PART 49

2.9K 83 0
                                    

Imbas kembali
Lokasi : Hospital

Adha berjalan mundar-mandir di luar dewan pembedahan. Luka di kepala sudah berbalut. Bajunya masih kotor dengan darah yang sudah kering. Darah dia bercampur dengan darah isterinya.

"Ad!"

Namanya dilaung dari hujung koridor. Puan Humaira berlari anak mendapatkannya diikuti oleh Aaryana dan Encik Razif. Mak Limah dan Pak Arman juga ada bersama mereka.

"Macam mana dengan menantu mama, Ad?" Cemas Puan Humaira menyoal.

"Isteri Ad masih kat dalam, mama. Doktor belum keluar lagi. Ad risau, ma!"

"Kita doa banyak-banyak, ya!"

Mak Limah memberikan semangat. Dalam hatinya, hanya Tuhan saja yang tahu betapa hebat kerisauan yang sedang melanda meskipun dia terlihat tenang pada luarannya.

Pintu dewan bedah dibuka dari dalam. Seorang doktor wanita mendekati mereka.

"Suami Puan Diya?" Doktor tersebut bertanya.

"Ya, saya!" Adha menapak ke depan. Cemas wajahnya.

"Kami terpaksa melakukan pembedahan untuk proses kelahiran anak dalam kandungan isteri encik. Keadaan isteri encik sangat kritikal buat masa ini. Beliau mengalami kecederaan yang serius pada bahagian kepala serta kehilangan banyak darah. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan kedua-dua ibu dan anak. Encik banyakkan bersabar dan berdoa," terang si doktor.

Adha tergamam. Otaknya tidak dapat menghadam kata-kata si doktor. Isterinya kritikal? Anak? Kecederaan serius pada bahagian kepala? Kehilangan banyak darah? Dia menarik rambut sendiri. Riak wajahnya jelas terpancar kerisauan yang menggunung.

Doktor tersebut melangkah meninggalkan mereka.

"Doktor!" Adha mengejar langkah si doktor.

"Tolong selamatkan isteri dan anak saya, doktor. Saya merayu!"

"Kami akan berusaha semampu kami, encik. Selebihnya, kita serahkan pada Allah. Encik banyakkan berdoa, ya!"

"Doctor, in case anything happens. Just in case! Kalau terpaksa memilih, please save my wife! The priority is on her!" Adha berkata tegas dengan mata yang berkaca.

Dia tidak mahu memilih di antara isteri dan anak, namun dia tidak mampu jika harus hidup tanpa bidadari dia. Si doktor sekadar mengangguk dan meneruskan langkahnya.

*********

"Tahniah! Anak-anak encik sihat dan sempurna. Mereka kuat macam ibu mereka. Buat masa ni kami akan tempatkan anak-anak encik dalam unit rawatan rapi since they're having a premature birth."

Si doktor memaklumkan berita gembira itu kepada mereka semua yang dari tadi menunggu. Lafaz syukur terbit dari mulut masing-masing.

"Anak-anak?" Dahi Adha berkerut.

"Ya! Encik dapat anak kembar sepasang, lelaki dan perempuan. Si kakak dan si adik."

"Tak mungkin! Macam mana boleh kembar pula, doktor? Kami dah buat scan beberapa kali tapi tak nampak kembar pun." Adha tidak percaya.

"Kuasa Allah, tiada yang mustahil!"

"Isteri saya macam mana, doktor?"

"Isteri encik masih belum sedarkan diri. Beliau sudah melepasi tahap kritikal. She's stable now, tapi kita kena pantau keadaan beliau dalam masa 48 jam. Saya harap, encik banyakkan bersabar dan berdoa serta bersedia untuk segala kemungkinan," tutur si doktor.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now