•32•

260 22 6
                                    

Jari jemarinya bergerak seraya matanya dibuka perlahan. Samar-samar pandangannya. Di mana dia?

Matanya disapa siling putih. Matanya melilau memandang sekeliling. Tempat ini sangat asing.

Hospital. Dia sudah ada di hospital.

Maknanya... Ezra. Pasti Ezra juga ada di sini.

Kepalanya seperti dicucuk cucuk. Baru dia mahu bangun dari baring, dia terlentang semula. Badannya lemah. Langsung tak ada walaupun secebis kekuatan.

Dia pandang ke kanan. Kekura tangannya dimasukkan IV drip.

Pada akhirnya, dia redha. Mahu melawan, badannya rasa mahu berkecai. InsyaAllah Ezra akan baik-baik saja. Jejaka itu kuat. Pasti tak ada yang buruk jadi padanya. Yumna cuba yakinkan diri sendiri.

Tipulah kalau dia tak ada firasat buruk. Masih hidupkah Ezra? Bila soalan itu terlintas di fikiran, air matanya bertakung. Tiba-tiba rasa takut membungkam isi hati.

Andai kudrat dia seluas alam, tanpa ragu dia akan berlari ke arah Ezra sekarang. Mahu lihat dengan mata kepala dia sendiri yang jantung Ezra masih berdetak. Selagi dia tak melihat selagi itulah hatinya gusar.

Kuatkan Ezra. Beri dia peluang kedua untuk kekal bernafas. Kuatkan hatinya Ya Allah.

Satu tangan Yumna naik ke dada. Berkali-kali dia cuba buang nama Ezra tapi nama Ezra masih terpahat indah. Dia hanya risaukan Ezra sebagai seorang rakan. Iya. Cuma seorang rakan.

Pintu dibuka seseorang. Bunyi tapak kaki semakin mendekati.

Yumna pandang ke arah pintu.

"Yumna" Hanafi berlari kecil tatkala dia sedar Yumna sudah bangun. Hati dia tak henti-henti ucapkan kata syukur. Dua hari Yumna terbaring lemah di atas katil.

Senyum Hanafi kian menghilang tatkala air mata Yumna jelas mengalir ke pipi.

"Kenapa?" Soal Hanafi lembut. Tangan diletakkan pada penghadang katil. Matanya sayu memandang wajah Yumna.

Bibir Yumna jelas berketar. Tangisannya mahu pecah.

"Mana Ez-Ezra?"

Ezra dan Yumna tak ada beza. Sedang menanggung kesakitan, masih sibuk berfikir tentang keselamatan satu sama lain.

Tembok Hanafi roboh berkecai. Tembok yang kononnya akan pisahkan Ezra dan Yumna musnah. Dia tahu, tak kira betapa usahanya dia untuk dapatkan Yumna... takdir sentiasa memilih Ezra.

Berdebar jantung Yumna menanti jawapan Hanafi. Air mata mengalir setitik demi setitik. Kenapa Hanafi diam? Bukankah diam bermaksud perkara buruk sudah berlaku?

Tanpa sedar bibir Hanafi senyum. Tak nampak sangat senyumannya. Senyum itu seperti terselit rasa sakit di balik gembira.

"Dia selamat. Ezra selamat. Cumanya dia belum sedar."

Mendengarkan bicara Hanafi, terasa seluruh beban jatuh menghempap lantai. Dia rasa ringan. Air mata masih mengalir kerana gembira.

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih.

Hanafi duduk di atas kerusi di samping katil Yumna. Matanya masih memandang wajah Yumna. Kalau dia tak ada rasa hormat pada Yumna, memang tangannya naik mengusap air mata gadis itu. Dia risaukan keadaan Yumna.

"Kalau aku jawab soalan Ezra, mesti semua ini tak akan berlaku"

Air matanya dikesat dengan kekura tangan. Yumna toleh memandang Hanafi yang sudah duduk di samping katil.

"Bukan salah awak Hanafi. Saya pun tak jawab soalan Ezra. Kalau awak salahkan diri awak sebab tak menjawab Ezra, saya apa kurangnya?" Yumna juga endahkan soalan Ezra tapi bukan kerana tak mahu dijawab tapi Yumna tak tahu jawapan.

Ezakiel Ezra I : The Soulless PuppetWhere stories live. Discover now