P A G E 11

11 5 0
                                    

"Even we are not destined together, I will be with you forever"

•••

Knock!

Knock!

Knock!

Doktor Iwan menapak masuk ke dalam bilik pesakitnya ialah Natalieya.

"Cik Natalieya, kami terpaksa tahan Cik Natalieya untuk membuat pemeriksaan darah. Bermaksud Cik Natalieya terpaksa berada di sini selama seminggu lagi." Ujar doktor Iwan.

"Dan, darah di dalam badan Cik Natalieya juga kurang. Saya sarankan Cik Natalieya untuk makan makanan yang sedikit manis untuk menaikkan gula di dalam badan Cik Natalieya. Itu sahaja, apa-apa maklumat saya akan beritahu Cik ya.."

Melopong besar mulut Natalieya apabila mendengar setiap bait tutur kata yang keluar dari mulut doktor Iwan.

"What the f*ck."

Qaish memandang ke arah Natalieya.

"You! I tak mahu duduk sini lama-lama! bosan la!" adu Natalieya bersama mimik muka yang tidak puas hati.

Protes!

"Mana aku tahu. Nak tak nak kau kena la duduk sini. Siapa suruh DIET lagi. Kam dah kurang gula. Padan Muka." Ujar Qaish berselamba.

"Youu!"

"Apa?"

"Nak keluar. I dah lemas duduk dalam ni. Look at my face. Dah pucat kan?" ujar Natalieya. Dia pun nak hidup macam orang lain!

"Tak boleh. Tak dengar doktor cakap apa tadi? tak boleh keluar lagi. "

"Yalah you... Dulu I kena kurung dalam bilik air, dalam stor, dalam bilik mainan sorang-sorang je. Tak ada siapa pun yang kisah... " Natalieya mula membuka cerita lamanya sambil baring membelakangi Qaish.

Tubuh Qaish mengeras.

"J... Jangan macam tu... Nanti aku pujuk doktor tu... Kau tidurlah dulu.. " Kata Qaish dengan suara yang tergagap-gagap.

Qaish mula bangun dan keluar dari bilik wad Natalieya. Mahu memberi ruang buat wanita itu menghamburkan tangisannya.

Tanpa Qaish tahu, Natalieya di dalam menggelakkannya. Tahu pula kesian!




HAACHO!

Kedengaran seperti orang bersin di dalam biliknya.

Qaish mula membuka langkah dengan perlahan-lahan.

Apabila dia buka saja pintu biliknya, kelihatan Qais sedang baring di atas katilnya sambil membaluti tubuh bersama selimut tebal serta Cool Fiber di atas dahi. Gaya budak 9 tahun demam!

"Kau kenapa tarzan!"

"Qaish, aku nak mama," katanya sambil tubir mata bergenang.

Bicara Qaish mati buat seketika.

"Qais, mama kan tak ada. Kau jangan manja sangat boleh tak? mama pergi sekejap aje kan."

Qaish meletakkan tangannya di atas dahi Qais. Panas!

Sah demam!

"A.. Aku nak mama.." Rintihnya

"T.. Tapi mama tak ada... Mama dah tak sayang aku... "

"M.. mama.."

Setiap bait kata yang keluar dari mulut Qais mengingatkan kata-kata yang keluar dari mulut Natalieya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 5 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

His Truly Love's : QAM series 1Where stories live. Discover now