Kejutan Krismas

4 2 0
                                    

Hari demi hari berlalu, suasana di Hogwarts kembali tenang. Pelajar-pelajar mula melupakan cerita tentang Harry yang kononnya pewaris Slytherin. Dia menjalani kehidupan seharian dengan lebih santai, bergaul dengan Draco, Ron dan Hermione. Namun, semuanya berubah pada petang itu ketika Harry menjalani latihan Quidditch.

Suatu petang, selepas latihan Quidditch, Harry melangkah keluar dari padang dengan peluh membasahi kemeja Slytherin-nya. Dia merasa letih tetapi puas. Namun, ketika sedang mengumpul peralatannya, dia terperanjat apabila melihat Blaise Zabini berdiri tidak jauh darinya. Blaise memandangnya dengan sinar mata yang penuh dendam, seolah-olah semua kebencian dan kemarahan dalam hati telah terakumulasi dan ditujukan kepada Harry.

Blaise menghampirinya dan menyenggol bahunya dengan kasar. "Berambus," katanya dengan nada angkuh.

Harry, merasa kemarahan menyusup ke dalam hatinya, menoleh dengan pantas. "Tunggu dulu! Apa masalah kau, huh? Masih tak puas hati lagi dengan insiden ular hari tu? Dengar, kalau aku tak suruh ular tu berhenti dari serang kau, nasib kau memang dalam bahaya!" terang Harry, suaranya bergetar dengan emosi.

Blaise memutar matanya dengan sinis, tidak percaya. "Oh, tu yang kau suruh? Yang kami semua nampak, kau bercakap bahasa ular dan macam suruh ular tu untuk serang aku! Kau ingat aku akan percaya pada seorang yang dianggap pewaris Slytherin? Kau tak layak langsung!" katanya dengan nada merendahkan, menekankan setiap kata dengan sengaja. Senyum sinis terukir di bibirnya, seolah-olah menikmati kepedihan yang dialami Harry.

Kata-kata Blaise menusuk hati Harry. Kenapa semua orang seperti mahu melihat dia sebagai musuh? Dan sedangkan semua pelajar lain sudah melupakan kejadian itu, Blaise masih terperangkap dalam masa lalu, menekankan dendam yang tidak berkesudahan. "Kau masih tak lupa pasal tu, kenapa perlu ungkit semula!" Harry menegaskan, tetapi suaranya menjadi lemah.

Blaise hanya mengangkat bahu, menambah rasa benci yang menyelubungi mereka. "Dengar sini Potter, aku lebih suka kau habiskan hari kau macam sebelum ni, dibenci dan dianggap musuh oleh semua orang. Sayang betul, Draco, dimanipulasi hidup-hidup dengan kau.” Dengan langkah angkuh, dia beredar dari situ, meninggalkan Harry terdiam dalam kemarahan yang membara.

Saat Harry berjalan jauh di koridor yang sunyi, dia tiba-tiba mendengar bisikan halus. Suara itu lagi, lembut tetapi mengancam, bergetar dalam jiwanya. "Lapar... makanan... bunuh... koyakkan..." Suara itu berulang, seolah-olah merayu untuk didengar.

Jantung Harry berdegup kencang. Dia berusaha mengabaikan suara itu, tetapi rasa ingin tahunya mengatasi rasa takutnya. "Apa yang kau nak?" dia berbisik pada diri sendiri, tetapi bisikan itu semakin kuat, seakan-akan menariknya ke arah yang tidak diketahui. Suara itu berbicara dengan penuh niat jahat. "Makanan... aku lapar... bunuh... koyakkan..."

Merasa terdesak untuk mengetahui apa yang sedang berlaku, Harry mengikuti suara itu, berusaha mencari pemilik suara misteri itu. Setiap langkah membawa dia lebih dekat, tetapi suasana di sekelilingnya terasa lebih menekan. Dia bertekad untuk tidak berhenti sehingga dia mendapatkan jawapan.

Tiba-tiba, Hagrid muncul dari sudut koridor, membawa bangkai ayam jantan di tangannya. "Harry! Kamu tak apa-apa?" Hagrid bertanya dengan nada prihatin, matanya membesar melihat Harry yang kelihatan gelisah.

Harry tersentak dan cuba memaksa senyuman. "Oh, Pak Cik Hagrid, saya okay je," jawabnya, walaupun hatinya tidak tenang.

Hagrid menunjukkan bangkai ayam itu dengan dahi berkerut. "Jumpa lagi seekor. Ayam-ayam pak cik banyak mati akhir-akhir ini. Pak cik masih cari punca kematian mereka, mungkin musang agaknya," katanya dengan nada kecewa, menampakkan keprihatinannya.

Sebelum Hagrid pergi, dia menegaskan sekali lagi, "Kamu okay ke, Harry? Nampak macam terkejar-kejar sesuatu je."

"Saya betul-betul okay, cuma nak balik ke bilik, penat lepas latihan ni," jawab Harry, tetapi dalam hatinya, fikirannya tidak tenang.

Harry Potter (Warisan Kegelapan)Where stories live. Discover now