PANTAI
jaeyun bawa aku pergi ke pantai dengan harapan supaya aku dapat tenangkan fikiran aku.matahari dah mula terbenam secara perlahan-lahan dan mata aku masih lagi tak lepas memandang keindahan alam yang diciptakan oleh tuhan.
cie.
jaeyun pula asyik menjeling ke arah aku dan riak wajah dia penuh dengan kerisauan.
aku baru sedar yang dari tadi aku tak banyak bercakap selepas apa yang dah berlaku dekat rumah aku tadi sebab semua ayat daripada heeseung dan jaeyun masih lagi berlegar-legar di dalam fikiran aku.
"sweetheart."
aku masih lagi termenung seorang diri dan beberapa minit kemudian, barulah aku sahut panggilan jaeyun tadi.
"saya tahu yang awak still lagi fikir tentang perkara tadi."
"tapi saya always ada dengan awak. awak tak perlu hadap semua benda ni sorang-sorang okay." sambung jaeyun lagi sambil genggam kedua-dua belah tangan aku dengan lembut.
"saya pun tak tahu nak mula dari mana..." aku bercakap tapi lebih tepatnya dalam nada berbisik.
"bila saya nampak heeseung pagi tadi, semua perasaan tu datang. rasa marah, benci, sedih dan perasaan yang membuatkan saya rasa yang saya ni tak sempurna dekat pandangan orang lain."
"jiwoo, semua benda yang dia dah buat. dia dah curang dengan kawan baik awak sendiri. benda ni bukannya satu perkara yang awak boleh lupakan dalam satu hari. dan saya faham perasaan awak tapi tak semestinya awak boleh bagi ruang untuk dia dalam hati awak."
tangan aku yang jaeyun genggam dari tadi, aku tarik dengan perlahan. air mata perlahan-lahan bertakung di bawah mata tapi aku cuba untuk tahan.
"dia cakap yang dia masih lagi ambil kisah tentang saya."
"and awak masih lagi percayakan dia ke? lepas semua benda yang dia buat dekat awak?"
aku pandang jaeyun dengan lama dan aku jadi teragak-agak untuk jawab soalan dia tadi.
"entahlah. mungkin dia masih lagi ambil berat tentang saya, tapi tak penting macam dulu."
senyuman manis mula terukir di bibir jaeyun. bila tengok senyuman ni, rasa lega terus ada dalam diri aku.
"jiwoo, saya ni bukannya lee heeseung. saya tak kan pergi macam tu je hanya sebab masalah ni makin merumitkan. don't worry, okay?"
"i love you, jiwoo."
aku tak dapat tahan lagi dan akhirnya air mata aku mengalir di pipi. bila aku pandang mata jaeyun, aku boleh nampak yang dia betul-betul sayangkan aku.
"i love you too, jaeyun."
"tapi... saya takut."
ye, macam-macam perkara aku tengah risaukan sekarang ni.
"takut? takut sebab apa?"
"takut kalau kata-kata heeseung tu betul. takut yang saya ni sebenarnya tak boleh nak lupakan masa lalu. and kalau saya tak boleh, macam mana saya nak fikir tentang our future?"
jaeyun memandang muka aku dengan lembut dan tanpa buang masa, dia tarik dan peluk aku dengan erat.
"tak apa. saya tolong okay?"
"tapi awak tak perlu bagi jawapan tu sekarang. take you time. saya always ada no matter what."
aku duduk dalam pelukan jaeyun dalam beberapa minit dan tiba-tiba ada suara yang dikenali membuatkan pelukan tadi terlerai.
"so inilah yang dah terjadi?"
rupa-rupanya suara tadi datang daripada heeseung. heeseung berdiri hanya beberapa meter dari kitorang berdua dan pandang jaeyun dengan tatapan yang bila-bila masa sahaja diorang boleh bergaduh.
"heeseung, kau buat apa dekat sini?"
heeseung menyilangkan tangan dan pandangannya beralih ke arah aku.
"aku nak cakap sesuatu dengan kau. berdua."
"tapi nampaknya aku datang pada masa yang salah." sambungnya lagi.
sekarang ni jaeyun dan heeseung saling bertukar renungan, tapi jaeyun bagi aku peluang untuk uruskannya.
"heeseung, boleh tak kita bercakap lain kali? lagipun kita kan dah cakap pagi tadi."
"ye, tapi rasanya percakapan kita berdua tadi belum habis lagi. kau cakap kau tak pasti yang kau dah lupakan masa lalu ataupun tak. jadi aku datang untuk ingatkan kau yang aku pun belum lupakan juga."
aku terus terdiam. inilah yang aku maksudkan "takut" tadi. takut yang aku tertangkap antara orang yang pernah sakitkan aku dan orang yang cuba untuk pulihkan hati aku.
"heeseung, dia tak perlukan semua ni sekarang. kau dah guna peluang untuk bercakap dengan dia tadi." akhirnya setelah beberapa minit, akhirnya jaeyun mula bersuara.
"tak, sekarang ni. kau siapa nak tentukan semua ni? jiwoo tu milik aku dulu sebelum datangnya kau."
"heeseung, aku ni bukannya milik kau and kau lansung tak ada hak untuk cakap macam tu dekat aku sebab kau dah curang dengan aku."
heeseung terdiam sekejap dan aku boleh nampak yang dia agak terkejut bila dengar apa yang aku cakapkan tadi.
"jiwoo, memang aku pernah curang dengan kau. tapi tak bermakna yang aku tak ambil kisah tentang kau. remember that, okay?"
jaeyun berdiri betul-betul di hadapan aku dan sekarang ni dia berdiri berhadapan dengan heeseung.
"ambil kisah tentang dia tak bermaksud yang kau boleh cross the line."
"dah. pergi dari sini sebelum aku guna cara kasar." sambungnya lagi.
heeseung bergerak pergi dengan macam tu sahaja. tapi dalam beberapa langkah, heeseung berhenti dan toleh ke belakang.
"kim jiwoo, this isn't over."
bila dia pergi, badan aku terus tak dapat berdiri dengan betul. ibarat lutut aku tak dapat berfungsi dengan betul. aku pandang muka jaeyun pun aku rasa nak menangis.
dia genggam tangan aku dengan lembut, cuba untuk tenangkan diri aku dan akhirnya berjaya.
"jangan buat kan kata-kata dia tu lemahkan semangat awak okay. ingat, jangan hadap masalah ni sorang-sorang. saya always ada dengan awak."
aduh, sejuknya hati ni dengar.
"i know..."
"thank you so much, jaeyun. saya betul-betul bersyukur sebab dapat kenal awak."
YOU ARE READING
𝐂𝐀𝐔𝐆𝐇𝐓 𝐁𝐄𝐓𝐖𝐄𝐄𝐍 || 제이크
أدب الهواة⟨⟨ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ⟩⟩ kim jiwoo's happy relationship with sim jaeyun is threatened when her manipulative ex, lee heeseung, reenters her life. after heeseung cheated on her with their friend jung hyejin, jiwoo forgave them, but heeseung's hidden mot...