Di rumah Aleesya..
Aleesya melabuhkan punggung di sofa di ruang tamu."Aku tak sepatutnya bagitau dia pasal tu. I'm tired of this world." Ujar Aleesya sambil memandang ke siling.
"Baru balik?"
Kata Datin Amirah lembut."Yeah." Kata Aleesya sepatah.
"Pergi bersihkam diri. Nanti turun." Ujarnya sambil mengusap lengan Aleesya.
"Ok."
Aleesya pun bangun lalu naik ke biliknya untuk membersihkan diri.
Usai dia membersihkan diri, alang kah terkejutnya dia ketika turun ke bawah.
Terbuntang mata Aleesya melihat Tengku Harith dan parents nya di ruang tamu itu. Datuk Zaffran dan Datin Amirah sudah gembira melihat cucu mereka turun.
Manakala Harith? Dia buat tak tahu je. Harraz pulak tersenyum manis.
"Aleesya sayang..sini kejap." Panggil Datin Amirah lembut.
Aleesya pun menurut lalu duduk di tepi Datin Amirah tetapi depannya Tengku Harith. Muka Tengku usah dikata. Beku sahaja mukanya.
"Jadi..kamu ni lah Aireen Aleesya ye? Cantik nama, macam orang nya juga."
Ujar satu suara lembut di tepi Aleesya. Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30 an sedang memandang ke arah Aleesya.Aleesya hanya senyum manis ke arah wanita itu. Pemakaian wanita itu sungguh cantik dan menutup aurat. Tambah lagi mukanya yang mempunyai campuran. Dia andaikan ini Mak Harith. Aleesya mencari susuk bapa Harith tetapi tidak jumpa. Barangkali ayah nya tidak datang.
Aleesya pun menyalam tangan wanita itu. Aleesya hanya melayangkan senyuman awkward nya.
"You made her scared." Ujar Harith beku.
"Oops! Sorry.Mama excited sangat. Cantik bakal menantu mama ni."
Kata Puan Elena dengan gembira.Eh? Jap bakal menantu?
Ehhhh!!!"S-saya buatkan air kejap ye.." Aleesya meminta untuk pergi ke dapur.
Di dapur..
"What the fish? Asal dia kat sini lagi? Jap. Bakal menantu? What's going on here?? Harith tu pulak, muka beku je memanjang. Takde version lain ke?" Bebel Aleesya seorang diri.
"Mengutuk bakal suami sendiri ke? Sampai hati." Kata Harith sambil menyilangkan dada. Senyumannya cuba di tahan.
Segala perbuatan Aleesya tadi terus terhenti apabila suara Harith menerpa.
"Kau nak apa sebenarnya? Kenapa datang sini?" Tanya Aleesya beku. Langsung tidak memandang muka Harith yang sedang bersandar di peti ais itu.
"Wow! Dah ber aku-kau sekarang eh?"
Tanya Harith sinis."Kau dah tahu sekarang yang aku ni dulu bukan lah baik sangat pun.So, aku dah penat nak berlakon lagi. Awak-saya nak muntah adalah."
Kata Aleesya sinis."Aku ada sebab.Aku akan bagitahu bila masa yang sesuai." Kata Harith sambil menolong Aleesya mengambil pinggang dan cawan kaca di dalam cabinet dapur itu.
"Tak payah acah baik kat sini. Pergi kat depan tu. Sibuk nak tolong dah kenapa?" Tanya Aleesya sambil merampas pinggan di tangan Harith.
"Tak salah pun nak tolong bakal isteri kan?" Ujar Harith dengan smirk nya.
Terus kaku Aleesya mendengar luahan Tengku itu.
"Kau gila ke?" Tanya Aleesya sambil memandang Harith.
"Gila kan kau." Kata Harith sambil tersenyum manis.
"Woi! Patutlah lama kat dapur! Mengurat cucu orang rupanya!"
Terjah Tengku Harraz tiba - tiba.Harith dan Aleesya terus tersedar dari lamunan.
YOU ARE READING
His Perfect Enemy
RomanceTengku Harith Iskandar. Lelaki yang perwatakan dingin dan beku. Sering dibandingkan dengan kembarnya Tengku Harraz Iskandar. Walau bagaimanapun tidak pernah terbit rasa benci dalam hatinya untuk membenci kembarnya itu. "Just because I'm strong enoug...