Di dalam kelas..
"Aku rasa aku dah letak lah buku teks sains dalam beg ni..mana buku tu? Aku dah pastikan yang aku bawak semua buku ikut jadual harini."
Aleesya berasa gelisah kerana dia tidak membawa buku teks sains.
"Bangun... Selamat sejahtera Cikgu Wong!" Aqil..memberikan sapaan sebagai wakil ketua kelas.
"Alamak..." Aleesya kembali berasa resah..
"Who doesn't bring their textbook please stand outside the class!."
Cikgu Wong memberi arahan kepada pelajar yang tidak membawa buku teks.
Baru sahaja dia hendak bangun..
"Kita kongsi."
Kata Harith sambil meletakkan buku teks di tengah - tengah meja untuk betkongsi buku teks.
Terkedu Aleesya melihat perwatakan Harith..dia kembali duduk.
"B..boleh ke? Saya taknak ganggu awak belajar." Perlahan suara Aleesya.
"Kau pilih, nak berdiri kat luar sampai habis class.. or nak share buku. Lagipun kau dah ganggu aku pun.."
Harith berkata tidak memandang Aleesya dan fokus terhadap Cikgu Wong yang sedang mengajar dihadapan.
"T..thanks. Nanti saya bagi awak hadiah sebagai tanda terima kasih."
"Hmm."
Manakala.. Amsyar yang duduk di belakang hanya memerhati Harith.
Kring! Kring!
30 minit pun berlalu, waktu sains sudah tamat.
Kesemua pelajar perlu ke Perpustakaan untuk membuat nilam.
"H..Harith.." perlahan Aleesya memanggil.
Harith yang mendengar namanya dipanggil terus memandang Aleesya dengan dahi yang berkerut.
"Apa?"
"L..lepasni mata pelajaran apa eh?"
"Bawak pencil case je, kita nak pergi library buat nilam.."
Kata Harith sambil mengemas pencil case milik nya.
"O..oh ok."
Dalam perjalanan ke library.. Aleesya terpaksa berjalan perlahan - lahan kerana kakinya terseliuh..
Tiba - tiba Aleesya jatuh akibat sakit yang teramat..
"Ouch!"
Dahi Aleesya berkerut menahan sakit.
Harith yang melihat terus menghampiri Aleesya.
"Dah tahu kaki kau terseliuh, yang berlagak kuat dah kenapa?"
Harith terus menolong Aleesya berdiri.
"S..saya ok..saya boleh jalan..awak jalan lah dulu."
Aleesya berkata kepada Harith sambil mengemaskan bajunya yang terkena kotor akibat jatuh tadi.
"Ikut kau lah..aku jalan tau..jangan kata aku tak tolong."
Harith pun berlalu pergi meninggalkan Aleesya sendirian di situ.
'Tak gentleman langsung!'
Rungut Aleesya seorang diri.Baru sahaja dia hendak jatuh mencium lantai..ada tangan yang sempat memegang tangan Aleesya.
"Got you."
Tegur suara yang menyambut Aleesya.
Aleesya terkedu melihat jejaka didepan dia.
"H..harith?"
"Ye lah..takkan lah malaikat maut pulak? Kau nak tunggu aku dukung kau ke, kau nak bangun sendiri?"
Sinis Harith berkata.Aleesya terus melepaskan diri dari pegangan Harith.
"Macam mana awak kat sini? Saya ingat awak dah pergi."
"Aku memanglah jenis yang dingin, tapi aku tak lah tahap kejam sangat tengok kau terjatuh tadi. Walaupun salah kau langgar aku.."
"S..saya mintak maaf..saya yang salah, sebab tak pandang kiri - kanan. Lepastu langgar awak pulak..saya memang tak sengaja waktu tu.."
perlahan Aleesya kata sambil memandang ke lantai
Harith menghela nafas berat.
'Tak payah lah asyik nak mintak maaf, issh! Anak orang ni lah.' bisik Harith dalam hati.Mereka pun tiba diperpustakaan..
"Kenapa kamu berdua lambat?" Tegas suara Cikgu Zahirah bertanya kepada pelajar di depannya iaitu Harith dan Aleesya.
"We got some problem one the way here..that's why we late." Beku sahaja suara Harith. Manakala Aleesya hanya menunduk.
"Harini korang balik lambat, kemaskan library sebagai denda masuk lambat ke library." Tegas suara Cikgu Zahirah berkata.
"Tapi cikgu, Harith tak salah..saya-"
Tak habis Aleesya berkata Harith menyampuk.
"Sure, we will clean this library as you told us to. Just told us what we need to do."
Cikgu Zahirah hanya diam lalu berlalu..
"Dah pergi cari buku, baca dan buat nilam."
Aleesya dan Harith hanya menunduk sedikit sebagai tanda hormat.
Amsyar, Rayyan, Haider dan Hakim terus menghampiri mereka.
"Ha ha! Tak tahu, mak dah marah..kan dah kena bersihkan library. Tulah lambat lagi, Nasib mak tak bertukar jadi singa kalau tak..dah berjumpa dah Sang Pencipta.
Rayyan berkata sambil memandang Aleesya dan Harith bersilih ganti.
"Hakim! Kau suruh bini kau ni diam! Memekak je. Sebelum aku sumbat mulut dia dengan stoking Haider yang setahun tak basuh tu."
Marah Amsyar kepada Rayyan. Dia melihat Aleesya yang sedang berkerut menahan sakit di kakinya terseliuh.
"Macam mana kau tahu yang aku tak basuh stoking aku? Kau stalk aku eh! Astagfirullah Al Azim!! Ya Allah Amsyar!! Bertaubat lah hamba Allah yang lemah..sebelum kematian memanggil. Kau dah tak suka perempuan dah ke? Kau nak try yang sama gender pulak ke??!! Nauzubillah!! Rosak dah kawan aku yang sorang ni."
Panjang lebar Amsyar berceramah. Dan banyak beristighfar di dalam hati.
Manakala Rayyan dan Hakim...
"Sayang..you senyap sikit boleh? Sebelum baby ambik buku kamus yang tebal semacam tu, sumbat dalam mulut you. Esok confirm yang you rongak esok..kan tak de sapa nak kat you.?"
Dengan lembut Hakim bersuara sambil mengusap rambut coklat pekat milik Rayyan.
"FINE! HMMP!" Rayyan terus mencebik dan meninggalkan Hakim di situ.
Krik..krik..
"Jangan risau cutie pie..nanti awak dah terbiasa dengan perangai beruk - beruk ni. Kadang - kadang kena sabar dengan perangai diorang ni..walaupun sometimes muka diorang macam mintak pelempang.."
Terang Amsyar kepada Aleesya, melihat gadis itu sedikit blur.."Ohh! Awak tahu kan nama diorang semua ni?"
"Ha? T..tak sangat..saya tahu pun melalui name tag tu je.."
Perlahan Aleesya berkata.
"Nanti lah saya perkenalkan. Kalau esok boleh?"
"Sure.."
Harith hanya melihat tingkah laku 'beruk - beruk' dihadapannya.
'Bila lah nak matang ni? Nak SPM pun..still perangai cam ni cer bayangkan nanti nak kahwin ngan anak dara, confirm kena tolak mentah - mentah.'
Ngumpat Harith dalam hati..
YOU ARE READING
His Perfect Enemy
RomanceTengku Harith Iskandar. Lelaki yang perwatakan dingin dan beku. Sering dibandingkan dengan kembarnya Tengku Harraz Iskandar. Walau bagaimanapun tidak pernah terbit rasa benci dalam hatinya untuk membenci kembarnya itu. "Just because I'm strong enoug...