Harry menghabiskan malam itu dengan gelisah. Pemikiran tentang sosok berjubah hitam dan surat-surat misteri terus menghantui benaknya. Ketika fajar menyingsing, dia bertekad untuk merancang langkah seterusnya. Dia tidak boleh hanya menunggu hingga hari pembukaan sekolah; dia harus mencari cara untuk keluar dari rumah Dursley sebelum mereka menyedari kehilangannya.
Setelah dikurung di biliknya oleh Pak cik Vernon dan Mak cik Petunia, Harry menghabiskan hari-harinya dalam suasana sunyi dan penuh kebencian. Tingkapnya yang dikunci dan makanannya yang dikurangkan membuatkan dia rasa seperti seorang tahanan di rumahnya sendiri. Malam-malamnya dilalui dengan menatap keluar tingkap, merenung bulan dan langit malam, sambil memikirkan tentang semua amaran yang diterima—dari Dobby, dan surat misteri dari "Seorang Rakan." Setiap detik di situ membuatkan rasa resah dan takut semakin bertambah.
Setelah sarapan yang sunyi, Harry berusaha mencari peluang untuk bercakap dengan Dobby. Dia teringat bahawa elf itu pernah menyebutkan keupayaannya untuk muncul dan menghilang sesuka hati. Dengan harapan tinggi, Harry memanggil, "Dobby! Dobby, mana kamu?"
Dalam sekelip mata, Dobby muncul di depan Harry, wajahnya penuh kerisauan. "Harry Potter, tuan tak sepatutnya panggil Dobby di sini! Bahaya!"
Harry merasakan keluhan lega. "Dobby, kamu perlu tolong saya! Saya mesti keluar dari sini!"
Dobby menggigit bibirnya, kelihatan cemas. "Dobby ingin membantu, tapi ada peraturan yang perlu diikuti. Dobby dah buat banyak kesalahan. Tuan tak boleh pergi ke Hogwarts! Ada yang sedang merancang sesuatu yang jahat!"
"Perancangan apa? Apa yang berlaku?" Harry bertanya, tidak dapat menahan rasa ingin tahunya.
"Dobby tak boleh beritahu! Tapi percayakan Dobby, Harry Potter lebih selamat di sini!" Dobby menghilang semula, meninggalkan Harry dengan perasaan bercampur antara ketakutan dan kehampaan.
Harry tahu dia tidak boleh menunggu. Dia perlu bertindak. Dengan tekad baru, dia memutuskan untuk mencari jalan keluar. Dia teringat bahawa dalam beberapa minggu lalu, Pak cik Vernon dan Mak cik Petunia merancang untuk membawa Dudley ke taman tema. Ini mungkin peluangnya. Jika mereka pergi, Harry boleh mengikut jejak langkah mereka dan melarikan diri ke Hogwarts.
Hari demi hari, Harry mengawasi pergerakan keluarganya dengan teliti. Akhirnya, pada pagi yang dijanjikan, mereka bersiap-siap untuk pergi. Harry bersembunyi di dalam biliknya, menunggu saat yang tepat. Harry mengintai melalui celah pintu dan mendengar langkah Mak cik Petunia dan Dudley yang bergegas keluar, Harry melihat peluang ini sebagai cara untuk melarikan diri tanpa diketahui. Harry segera mencari jalan untuk melepaskan diri dari biliknya. Dia menemui beberapa alat lama milik pakciknya, termasuk pemutar skru, dan mula bekerja untuk membuka kunci tingkap.
Dengan berhati-hati, dia berjaya membuka kunci dan memanjat keluar melalui tingkap. Dengan bagasi besar miliknya, Harry merayap turun melalui bumbung kecil di luar tingkap biliknya. Setibanya di luar, perasaan lega menjalar di sekujur tubuhnya—akhirnya, dia bebas, walau hanya untuk seketika. Namun, jauh di sudut hatinya, dia tahu bahawa kebebasan ini hanya sementara. Dia belum pasti ke mana harus pergi, tetapi dia berjalan menjauhi rumah itu, melintasi jalanan yang sunyi dan penuh pokok-pokok gelap di sisi.
Namun, hanya beberapa meter dari rumah Dursley, Harry merasakan ada sesuatu yang tak kena. Udara malam tiba-tiba terasa lebih dingin, dan sekelilingnya jadi sunyi. Tiba-tiba, dengan bunyi lembut dan sedikit bunyi "pop", Dobby muncul di hadapan Harry. Mata Dobby yang besar terbuka luas, lebih gelisah dan panik daripada pertemuan mereka sebelum ini.
"Harry Potter tak sepatutnya berada di sini! Harry Potter tak boleh kembali ke Hogwarts!" kata Dobby, suaranya bergetar, seolah-olah ketakutan yang dalam melanda dirinya. "Harry Potter cuba melarikan diri! Apalah kata tuan selepas ini...Dobby perlu bawa Harry Potter ke tempat yang selamat."
YOU ARE READING
Harry Potter (Warisan Kegelapan)
AdventureIkuti sambungan kisah dari Harry Potter (Bayangan Hogwarts) - Semua karakter dan cerita ini diadaptasikan dari buku "Harry Potter and the Chamber of Secrets" oleh J.K Rowling