkan mereka. Hati masing-masing setia, namun mereka tertanya-tanya mengapa mereka setia? Di saat mereka bertemu masing-masing dengan masalah mereka. Dan di kala, runtuhnya membuatkan tiada lagi peluang y...