𝐄𝐀𝐃𝐄𝐍 | 12

391 41 1
                                    

     TERKEKEK aku ketawa sambil tidak berkelip mata merenung skrin telefonku. Nasib baik tak ada orang di rumah sekarang. Peperiksaan akhir juga bakal habis tidak lama lagi. Lagi dua subjek sebelum akhirnya cuti semester bakal menjelmakan diri.

     Aku sebenarnya baru saja habis mengulang kaji. Untuk subjek service dan human resource, memang tiada pengiraan. Jadi aku baca nota dan hafal apa-apa yang penting saja. Memang kedua-dua subjek ini bertemakan teori dan penerangan sahaja. Lebih kurang macam sejarah tetapi tiada kisah-kisah menarik seperti sejarah. Haha. Hanya menjelaskan tentang organisasi di tempat kerja.

     Kenapa aku tersengih dan terkekek gelak seorang diri macam orang kurang siuman sekarang ni? Aku sedang bersembang dengan Eaden. Sejak Eaden luahkan perasaannya kepadaku, jawapanku ialah untuk kekal kawan saja. Dan dia terima. Kerana dia faham Islam memang tidak benarkan bercinta sebelum berkahwin.

     Kelakar. Aku mengaku aku pun sayangkan dia. Sayang sebagai kawan itu satu, tetapi aku juga menyayanginya sebagai seorang lelaki. Pelik, kan? Entah sejak bila hati aku boleh terpaut dengan dia, aku sendiri tidak tahu.

     Tetapi aku langsung tak hairan dengan diri sendiri. Aku kalau boleh bila mahu cintakan seseorang, aku mahu cintakan dia tanpa ada sebab. Bagiku, cinta tak perlukan sebab. Tak perlukan taste juga. Kalau taste bolehlah sekadar nak crush saja. Tetapi bila kita cintakan seseorang, kita akan sedar sesuatu.

     Kita sendiri pun tak tahu kenapa kita tak boleh berjauhan dengannya. Dalam hati sentiasa rasa risau bila dia tiada di depan mata. Dan aku sendiri tak tahu kenapa aku perlu ada rasa begitu terhadap Eaden. Satu rasa yang aku akan sentiasa ambil berat tentangnya. Ia datang bergolek dengan sendiri.

     Apabila terkenangkan semula aku pernah ungkap taste aku bukanlah berambut maggi dan umur lebih muda, last-last... ambik kau. Makan kata sendiri.

     Bila aku kenal Eaden, aku sedar satu lagi. Bila hati ni dah ikhlas sukakan seseorang, umur pun jadi tak penting sudah. Asalkan dia punya pemikiran yang matang dan personaliti yang baik. Itu sudah lebih dari mencukupi. Lagipun umur kami berbeza setahun saja.

       Jadi bila orang tanya kenapa aku sukakan Eaden, aku sendiri hilang idea nak jawab apa. It just happened. Love happened without a reason.

       You started to fall for me when we met in front of the toilet? Seriously? - sarahneesa_

     Do I look like I'm joking? - eadenwilliams

     Aku tergelak. Bukan apa. Sebenarnya aku masih susah nak percaya Eaden sukakan aku saat kami terlanggar hari itu di arena. Macam mustahil untuk terjadi di realiti. Selalu jadi di alam fiksi dan drama saja.

     I fall for you when we bumped each other in front of the toilet. Sounds crazy but it's true. - eadenwilliams

     Tawaku reda. Apa aku mahu balas ni? Seminit jugalah aku berfikir. Tak tahu nak balas apa.

     Aku mengherotkan bibir. Ah, tulis ajelah apa-apa pun!

     0_0 - sarahneesa_

     Apa benda kau, Nees? Tangan aku naik menggaru pipi sendiri yang tidak gatal. Dahiku berkerut melihat balasan yang aku hantar. Aku pun pelik. Haha.

     Speechless? How cute. - eadenwilliams

     Membulat mata aku membacanya. Laju jari aku menaip, tanpa sedar secara pantas juga aku tertekan capslock.

     WHAT? - sarahneesa_

     Ya Allah Ya Rabbi! Aku rasa macam nak tumbuk dahi sendiri pakai lesung batu dekat dapur! Tapi mampuslah aku kena marah dengan umi, huhu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 15 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐖𝐡𝐢𝐬𝐩𝐞𝐫𝐞𝐝 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐢𝐬𝐞𝐬 | OHWhere stories live. Discover now