Di RQ Resources HQ.
"Encik Razlan, pihak AtLin Sdn Bhd mempercepatkan pertemuan pada petang ini." Maklum Lin, Pembantu peribadi Razlan.
"Baiklah. Nanti masukkan dalam gugel calender dan maklumkan kepada driver supaya bersedia lagi 2 jam tepat." Balas Razlan singkat. Lin mengangguk hormat dan keluar dari ruangan pejabat Razlan.
"So Razlan, kau kenal kan sapa Founder AtLin Snd Bhd?" Soal Samuel, sahabat baik sekaligus pengarah bahagian RQ Construction. Dia yang kebetulan berada di dalam bilik pejabat Razlan.
Razlan menaikkan keningnya sambil melihat muka kawannya itu. "Of Course aku tahu. kenapa?" Balas Razlan. Sebenarnya Razlan tahu kemana percakapan ini akan pergi. Dia faham sangat perangai kawannya itu.
"Kau ni kan, saja buat tak faham. Kau ngorat la dia, dia tu dah la janda, ada bisnes besar sendiri, takkan kau nak single sampai kau mampus?" Kata Samuel dengan nada geram.
"Tapi Ak-"
"Tak ada tapi-tapi! Engkau tu dah 40 lebih, sedar diri tu wahai Pak Cik" Potong Samuel.
"Lah kau pun 40! kita ni sebaya tau!"
"At least aku dah kawin, ada anak. Aku bahagia dengan suami dan anak aku sekarang." Balas Samuel dengan angkuh. Samuel merupakan seorang Gay dan telah berkahwin dengan suaminya di US. Samuel sendiri merupakan kelahiran US dan dibesarkan disana, tapi ibubapanya membesarkannya dengan bahasa Melayu agar tidak lupa asal usulnya. Ibubapanya merupakan orang sabah. Samuel dan Razlan bertemu ketika di universiti dan akhirnya menjadi kawan rapat sampai sekarang.
"HMMM ye lah" Balas Razlan acuh.
"Kau dengar cakap aku. Kau tu dah tua. kau kene ada pasangan. Linda tu sendiri sesuai dengan kau, dia cantik, bijak dan berjaya dalam business dia. Soal harta, dia dah tak perlu kau pun, dia hanya perlukan kasih sayang je. Sebelum ni kau cakap, kau tolak perempuan nak kau sebab nak harta kau je, tak ada alasan untuk cuba dengan linda." Kata Samuel sambil melihat Razlan yang buat-buat tak dengar sambil membuat kerja.
"Hah ikut kau lah. Aku cakap ni sebab aku tak nak kau hidup seorang diri bila dah tua nanti. kalau aku hidup, aku boleh tolong jaga kau, mintak family aku tolong, tapi kalau aku mati dulu? sapa nak jaga kau? kau ada aku je sekarang. Aku harap kau faham niat aku" Sambung Samuel. Samuel terus beredar dari pejabat Razlan.
Razlan menghela nafas dan mengurut kepalanya. Ada betul juga apa yang dikatakan sahabatnya itu, dan dia sendiri faham niat baik kawannya itu. Dia mengeluarkan sekeping gambar dari laci, gambar arwah isterinya yang mati akibat kanser yang merebak pantas.
"Mila, patut ke aku cari wanita lain? Aku masih sayang dekat kau. Tapi betul juga apa yang sammy cakap." Ucap Razlan sambil mengusap gambar arwah isterinya.
*
*
*
Razlan tiba di HQ AtLin Sdn Bhd.
"Good afternoon, saya ada appointment dengan Puan Linda at 2:30 PM." Ucap Razlan pada penyambut tetamu.
"Good afternoon, Baiklah, sebentar ya" balas Penyambut tetamu dengan manis. Razlan hanya membalas dengan senyuman.
"Encik Razlan Qaisar, Betul?" Soal penyambut tetamu.
"ya betul, saya Encik Razlan Qaisar"
"Okay baiklah, encik boleh ikut saya." Penyambut tetamu tersebut membawanya ke bilik perjumpaan di tingkat atas.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bayang-Bayang Keinginan
Romansa"I love him more than i love her" RQ "I love him but she love him too" AA kisah seorang lelaki lurus jatuh cinta kepada bakal anak tirinya, yang juga seorang lelaki. Inspirasi: Club Friday the Series: Hot Love Issue.