Suasana yang terlalu sepi dan hening itu membuatkan dia secara tak sengaja berjalan berjengket sepanjang langkahnya untuk bertemu dengan Rina, serupa seperti pencuri yang hendak pecah masuk gayanya.
Belakang tubuh kecil itu dilihat sekejap kemudian menapak perlahan-lahan ke arah buaian, tempat yang sedang Rina melabuhkan punggung. Sejurus dia berdiri betul-betul di belakang Rina, tangan yang berada di sisinya dibawa naik menutup sepasang mata perempuan itu. Spontan tindakkannya.
"Cuba teka ni siapa?" Soal Faleq bernada garau. Dia cuba besarkan suaranya agar tidak kedengaran seperti suara asli. Senyum nipis terukir.
"Buat apa nak teka kalau memang awak seorang aje lelaki yang boleh sentuh saya?" Dia jawab acuh tak acuh. Tak kuasa dia nak melayan jenaka basi suaminya. Benda tu klise baginya.
Lambat-lambat Faleq jatuhkan tangannya apabila si isteri nampak seperti tak berminat dan diletakkan di belakang badan seraya itu menapak dengan langkah yang besar, berdiri di hadapannya.
Selamba dia tayang sengih sehingga matanya mengecil di hadapan isteri, tak ada rasa serba salah langsung setelah menghilanglan diri sehingga bulan pun telah beristirehat. Wajah lelaki yang ada di hadapannya melegakan hati. Sehari suntuk dia gundah, tidak berhenti memikirkan keadaan Faleq tapi bila dah muncul dia rasa sakit hati pula kerana lelaki itu tidak mengungkap permohonan maaf kepadanya.
"Awak memang suka buat orang risau eh? Saya call tak angkat. Saya mesej tak reply. Kalau apa-apa terjadi kat awak macam mana dan kalau apa-apa yang terjadi pada saya pula, macam mana?" Bebelnya. Tangan dilipat ke dada. Cuba berlagak merajuk dengan Faleq.
"Kalau jadi apa-apa pada aku, tak apa asalkan jangan kau. Sebab apa? Sebab punyalah susah aku nak lamar kau jadi isteri aku, tahu tak?" Faleq lututkan kedua-dua kepala lutut ke tanah, meraih lembut tangan Rina yang berada di atas paha dan kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
Fokus mata Rina pada tindak-tanduk tangan Faleq. Tertanya-tanya apa benda yang Faleq cuba keluarkan dengan sembunyi.
Seusai dia keluarkan barang misteri yang membesarkan lagi tanda tanya dalam diri Rina, mata perempuan itu tertancap pada seutas jam tangan berwarna coklat terang yang ditayangkan di depan matanya. Rahangnya jatuh melihat jam yang begitu sama desain dan warna tali kulit jam tangan itu. Tidak lari sama sekali daripada jam yang pernah dia ada sebelum ini, iaitu pemberian arwah ayahnya.
"Aku hilang satu hari ni sebab...aku cari jam tangan kau yang baru. Aku cuba cari serata tempat tapi tak semuanya sama macam arwah ayah kau pernah bagi. Kalau ada pun tak sama bentuknya. Tapi akhirnya aku jumpa juga kat satu kedai tu, walaupun harga dia buatkan aku putih mata, aku terus beli waktu tu juga. Kebetulan, ini stok diaorang yang terakhir." Terangnya dengan nada yang lembut. Senyuman kian melebar melihat reaksi suka terpancar pada wajah milik Rina.
Mulut yang terlopong luas ditekup dengan tangannya. Sumpah dia rasa inilah waktu dan hadiah yang paling dia gembira. Tak ada satu pun yang dapat tandingi rasa bahagia ini.
"Meh sini aku pakaikan. Aku tahu kau mesti suka dapat jam ni." Tuturnya seraya itu meraih pergelangan tangan kanan Rina lalu memakaikan jam tangan itu. Dan ya, jam itu sememangnya milik Rina. Tampak sesuai sangat!
Tidak sempat Faelq ingin membuka mulut, Rina hamparkan dirinya ke dada bidang lelaki itu. Memeluknya dengan erat dan kemas. Terkebil-kebil mata Faleq dengan pelukan hangat Rina namun dia terus membalas kembali pelukan itu. Mengusap-usap belakang kepala si isteri.
"Terima kasih sebab dah kembalikan kenangan saya dengan arwah ayah. Terima kasih juga sebab awak selalu bahagiakan saya." Ucap Rina, tulus dari hatinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Faleq Nisrina [HIATUS]
Romansa"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...