Bab 7 - Ethan (2/3)

827 3 0
                                    

Sejam berlalu dan Aira masih tak bermaya. Berat terasa tubuh untuk diangkat. Kotak rokok dicapai. Beberapa kali pemetik api dicucuh. Lihat api yang menyala. Tapi Aira buat keputusan untuk tak membakar rokok terkepit pada mulutnya.

Lemah bangun. Kaki menggeletar tatkala menjejak lantai. Pandangan dilontarkan ke luar menerusi tingkap bilik berkenaan. Tak ambil peduli tentang keadaannya tanpa seurat benang dan tangan bergari sekarang. Sudahpun menjelang malam. Gelap-gelita sekeliling tanpa lampu dibuka.

Mata melihat ke unit-unit kondominium sekitar. Pelbagai ragam. Ada yang masih bergelap. Yang becahaya, banyak cereka boleh nampak. Daripada pasangan kekasih bercumbuan. Juga, keluarga yang sedang menikmati makan malam.

Makan malam. Entah bila kali terakhir Aira nikmati makan malam bersama keluarga sendiri. Fikir mengenainya saja buat emosi terumbang-ambing. Bagai luka lama berdarah kembali. Ketap gigi. Grill tingkap digenggam Aira menghentak kepala beberapa kali hingga merah.

Jika boleh dia tak mahu ingat kembali kisah silamnya yang hitam.Mungkin kerana keadaan mental lemah ketika ini, sukar untuk kawal diri. Kembali lemah dan terduduk atas lantai.

Anak tunggal. Ibunya curang dan lari dengan lelaki lain sejak dia 12 tahun. Dibesarkan oleh ayahnya bukan suatu pengalaman indah. Ayah kaki judi dan kaki botol. Aira terpaksa jaga diri sendiri. Kawan pun tiada gara-gara tabiat ayahnya terbongkar.

Dia pula jadi mangsa dipulaukan dan dipandang serong.

Zaman universiti pun tak jauh beza. Kerja sambilan hampir setiap hari, termasuk cuti semester, semata-mata untuk tampung kos sendiri-Sebahagian pula diberikan kepada ayahnya untuk bayar hutang judi.

Ingatkan boleh lari daripada kehidupannya sebaik saja tamat pengajian. Namun, kekal dibebani dengan nasib malang. Aira dapat berita ayahnya kemalangan jalan raya dilanggar pemandu mabuk. Ironi, si kaki botol itu mati gara-gara kaki botol lain.

Tiada tinggalan buat Aira melainkan hutang judi ayahnya. Selepas semua barangan dalam rumah dijual masih banyak lagi hutang perlu dibayar. Aira jadi putus harapan, buntu apa yang hendak dibuat.

Ketika itu muncul Ethan yang hendak menghulurkan bantuan. Beberapa kali bertemu, Aira berkongsi kisah hidupnya dan apa telah dilalui. Mengenai hutang, makin kurang didesak untuk bayar. Lega seketika. Aira mula nampak harapan untuk memperbaiki hidupnya.

Sangkaannya silap sama sekali. Salah satu pertemuan dengan Ethan merupakan perangkap. Ketika keluar makan malam, dia tak perasan minuman dicampur pil khayal. Apa terjadi selepas itu, langsung tak dapat dia ingat.

Sedar saja sudah pagi. Bangun dalam keadaan berbogel dalam bilik kondominium ini. Kemudian perasan darah keluar dari kemaluan, menandakan daranya sudah dirobek.

Hari-hari yang berikutnya jauh lebih daripada Aira dapat bayangkan.

Ethan menunjukkan sikap sebenarnya. Sebalik perwatakan yang bersahaja, dia sangat menakutkan apabila marah atau dicabar.

Aira pernah menyaksikannya dengan mata sendiri. Salah seorang samseng yang buat silap, Ethan pecahkan muka dengan menghentakkannya ke meja hingga meja berkecai. Seorang pekerja seks yang cuba dedahkan operasinya, dijumpai mati overdose bahan terlarang. Tapi dia tahu semua ini angkara Ethan.

Sebab itu Aira tak berani melawan. Takut akan diapa-apakan si psycopath tersebut. Kontrak selama 2 tahun dia tanda tangan. Sebahagian daripada aktiviti pelacuran, sebahagian lagi untuk duat belanja. Jika gagal lunaskan, kontrak akan disambung. Selesai bayar sebelum dua tahun sekalipun, harus berkerja hingga tamat tempoh kontrak.

Meskipun terpaksa melakukan perkara terkutuk Aira tak banyak pilihan. Sama ada akur untuk jual badan, atau terima akibatnya. Dengan baki hutang ada, ambil kira kadar bayaran untuk setiap sesi dengan pelanggan, 2 tahun bukan tempoh yang logik. Mungkin salah satu daripada muslihat Ethan. Sebab itu dia buang maruah dan hasilkan Eri, seorang perempuan yang sukakan interaksi dengan lelaki hidung belang. Jika Aira sendiri, sudah pasti mustahil.

Aira - Kehidupan malamWhere stories live. Discover now