2: Masa Lalu

8 0 0
                                    

Assalammualaikum Cinta!~ Jangan lupa vote dan comment kalau korang suka story ni!~❤️‍🩹

Hannisa termenung seketika. Entah mengapa, bila dia ingat kejadian yang berlaku tempoh hari, membawa dirinya ke masa lalunya.

Flashback—

Hanissa ketika itu baru sahaja pulang dari sekolahnya. Letih ye sebagai seorang pelajar ni. Banyak commitment yang perlu di pegang. Tambahan lagi dia merupakan anak tunggal kepada kedua ibubapanya. Mesti dia nak buat yang terbaik.

Sewaktu dia tiba di rumahnya, dia melihat Paksu dan Maksunya yang turut berkunjung ke rumah. Patutlah dari luar dia dengar bunyi bising-bising tadi.

"Ehh! Anak cantik Maksu dah balik~ rindu maksu kat kamu, Nissa!" Kata Puan Miranda sambil memeluk tubuh Hanissa. Sudah lama tak bersua muka. Mestilah dia rindu.

"Nissa rindu maksu juga~ Abang Fiz tak ikut maksu dengan paksu ke?" Tanyanya. Bukan apa, biasanya lelaki tu selalu ada dengan mereka. Ini tak nampak pula. Ghaib ke?

"Dia pergi tandas, Nissa. Pergilah tukar baju tu dulu. Maksu boleh tunggu~"

Nissa terus melangkah naik ke biliknya. Nak mandi. Rimas dia dengan baju seragam sekolahnya.

Setelah selesai melepaskan pakaiannya, dia pun berjalan menuju ke bilik mandi. Memandangkan biliknya di tingkat atas, dia berkemban jela sambil pergi bilik mandi sebab jarang orang nak naik atas kecuali nak pinjam tandas.

Tapi, hari tersebut menjadi hari malang untuknya.

Yang dia sangka Fiz sudah keluar awal dari tandas, rupanya... Tak.

Waktu dia tiba depan pintu bilik mandi, sana juga dia terserempak dengan Fiz. Dia terkaku seketika ditempatnya. Mata saling menatap antara satu sama lain.

Fiz ketika itu mencarut dalam hatinya. Bukan apa, terlihat kulit putih Hanissa yang terdedah dan hanya berkemban depannya. Terseksa dia!

"A-abang Fiz.." kata Hanissa perlahan. Cuak dia melihat lelaki itu hanya berdiam dan memerhatikan dirinya. Macam nak makan orang je dia tengok.

"Lain kali, waktu nak mandi, tak kira kat rumah atau kat kampung, jangan berkemban macam tu." Kata Fiz tegas.

Hanissa memandang kearah Fiz polos. 'Salah ke?' fikirnya. Sebab baginya, kalau dengan ahli keluarga ni, saudara ke apa, dia rasa biasa je.

Terkejut Hanissa bila dirinya dikunci oleh Fiz. "Jangan pandang abang Fiz macam tu. Ingat, Nissa... Abang dengan Nissa boleh kahwin. Jadi, jaga aurat Nissa tu." Tegurnya.

Seketika, muka Hanissa memerah. Dia faham! Aduhhh Nissa! Kenapa kau lambat  pickup ni?!

"B-baik , abang Fiz... Maaf, Nissa tak sengaja dan tak perasan " katanya malu. Cepat-cepat dia meloloskan diri sebelum benda lain terjadi. Nanti kena kahwin muda, habis dia!

Fiz yang memandang gadis itu berlari masuk ke dalam bilik air tersenyum sinis. Nasib baik dia yang nampak. Kalau orang lain yang nampak, memang kena orang tu dengannya.

Sebab apa? Sebab Hanissa miliknya sorang.

End of Flashback —

"Nissa? Ok tak? Umi panggil tak menyahut. Kenapa ni?" Tegur Puan Mardiyah. Risau melihat anak daranya yang asyik termenung 2-3 harini setelah bertemu dengan Fiz.

Fiz Imdad: His Little WifeWhere stories live. Discover now