➥ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 03

4 0 0
                                    

hari ni aku ajak jaeyun dan heeseung datang ke rumah aku untuk bincang tentang sesuatu.

keadaan sekarang hanya dipenuhi dengan kesunyian antara kitorang bertiga. hanya dengar bunyi daripada penghawa dingin dan aku tak tahu nak buat apa sekarang ni.

mata aku terkebil-kebil memandang jaeyun dan heeseung secara bergilir-gilir.

sampai bila nak diam ni? memang masing-masing tak nak bercakap ke? memang nak tunggu aku start bercakap dulu eh?

aku tenung kedua-dua tapak tangan aku sambil kumpulkan keberanian untuk mula bercakap. alangkah baiknya kalau diorang boleh nampak yang tapak tangan aku akan berlubang sebab lama sangat termenung.

"a- aku rasa kita patut cakap tentang perkara ni sebab aku nak luruskan keadaan yang agak huru hara sekarang ni."

"aku tak nak perkara ni jadi lebih teruk dan aku sendiri pun dah tak tahu nak buat apa lagi dah. jadi tolong..."

aku bukannya apa, tapi aku jadi tak tentu arah sebab aku rasa aku jadi orang tengah dalam masalah ni.

"sim jaeyun." akhirnya heeseung bersuara selepas mengeluh secara perlahan.

"aku tahu yang kau tak percayakan aku and aku tak kan salahkan kau. ye, aku memang ada buat salah besar dekat jiwoo. aku dah sakitkan hati dia and aku pun tak kan maafkan diri aku sendiri. tapi aku still ambil kisah tentang dia sebab dia orang yang penting bagi aku."

tatapan jaeyun terus berubah sekelip mata. aku boleh nampak yang dia tengah sedaya upaya tahan daripada marah.

"still ambil kisah tentang dia?" jaeyun tanya dalam nada menyindir.

"kau dah sakitkan hati dia, kau dah rosakkan kepercayaan dia and kau rasa dengan ayat manis kau tu dapat hilangkan rasa sakit tu ke?"

kemarahan jaeyun semakin membuak-buak dan aku berdiri dengan penuh kaku sebab aku cuba cari ayat yang sesuai untuk redakan situasi ni.

"korang berdua, please... jangan lah bergaduh. korang berdua datang sini untuk berbincang bukannya bergaduh."

eh aku tengah serius, boleh pula nak buka fight. ada juga aku wwe sorang-sorang nanti.

heeseung hanya hiraukan kata-kata jaeyun dan tumpukan sepenuh perhatiannya pada aku.

"jiwoo, aku tahu aku tak layak tapi aku just minta satu je peluang. tapi kali ni aku akan berubah, aku tak kan sakitkan kau lagi okay."

bila sahaja heeseung cakap macam tu, badan aku terus rasa gementar. muka jaeyun pun betul-betul nampak lain.

"ak-"

"peluang? sekarang ni kau tak payah nak datang balik and pura-pura yang semua ni dah okay. jiwoo deserves better than that. lebih baik daripada kau."

secara tiba-tiba heeseung bangun dari tempat duduknya dan pandang jaeyun dengan pandangan yang marah.

"aku tak kan buat macam tu! aku buat semua ni sebab aku nak bertanggungjawab dengan apa yang aku dah buat sebelum ni. aku tahu aku salah tapi tak semestinya aku tak boleh ambil kisah tentang dia!"

giliran jaeyun pula bangun dari tempat dan diorang berdua berdiri sambil menghadap antara satu sama lain.

jantung aku semakin berdegup dengan laju bila nampak diorang berdua bergaduh dan aku jadi kaku tak tahu nak buat apa.

"ambil kisah tentang dia? kau dah betrayed dia! kau curang dengan kawan baik dia sendiri! kau fikir kalau kau rasa bersalah, kau boleh fix everything?"

dan akhirnya giliran aku pula bangun dari tempat dan aku berdiri di tengah antara diorang berdua.

"dah! tak payah bergaduh! korang ingat benda ni akan selesai ke!"

secara automatik semua jadi diam membisu. aku terpaksa bersuara sebab aku rasa pergaduhan ni akan jadi lebih teruk.

heeseung lembutkan pandangan bila pandang mata aku dan nada suara kembali perlahan.

"jiwoo, aku tahu yang aku tak layak dapat peluang. tapi aku tak boleh pergi macam tu je."

"please, bagi aku satu peluang and aku akan tunjukkan yang aku dah berubah sekarang ni." sambung heeseung lagi.

jaeyun geleng kan kepalanya beberapa kali dan ambil langkah dekat ke arah aku sambil tangannya genggam tangan aku dengan lembut.

"sweetheart, please. awak tak perlu bagi apa-apa dekat dia. awak dah move on, kan? saya ada dengan awak sekarang ni and saya tak kan sakitkan hati awak macam mana dia buat dekat awak okay. saya tak kan sakitkan awak macam tu."

kepala aku dah mula rasa pening. mata aku memandang muka heeseung dan beralih ke arah jaeyun. aku tak tahu kenapa aku rasa teragak-agak dengan ayat heeseung dan jaeyun.

"a- aku..." aku jawab dengan sedikit terketar-ketar.

"jiwoo, kau tak perlu buat keputusan sekarang ni. aku hanya nak kau tahu yang aku betul-betul rasa bersalah." heeseung

"awak tak perlu nak maafkan dia. awak dah bagi dia peluang yang cukup." jaeyun

perlahan-lahan aku rasa tertekan dengan keadaan sekarang ni. aku patut ikut cakap siapa? jaeyun? heeseung? ataupun diri aku sendiri?

aku betul-betul tak tahu nak buat apa sebab aku tahu, kalau aku buat apa-apa pilihan, mesti akan ada yang sakit. air mata aku secara perlahan-lahan keluar mengalir di pipi dan cepat-cepat aku lap sebab aku tak nak diorang nampak.

"kenapa jadi macam ni...?" aku tanya dalam nada berbisik.

tak ada pun antara jaeyun atau heeseung yang boleh bagi jawapan untuk soalan tadi. diorang berdiri sambil terdiam, tenung aku dengan lama dan tunggu aku untuk buat keputusan.

tapi aku belum bersedia.

belum lagi.

"a- aku perlukan masa... aku perlukan ruang untuk fikir."

heeseung menganggukkan kepalanya dengan perlahan.

"tak apa, ambil je masa. aku akan tunggu."

jaeyun pula pandang aku dengan pandangan yang agak menyedihkan tapi dia terpaksa anggukan kepalanya.

"alright, saya akan bagi awak ruang okay? tapi saya tak kan pergi ke mana-mana. don't worry, saya always ada dengan awak."

𝐂𝐀𝐔𝐆𝐇𝐓 𝐁𝐄𝐓𝐖𝐄𝐄𝐍 || 제이크Where stories live. Discover now