"jiwoo, kalau saya balik dulu boleh tak?" mata jaeyun tak lepas memandang skrin telefonnya.
"eh? kenapa? bukan ke tadi awak cakap awak nak bawa saya pergi makan dekat kafe baru tu."
"haah, saya ada urusan penting sikit ni."
"urusan penting? "
jaeyun menganggukkan kepala sambil matanya masih lagi memandang skrin telefon beberapa kali.
"haah. saya ada hal sikit ni."
"ouh, tak apa lah."
"lain kali kita pergi sama-sama, okay?" sambung aku lagi.
"alright. kalau awak dah sampai rumah jangan lupa mesej saya okay."
"alright."
aku biarkan jaeyun pergi keadaan tergesa-gesa dan aku berjalan ke arah pagar sekolah seorang diri.
/ting/
telefon berbunyi dan ada mesej baru daripada heeseung.━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
이희승Lee Heeseung
kim jiwooLee Heeseung
aku nak jumpa dengan kau
boleh tak?Lee Heeseung
aku nak cakap sesuatuaku terdiam sekejap bila aku nampak ada mesej daripada heeseung. fikiran aku kata yang aku patut hiraukan sahaja mesej tu, tapi dari jauh lubuk hati aku kata aku patut balas mesej ni. dan sejujurnya aku akan rasa bersalah bila hiraukan seseorang. ugh, i hate this feeling!
You
bolehYou
mana? bila?Lee Heeseung
dekat gelanggang bola
keranjang.Lee Heeseung
sekarang.You
okay━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
langkah aku tiba-tiba rasa berat bila aku dah nak dekat dengan gelanggang bola keranjang dan dari jauh aku nampak heeseung tengah menunggu aku sambil bermain telefon bimbitnya.
bila aku berdiri di hadapan heeseung, dia simpan telefonnya dan pandang aku dengan senyuman manis terukir di bibirnya.
"kenapa kau nak jumpa aku?"
seluruh badan aku bergetar disebabkan terlalu gementar untuk berjumpa dengan heeseung. aku takut akan ada berlaku lagi pergaduhan mulut antara aku dengan dia.
dan sejujurnya aku dah penat.
penat sebab selalu tersangkut antara masa lalu dengan masa sekarang dan aku rasa masalah ni tak ada penghujung, jadi aku kena hadap masalah ni sampai bila-bila.
"aku nak cakap tentang jaeyun."
aku terdiam bila dengar nama jaeyun disebut. agak-agaknya apa yang heeseung nak cakapkan tentang jaeyun?
"kenapa dengan jaeyun?" aku menyilangkan tangan.
"kenapa dia tu tak boleh nak hormat kita berdua? dia sibuk nak masuk campur urusan kita berdua dan kau tahu tak, aku tak suka benda tu berlaku."
YOU ARE READING
𝐂𝐀𝐔𝐆𝐇𝐓 𝐁𝐄𝐓𝐖𝐄𝐄𝐍 || 제이크
Fanfiction⟨⟨ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ⟩⟩ kim jiwoo's happy relationship with sim jaeyun is threatened when her manipulative ex, lee heeseung, reenters her life. after heeseung cheated on her with their friend jung hyejin, jiwoo forgave them, but heeseung's hidden mot...