23

19 2 6
                                    

Panggilan lembut yang datang daripada Hanif menyedarkan Aisyah dari tidur lena. Perlahan dia membuka mata. Tubuhnya didudukkan menghadap Hanif yang baru meletakkan sebungkus plastik di atas katil dan sejambak bunga di atas meja belajar.

"Sakit perut lagi ke?"

"Dah berkurang," jawab Aisyah.

"Ni, aku ada bawa makanan untuk kau. Lepastu, aku ada beli bunga untuk kau juga," ujar Hanif.

Sejambak bunga tadi diberikan kepada Aisyah. Riak wanita itu kosong. Hanya keluhan kecil terdengar jelas di kedua-dua telinga lelaki itu.

"By the way, bunga buruk ni aku buang tau. Tak ada function pun simpan bunga kering dalam bilik," ujar Hanif.

Laju sahaja tangannya mengambil bunga kering di dalam pasu di atas meja belajar wanita itu. Namun, lagi pantas Aisyah merampas pasu tersebut, membuatkan tubuh Hanif tertolak ke almari pakaian.

"Eh kau ni. Kau dah kenapa?". Wajah lelaki itu berkerut memandang tingkah laku Aisyah yang tiba-tiba.

"Jangan sentuh bunga ni," balas wanita itu.

"Kenapa? Pakwe lama kau bagi ke?" Tanya Hanif.

Aisyah diam. Pandangannya dialihkan ke lantai. Kalau jawab ya, pasti dia akan dimarahi oleh si suami. Kalau tipu, nak petik nama siapa pula?

"Heh, patut lah beria sangat simpan bunga bodoh ni. Tak boleh move on lagi rupanya. Kau kena ingat kau tu..."

"Ni Irdina yang bagi," pintas Aisyah perlahan.

"Ha? Apa?"

"Ir.. Irdina yang bagi. Sempena hadiah hari lahir Aisyah," jawab Aisyah perlahan.

Hanif terdiam, terkejut. Namun, dalam diamnya, dia masih tak percaya akan jawapan yang diberi oleh sang isteri.

"Betul ke Irdina yang bagi? Kenapa kau simpan bunga ni sampai sekarang?"

Aisyah menunduk, rasa bersalah mula menyelubungi dirinya. "Ya, dia bagi dua tahun lepas."

Renungan tajam lelaki itu membuatkan Aisyah langsung tak memandang wajah si suami. Terasa sunyi sepi di sekelilingnya. Hanya deruan nafas sahaja menjadi peneman untuk Aisyah pada ketika ini.

"Okey, tak apa. Aku ingatkan si budak bodoh tu yang bagi kau bunga. Bagus lah kalau simpan hadiah yang orang bagi," ujar Hanif.

Wajah lelaki itu mendekat. Aisyah diam di posisi, sepenuh hati berusaha menahan getaran dalam dirinya. Sepasang mata Hanif tetap tidak beralih memandangnya, seolah meneliti setiap gerak-geri Aisyah.

"Kalau aku dapat tahu kau tipu aku, memang mati aku kerjakan kau," ujar Hanif, nada suaranya tenang.

Dahi Aisyah dicium perlahan, dan walaupun lembut, sentuhan itu penuh dengan ancaman. Dia berpaling, mengemas barangan miliknya.

"Bunga tu, simpan je. Tapi lepas ni, jangan ingat pasal dia lagi," katanya, nada suara tegas.

Aisyah mendengus. "Irdina tu kan kawan rapat Aisyah."

"Dia kawan, tapi aku suami kau. Aku tak suka kau ingat orang lain," balas Hanif, memandang Aisyah serius.

"Tapi..."

"Sekejap lagi pergi siap, kita nak balik," pintas lelaki itu.

Hanif mula melangkah keluar, menggengam sekotak rokok. Lain yang dia harap, lain pula yang dia dapat.

Walaupun baru beberapa hari sahaja mereka bergelar suami isteri, Aisyah menjadi pendiam. Kalau bercakap pun, jawab sepatah-sepatah je. Mana kan dia tak muak melihat wajah wanita itu. Apa tah lagi jika ajak bersembang, mahu Hanif nak tunggu berbulan untuk Aisyah mula berbual.

[O.G] SAYANGKU, AISYAH Where stories live. Discover now