🌹1🌹

7 0 0
                                    

Di atas katil, Seorang gadis sedang diulit mimpi. Sinaran cahaya matahari yang terang menandakan waktunya sudah pagi.

Suara ketukan pintu didengar

"Isya sayang, dah bangun ke belum?"

Matanya dibuka setelah mendengar suara ibunya disebalik pintu.

"5 minute, ibu." Jawabnya dengan mata masih terpejam.

" Bertuah punya anak... Bangun... Matahari dah naik atas kepala dah... Anak dara jenis apa kamu ni..." Kata ibunya. Sabar dengan sikap anaknya seorang jenis yang susah bangun pagi.

"Ye ibu sayang, Isya bangun ye"

Mahu tidak mahu terpaksa memaksa diri untuk bangun dan melangkah ke untuk mandi dan bersiap.
.
.
.
.
.

Sesudah bersiap dia turun ke bawah dan menyapa ibunya yang sedang menyiapkan sarapan.

"Selamat pagi, ibu." Katanya dengan suara ceria.

"Pagi sayang ibu, baru turun?". Usik ibunya.

Dia memandang ibunya dengan melakar senyuman lebar pada ibunya. Ibunya menggeleng.

Puan Sarah memandang Farisya dengan pandangan mendalam. Walaupun Farisya bukan anak kandungnya, tetapi dia melayani dan menyayanginya Farisya seperti anaknya sendiri..

Farisya sebenarnya merupakan anak angkat yang diambil dari rumah anak yatim oleh ibunya Puan Sarah. Puan Sarah seorang janda yang telah kehilangan suaminya akibat kemalangan. Puan Sarah menjumpai Farisya ketika sedang melawat kawannya yang merupakan pemilik rumah anak yatim.

Dia ternampak seorang budak perempuan yang berumur 5 tahun sedang menangis kerana lututnya cedera dan disitulah dia terdetik hati untuk menjadikannya sebagai anak angkat. Dia menamakan Farisya kerana saat itu ternampak sebuah rantai leher dileher Farisya yang terdapat ukuran namanya,"Farisya"

Dia pernah bertanya kepada kawannya mengenai Farisya dan mereka menjawab, mereka menjumpai Farisya ketika bayi di depan rumah anak yatim.

Puan Sarah merasa simpati dan kesal kerana ada yang sanggup tinggalkan seorang bayi yang tidak berdosa sendirian tanpa rasa simpati dan kasihan. Dia tertanya dimana keluarganya dan kenapa sanggup meninggalkan seorang bayi yang baru hadir di dunia tanpa kasih sayang dan belas kasihan.

Puan Sarah merasa beruntung kerana mempunyai Farisya bersamanya walaupun hidup dalam keadaan sederhana tetapi penuh kasih sayang dan bahagia bersama putrinya itu...
.
.
.
.
.

Farisya dan ibunya sedang bersarapan. Farisya pun memandang ibunya.

" Ibu nanti Isya nak pergi cafe Mira"

" Kamu nak buat apa kat sana?. Kamu jangan kacau dia pulak."

" Takpelah ibu, Mira nak Isya kerja kat tempat dia . Alang-alang bantu dia urus kafe dia. "

" Ouhh, jadi kamu dengan dia jadi patner business ke?."

" Lebih kurang macam tu lah. Isya sebenarnya taknak susahkan dia tapi ibu kan tau Mira tu macam mana?."

" Ibu tau lagipun kamu berdua kan kawan baik. Dia mesti nk kamu tolong dia sama urus kafe tu. Dia tu jenis tak terlalu bergantung pada pekerja..."

" Betul." Katanya sambil bangun dari kerusi.

" Isya pergi ,ibu. Nanti apa-apa Isya bagitahu ibu." Ucapnya sambil memeluk ibunya.

" Yelah, hati-hati... Jaga diri".

"Baik ibu."




QUEEN FOR DEVILWhere stories live. Discover now