Parselmouth

5 2 0
                                    

Hari kelas Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam bersama Lockhart tiba lagi. Kali ini, Lockhart kelihatan lebih yakin daripada biasa, mungkin kerana dia merancang sesuatu yang 'lebih menakjubkan daripada insiden pixie yang lalu. Kelas diadakan di sebuah ruang yang lebih besar dan kosong, yang mengingatkan Harry pada sesi demonstrasi berisiko Lockhart sebelum ini. Harry berharap agar kali ini mereka tidak perlu menangani makhluk seperti pixie lagi.

"Baiklah, semua!" Lockhart berkata sambil tersenyum lebar, "Hari ini, kita akan menguji kemahiran pertahanan kamu dalam berpasangan. Saya mahu setiap pelajar tahun kedua berpasangan, dan kita akan mengalahkan beberapa makhluk menarik hari ini – Doxies!"

Senyuman bersemangat Lockhart tidak meyakinkan sesiapa. Para pelajar mula saling berpandangan dengan risau, namun, mereka mengikut arahan Lockhart.

"Harry, kamu dengan Blaise!" Lockhart mengarahkan dengan ceria. Harry memandang Blaise, yang kelihatan tidak senang dengan cadangan itu, tetapi dia tidak membantah.

"Ron, kamu dengan Seamus, Hermione dengan Bulstrode, dan... Draco," Lockhart terhenti sebentar sebelum mengarahkan, "dengan Justin Finch-Fletchley!"

Draco memandang Justin dengan wajah yang penuh rasa tidak percaya. Wajahnya meringis seakan-akan dia dipasangkan dengan troll. Dia menggumam dengan tidak puas hati, "Kenapa aku mesti berpasangan dengan budak Hufflepuff?"

Justin pula kelihatan gugup, tetapi cuba senyum mesra, walaupun Draco langsung tidak mempedulikannya.

"Jangan risau," kata Ron kepada Seamus sambil memegang tongkatnya, "Makhluk ni sangat mudah dikalahkan.... betul kan?" Seamus memandangnya tersenyum tidak yakin.

Lockhart membuka sebuah almari di sudut kelas, dan Doxies mula berterbangan ke luar dengan gigi tajam berkilauan dan sayap kecil berkepak-kepak. Keadaan mula menjadi kucar-kacir serta-merta.

Hermione dengan cepat memasang posisi berjaga-jaga, "Doxies beracun, jadi kita mesti hati-hati!"

Dia melambaikan tongkatnya dan berjaya melenyapkan satu Doxie dengan sepakan kecil di udara, tetapi Millicent Bulstrode tersungkur ke belakang apabila cuba mengayunkan tongkatnya, membuatkan satu lagi Doxie melayang ke arah kepala Hermione.

Ron dan Seamus cuba menyerang serentak, tetapi Seamus tersalah baca mantera dan tongkatnya meletup kecil di tangannya, meninggalkan asap tebal yang membuat semua orang tergelak – kecuali Ron yang cuba menghalau Doxie yang sedang mencakar lengan bajunya.

Harry dan Blaise berusaha menumpukan perhatian pada serangan mereka. Blaise kelihatan tenang, walaupun sedikit jengkel dengan situasi itu. Dia dengan santai mengayunkan tongkatnya, tetapi bukannya melenyapkan Doxie, sihirnya melepaskan seekor ular yang tiba-tiba muncul di tengah ruang kelas!

Ular besar itu berguling keluar dari hujung tongkat Blaise, bersinar dengan sisik hijau gelap yang berkilauan. Semua pelajar tiba-tiba berhenti dan menjerit ketakutan, termasuk Doxies yang bertempiaran lari ke dalam almari dan di bawah meja, sembunyi dengan panik.

Harry melihat ular itu memandang ke arah Blaise, yang berdiri kaku dengan wajah pucat. Tanpa berfikir panjang, Harry menyuruh ular itu pergi.

"Pergi," Harry berkata, cuba mengawal keadaan, tetapi ular itu memandangnya dengan pandangan tajam, seolah-olah mempertimbangkan arahan itu. Ia kemudian memalingkan kepala ke arah Blaise, menggeser badannya perlahan ke arahnya.

"Jangan ganggu dia," kata Harry lagi, nadanya lebih tegas kali ini.

Ular itu berhenti serta-merta, memandang kembali Harry dengan mata kuning yang menakutkan. Keadaan di sekeliling menjadi senyap, begitu sunyi sehingga Harry dapat mendengar jantungnya berdegup kencang.

Harry Potter (Warisan Kegelapan)Where stories live. Discover now