ESOK harinya, aku rasa kosong. Kenapa? Entah, aku sendiri tak faham diri aku. Sejak perlawanan hoki air tamat semalam, jiwaku rasa kosong sekosong-kosong tin kosong. Aku banyak termenung dan berfikir dari pagi. Sekarang sudah masuk waktu tengah hari. Umi seperti biasa, pergi mengajar budak-budak mengaji di surau. Ayah dan abangku sudah tentu melesap ke tempat kerja.
Aku? Heh. Macam biasa. Duduk seorang di rumah, kemas rumah dan buat hal sendiri. Biasanya waktu sekarang aku akan ulang kaji walaupun baru minggu yang keberapa. Biasalah, takut lupa. Cuma sekarang rasa nak ulang kaji tu tiba-tiba terbang dibawa bayu atmosfera. Yang singgah dalam dada sekarang cuma rasa nak termenung aje. Ya Allah, apa kena aku ni?
Tit. Tit.
Mati lamunanku. Malas pula tanganku mahu bergerak untuk capai telefon di sisi. Alamatnya, mataku sekadar menjeling ke arah skrin telefonku yang terbuka.
Miraawrrr : Nees, aku rasa kau boleh je repeat peperiksaan. Tak perlu pun kau repeat semester. Kau cuba tengok student portal.
Huh? Terus aku mencapai telefonku. Pelik juga aku baca WhatsApp Mira. Ulang peperiksaan saja? Tak perlu ulang semester ke? Carrymark aku F kut. Kenapa hanya perlu ulang peperiksaan saja?
Aku membuka aplikasi google lalu mencari bahagian student portal. Sempat aku klik PDF yang memaparkan tentang kegagalan markah peperiksaan. Tekun aku membacanya.
Gagal Peperiksaan :
1) Ulang semula peperiksaan
2) Ulang semula semesterLah, kenapa aku baru tahu tentang ini? Sudah semester keempat kut! Mungkin sebelum ni aku tak pernah gagal dalam peperiksaan dan ini merupakan kali pertama. Jadi aku tak pernah langsung buka PDF ini.
Maksudnya, boleh pilih sama ada untuk ulang peperiksaan atau ulang semester? Aku mengetuk dagu sendiri dengan jari telunjukku. Berkerut seribu dahiku sedang memikirkan cara.
Aku melepaskan keluhan berat. Tetapi aku sudah pun buat laporan kepada pejabat tentang isu sabotaj ini. Hanya tunggu surat rasmi dikeluarkan saja. Aku hantar melalui e-mel bersama bukti-bukti kukuh kepada pensyarahku dan disaksikan sendiri oleh pihak atasan universiti. Sempat ke untuk aku tukar pilihan?
Kalau aku ulang peperiksaan, masih ada peluang untukku lulus. Tapi jika aku ulang semester, aku bakal graduasi bersama junior. Aku tak dapat graduate bersama kawan-kawanku.
Mengeluh lagi. Susah juga ini. Tetapi memandangkan Mira sendiri kata aku boleh pilih, jadi mungkin masih ada peluang untukku selesaikan masalah ini dengan pihak universiti. Tetapi bagaimana kalau sudah pun aku lakukan laporan? Siap dengan bukti screenshot dan bukti salinan hardcopy assignment untuk mereka.
Ding dong.
Eh? Siapa pula yang datang? Aku bangkit dari sofa lalu melangkah menuju ke arah pintu. Hanya memerhati melalui biasan melalui tingkap yang ada pada pintu utama rumahku. Mencerlung mataku memerhati siapa di luar sana.
Oh. Lah, abang posman je pun. Setelah letak surat di dalam peti surat, dia terus berlalu. Aku tidak tunggu untuk sarungkan tudung lalu melangkah keluar rumah. Sarung selipar dulu sebelum berlari kecil ke arah peti surat.
Aku membuka peti surat. Tanganku mencapai sekeping envelope sambil muka berkerut membaca nama penerima.
Aneesa Nur Qaisarah (UDC255677)
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
YOU ARE READING
𝐖𝐡𝐢𝐬𝐩𝐞𝐫𝐞𝐝 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐢𝐬𝐞𝐬 | OH
Lãng mạn[HIATUS] Dia hanya seorang gadis biasa. Menyembunyikan identiti sendiri sebagai seorang penulis dan hidup seperti manusia lain. Kehidupan sebagai seorang pelajar dan penulis pada masa yang sama memang sukar. Namun perkara kecil itulah yang bakal men...