PART 43

1.7K 71 5
                                    

Tiga minggu kemudian...

"Saya terima lamaran awak. Tapi..."

"Tapi?" Najmi berkerut dahi.

"Awak yakin ke dengan perkahwinan ni? Awak tahu kan, saya cintakan Adha? Nama Ryan Adha takkan pernah luput dari ingatan dan dari hati ini. Datanglah beribu manusia pun, tetap dia yang saya mahu. Ryan Adha takkan terganti."

Najmi diam tanpa kata.

"Awak yakin dengan saya?" Diya menyoal. Najmi angguk.

"Saya nak buat majlis kecil-kecilan je. Okey?" Najmi angguk lagi.

"Tak ada sanding-sanding. Cuma akad nikah dan kenduri doa selamat. Okey?"

Najmi angguk selamba. Kening terjongket sebelah seraya menunggu syarat-syarat seterusnya yang bakal keluar daripada mulut Diya.

"Lepas kahwin, kita duduk rumah sendiri?"

Najmi angguk berkali-kali. Dah macam burung belatuk gayanya.

"Kalau saya tak mampu untuk lupakan Adha lepas jadi isteri awak, macam mana?"

Diya gusar jika perasaan lelaki itu akan terluka selepas bergelar suaminya nanti.

"Ada ke saya suruh awak lupakan abang?" Soalan dibalas soalan. Diya ketap bibir.

"Ada lagi syarat?" Mendatar suaranya. Diya menggeleng.

"Okey! Jom, kahwin!" Najmi bingkas bangkit meninggalkan Diya sendirian di taman bunga miliknya.

Diya pejam mata seketika. Bibir diketap rapat. Nafas dihela panjang. Geram! Macam tu je Najmi jawab. Fuh! Sabar, Diya! Sabar! Dia mengusap dada menenangkan dirinya sendiri.

"Mama! Papa! Kami nak kahwin!" Najmi tidak membuang masa. Terus saja dia mengkhabarkan berita gembira itu kepada Encik Razif dan Puan Humaira.

Aaryan yang sedang menonton televisyen perlahan-lahan memusingkan kepalanya dengan ekor matanya memandang ke arah Najmi. Mulutnya menyeringai lebar.

"Kau! Kau! Tak payah nak buat muka chucky kau tu!" Najmi menudingkan jari ke arah Aaryan.

"Najmi, sabar! Tarik nafas, bawa bertendang!" ujar Aaryan.

"Sini aku tendang kau!" Najmi mendekati Aaryan sebelum dia menyiku dada lelaki itu.

"Sabar, Mi. Satu-satu. Diya, betul nak kahwin?" Encik Razif menyoal. Diya angguk perlahan.

"Okey, bila kamu nak buat majlis?" Puan Humaira pula menyoal.

"Minggu depan!"

Terbuntang luas biji mata Diya mendengar jawapan Najmi. Apa yang tak menyabar sangat si Najmi ni?! Minggu depan?! Encik Razif dan Puan Humaira juga tercengang mendengar jawapan lelaki itu.

"Benda dia dah lama rancang ni, mama papa. Kita je yang lalai," ujar Aaryan sinis.

"Kursus kahwin dah ambil ke?" Puan Humaira menyoal.

"Mi dah ambil lama. Diya pula tak payah ambil kursus lagi, kan? Sebab kematian suami."

Hampir tersembul biji mata Diya. Benar-benar laju lelaki ini buat kerja.

"Buat majlis kecil-kecilan. Takde sanding-sanding. Ada majlis akad nikah dengan kenduri doa selamat je," sambung Najmi.

"Mi, mama," tak sempat ayat ditutur habis, Najmi terus memotong.

"Mama, jangan risau! Pasal makanan, jemputan, khemah apa semua tu, Mi handle. Mama just sit back and relax. And watch me kahwin!" Najmi kenyit mata kepada Puan Humaira.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now