P A G E 1

40 24 0
                                    

"Even we are not destined together, I will be with you forever"

•••


"Mama"

"M... mama kat mana? kenapa Rieya tak nampak mama?"

"Mama jawablah. Mana mama pergi sebelum ni? mama nak tinggalkan Rieya sekali lagi ke?"

"Mama!"

Bayangan Sang ibu makin lama semakin pudar. Laju air mata membasahi kulit muka yang putih mulus itu.

Tersentak seorang Xandrieya Natalieya Ayreen. Bayangan ibunya masih terngiang-ngiang dia kepala. Dia menekup wajahnya sendiri.

Selama bertahun-tahun dia tidak pernah merasai nikmat kasih sayang seorang ibu. Teringin juga dia ingin mendapatkan pelukan dari seorang ibu dan sebuah ciuman daripada seorang ibu. Namun, semuanya hanyalah dusta semata-mata.

"Haih, kenapalah hidup aku tak ada mak bapak ya. Baik aku mati ikut dia orang saja" sempat dia mengeluarkan keluhan berat

Dia melompat keluar daripada katil. Lalu, dia pergi ke bilik air untuk membersihkan diri kerana hari ni sudah genap seminggu dia tidak pergi ke kerja. Jadi, sebagai bos yang berkarisma, dia seharusnya melihat perkembangan syarikat miliknya itu.

"Beb! jom la makan. Alaina ada masak lebih ni" panggil kawannya itu, Rosalie Haura selaku kawan baiknya.

"Aku nak pergi kerja dulu. Kau makanlah dengan Alaina. By the way nanti aku balik aku bawak kau dan Alaina pergi shopping ya?" ujar Natalieya

"Ya, tapi betul ke kau taknak makan dulu? kau tu gastrik Natalieya. Karang tak pasal-pasal balik merangkak akibat sakit perut" kata Rosalie

"Nanti lah Ros, apa-apa aku update dekat kau. Bye Lana, bye Ros!" ujar Natalieya lalu berangkat untuk pergi ke tempat kerjanya.



Sesudah Natalieya sampai ke pejabatnya dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang tersedia ada.

Sebelum dia memulakan kerjanya, dia melihat keindahan alam di luar tingkap pejabatnya.

Dia memulakan kerjanya.

Knock!

Knock!

Knock!

Bunyi pintu diketuk. Malas sungguh dia ingin membuka mulut untuk memberitahu agar pekerjanya membuka pintu. Mahu tidak mahu dia harus juga mengatakannya.

"Come in!" laungnya dari dalam.

Pintu bilik kerjanya dikuak sedikit. Ternyata teman lelakinya iaitu Tengku Haqeem Fawwaz.

"You nak apa?" soal Natalieya dengan nada yang sedikit kasar.

"I nak tengok you lah, rindu I nak tatap mata coklat you" ujar Tengku Haqeem Fawwaz

"Kalau ye pun janganlah sampai datang office I. You tak nampak ke I tengah kerja ni? you memang dah takda kerja ke?" soal Natalieya. Bingung dia, dalam banyak-banyak hari. Hari ini juga datang menyemak dekat pejabat ni.

"Kenapa I tak boleh datang pejabat you? you ada simpan rahsia ke dengan I?" soal Tengku Haqeem dengan penuh rasa curiga.

"Takda masa I nak BERAHSIA dengan you. Mana tahu you yang berahsia dengan I. Ye tak?" soalnya kembali dengan penuh rasa curiga. Perkataan rahsia itu ditekan.

Dilihat pula pada halkum milik Tengku Haqeem. Naik turun, naik turun seperti halkum kepanasan. Entah-entah betul tak apa yang dia cakap.

"Kenapa? I ada cakap benda yang salah ke?" tanya Natalieya. Pen ditangan diletakkan semula di atas meja.

His Truly Love's : QAM series 1Where stories live. Discover now