Balik sahaja dari sekolah.
Jam menunjukkan pukul 3 :00
Aleesya terus masuk ke dalam rumah.."Ingat kan dah tak reti balik rumah. Ingat lagi rupa nya."
Bidas Makcik Zaleha melihat anak sedaranya yang pulang dari sekolah.
Aleesya tinggal dengan mak sedaranya iaitu adik kepada arwah maknya.
"Aireen naik dulu ye makngah? Nak bersihkan diri kejap."
Sopan Aleesya berkata.
"Cepat sikit mandi! Orang kebulur tunggu kau balik! Balik pun lambat."
Rungut Makngah Zaleha seorang diri sambil berjalan pergi ke biliknya.
Di dalam bilik Aleesya..
Dia duduk di atas katil sambil mengelap rambutnya yang basah.
Ter
....
"I'm scared Harith..My biggest fear is that eventually you will see me the way I see my self."
Air mata Aleesya laju mengalir sambil memandang Harith..
"Let yourself heal first.. I'll wait. When you ready, find me."
Kata Harith dengan lembut.
Harith berkata sambil memandang Aleesya.
"Jom balik, dah lambat ni..aku hantar kau balik."
Harith berkata sambil bangun dan menggalas beg sekolahnya.
Aleesya terus mengelap air mata dan bangun.
"Saya balik sendiri.."
Kata Aleesya tidak memandang Harith dan berjalan keluar dari library, meninggalkan Harith sendirian.
Tok! Tok!
"Aireen? Kamu dah balik? Kenapa tak mintak atok ambikkan?"
Tegur Atuk Aleesya yang bernama Muzaffar. Datuk Muzaffar
Atuknya orang yang berada dan menjalankan perniagaan yang Aleesya sendiri tak ambik tahu.
Atuknya yang menjaganya selepas kematian ibu bapanya.
Aleesya terus membuka pintu.
"Takpelah..taklah jauh sangat lagipun Aireen tumpang teksi tadi.."
Aleesya berkata sambil tersenyum memandang orang tua yang menjaganya ketika yang lain membencinya.
"Bahaya tu..kamu tu perempuan..tak elok jalan sorang - sorang. Lain kali bagitau atok ok?"
Nasihat Datuk Muzaffar kepada cucu perempuannya. Iaitu anak kepada arwah anaknya, Zuhairah.
Anak perempuan kesayangan nya."Jomlah turun makan yang lain dah tunggu tu.."
"Baiklah.."
Di meja makan..
"Aireen..macam mana sekolah ok? Jumpa kawan tak?"
Tanya Datin Amirah lembut,
melihat cucunya senyap dari tadi."Hah? Ohh.. ok je. Adalah jumpa kawan." Kata Aleesya sopan..
"Ye, lah tu!! jantan mana lah dia ajak kawan! Tak tahu malu."
Bidas Makngah Zaleha pedas sambil menjeling Aleesya.
"Leha..tak baik cakap macam tu..apa salahnya kalau dia ada kawan laki?
Takde pulak ayah dengar kalau kawan dengan lelaki haram. Janji dia jaga batas pergaulan."Kata datok Muzaffar sambil menjeling anaknya Zaleha. Makngah Zaleha hanya mendengus geram.
"Kamu ada kawan laki ke Aireen?"
Tanya Datin Amirah.."A..ada..tapi ada kawan perempuan jugak.."
"Apa nama budak itu?"
"Harith."
Jawab Aleesya sepatah.
Terus atoknya angkat muka.
"Harith..? Tengku Harith Iskandar?"
"Macam mana atok tahu?"
Soal Aleesya ingin tahu."Business partner."
Jawab atoknya sepatah..
"Oh..abang ada citer haritu. Dengar nya budaknya handsome."
Usik Datin Amirah melihat telinga Aleesya yang memerah."Wah..nanti nek kenalkan kat Zulaikha tau! Mesti dia handsome kan?! Boleh lah kenal - kenal dengan future husband."
Zulaikha seperti ulat bulu yang kegelian dengan suara yang sengaja dikepitkan.
Dia hanya menunjukkan muka berlagak depan Aleesya.Aleesya hanya menjulingkan mata ke atas. MENYAMPAH.
Datin Amirah dan Datuk Muzaffar ada hal yang perlu diuruskan. Mereka perlu menghadiri mesyuarat di Shah Alam. Maka, Yang tinggal hanya Aleesya, Zulaikha dan emaknya Makngah Zaleha.
"Kau suka lah kan? Diorang back up kau? Lepastu malukan aku?"
Kata makngah sambil mendekati Aleesya yang sedang membasuh pinggan.Aleesya hanya senyum.
"Why? Terasa ke?"
Bidas Aleesya sambil mengelap tangannya.
"Kau jangan nak kurang ajar Aleesya!
Kau jangan sampai aku tampar mulut kau!"
Ugut makngah Zaleha. Panas hatinya melihat Aleesya yang beriak selamba."Aleesya dah cuba untuk respect makngah..but..too bad. Buat apa kita nak respect orang yang busuk hati? Nanti takut terjangkit pulak.."
Kata Aleesya sambil tersenyum manis.
"Kau!" Baru sahaja dia ingin menampar Aleesya, Aleesya tangkas menangkap tangan yang hendak menamparnya.
"Don't blame a clown for acting like a clown. Ask yourself why you keep going to circus. Orang yang hati dah hitam ni, susah nak sucikan balik."
Kata Aleesya dengan sinis.
Makngah merentap kembali tangannya dari pegangan Aleesya lalu berlalu dari situ.
Aleesya terus mencengkam kuat dadanya yang sedang berdegup laju.
'Astagfirullah al Azim...'
Aleesya beristighfar di dalam hati bagi menghilangkan rasa gelisah di hati.
YOU ARE READING
His Perfect Enemy
RomanceTengku Harith Iskandar. Lelaki yang perwatakan dingin dan beku. Sering dibandingkan dengan kembarnya Tengku Harraz Iskandar. Walau bagaimanapun tidak pernah terbit rasa benci dalam hatinya untuk membenci kembarnya itu. "Just because I'm strong enoug...