P A G E 9

17 9 11
                                    

"Even we are not destined together, I will be with you forever"

•••

Datin Marlina yang melihat tingkah laku anaknya itu menjadi bingung. Qaish juga nampak tergesa-gesa. Begitu juga dengan tiga orang lagi manusia di belakangnya.

"Qaish, Qaish nak pergi mana?" soal Datin Marlina sambil mengangkat sebelah keningnya.

Kelihatan riak wajah Qaish seperti terlupa sesuatu.

"Mama, Qaish nak pergi melawat Lie kejap. Doktor kata dah boleh melawat dia. Qaish pergi dengan dia orang ya?"

"Iyalah. Hati-hati ya sayang..." sempat Datin Marlina meninggalkan pesanan buat Qaish.

Qaish mengagguk dan berlalu pergi. Tidak lupa juga dia untuk menyalam tangan tua itu.

Hati tuanya juga ikut senang apabila melihat Qaish datang melawat Natalieya yang sedang sakit di hospital itu. Dia juga berharap agar Natalieya baik-baik saja di sana.

"Assalamualaikum.." sapa Qaish dengan perlahan. Tidak mahu kejutkan puteri yang sedang nyenyak dibuai mimpi.

Mereka yang berada di belakang Qaish juga turut buat benda yang sama.

Natalieya membuka matanya sedikit demi sedikit. Pandangan pertama dia ialah syiling putih. Bau hospital sudah masuk ke rongga hidung.

Dia memandang tepinya.

Ada Qaish dan kawan-kawannya yang lain. Natalieya hanya terkaku di situ. Dia cuba ingatkan kembali apa yang telah jadi kepada dirinya. Laju aje otak melakukan kerja. Apabila dia cuba imbas kembali apa yang sudah terjadi, kepalanya berpinar.

Natalieya cuba untuk bangun daripada tidurnya.

Qaish yang melihat itu turut membantu Natalieya untuk bangun.

"N-nak air.."

Qaish mengagguk. Air dituang lalu di beri kepada Natalieya

"T-terima kasih sebab tolong I semalam..."

"Mana ada semalam. Dah seminggu lebih kau pengsan tak sedarkan diri." Balas Qais ditepi.

Natalieya menundukkan kepalanya. Air mata mula bergenang.

Mengingatkan peristiwa pergaduhan yang berlaku di rumah Tuan Zachary itu membuatkan hati kecil Natalieya ingin melepaskan tangisan yang kuat.

Kekuatan cuba dikumpul.

Inhale, exhale

Inhale, exhale

Inhale, exhale

Natalieya menarik nafasnya selama tiga kali.

"Kau okay tak? nak aku panggil doktor?" soal Qaish

"Kau orang duduk dekat sofa dulu. Kalau nak balik pergilah. Aku nak teman Lie"

"Hm, dah ada awek cun tu terus halau kita mat. Kurang ajar betul!" ujar Arash sambil membuat mimik muka yang menyampah. Mana aci!

His Truly Love's : QAM series 1Where stories live. Discover now