✯11 Inaya Amanina

448 16 0
                                    

Jack dan kumpulannya sudah mulakan kajian mereka. Namun di dalam diam, mereka membuat sesuatu yang luar dari jangkaan Raja Abu bakar. Dia percaya bahawa keputusan Inaya adalah betul dan akan bermanfaat kepadanya. Tetapi hati Inaya sudahpun berbunga sejak dari saat dia jumpa Jack buat kali pertama di istana. Itulah sebabnya Inaya membenarkan Jack tinggal di sini dan melakukan kajiannya.

Bagi Inaya, Jack adalah lelaki idamannya. Dia mengukir seorang lelaki mengikut cita rasanya dan membina satu dunia imaginasi bersamanya. Apabila ukirannya bernyawa di depan matanya, Inaya seperti tidak percaya bahawa itu adalah dunia nyata ataupun dunia imaginasinya. Seorang puteri yang terpaling cantik di tanah airnya sudah menjatuh cinta pada seorang saintis yang terpaling kacak dari negara barat.

Raja Abu Bakar memberikan tanggungjawab kepada Inaya untuk memerhatikan pengkaji ii itu dan menyediakan segala kemudahan yang mereka perlukan. Tetapi mata Inaya hanya memerhatikan Jack. Setiap saat dia bersama Jack, Inaya bagaikan terbang di atas langit. Jack pun memberi layanan yang baik dan cuba memikat hati Inaya. Namun Jack masih tidak tahu yang puteri itu sudahpun terpikat dengan dirinya.

Kajian Jack berjalan dengan lancar. Di luar sahaja mereka berlakon seperti mengkaji tanah negara ini tetapi di dalam tempat tinggalnya, mereka sudah membina satu makmal dengan pelbagai mesin saintifik dan bersedia untuk kajian mereka yang sebenar. Di dalam makmal mereka terdapat beberapa sampel otak manusia yang disimpan dalam botol. Tiada sesiapa yang tahu tentang kerja mereka di dalam situ. Inaya yang patut memerhati mereka pun sudah terlanjur cinta pada Jack.

60 hari telah berlalu. Hubungan Inaya bersama Jack menjadi lebih rapat dan mesra. Inaya meluangkan masa hariannya bersama dengan Jack. Jack sanggup mengabaikan kajiannya dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Inaya. Disebabkan hanya Inaya sahaja yang boleh berbahasa English di negaranya, dia makin berani berbual apa ii perkara sahaja walaupun di depan rakyatnya. Dua hati yang berlainan keturunan mula bercantum. Inaya tidak pernah jatuh cinta sebelum ini dan inilah pertama kalinya. Namun cinta Inaya terlalu buta sehingga dia percaya pada Jack sepenuhnya.

Pada satu hari, Inaya berjalan-jalan di sebuah taman bunga kepunyaannya sambil tenangkan fikirannya. Dia selalu duduk di taman bunga itu dan menikmati kecantikan persekitaran semula jadi di sekelilingnya. Inaya akan menceritakan segala perasaannya kepada kesemua bunga di situ. Tetiba Inaya terdengar bunyi tapak kaki di situ.

Inaya : Siapa?! Siapa di situ?!

Jack : Hey... It's me...

Inaya : Jack... What are you doing here?

Jack : Just followed you... till here...

Inaya : Hahaha... For what?

Jack : Looking for a chance for a perfect kiss...

Inaya : What did you said?

Terus Inaya mengankat tangan untuk memukul Jack. Tetapi Jack pegang tangan Inaya dan menghalangnya. Inilah kali pertama seorang lelaki menyentuh Inaya. Namun Inaya tidak bertengkar. Inaya hanya terdiam dan mukanya menjadi merah akibat malu. Inaya menggigit bibirnya, menunggu pukulan, dan membuka mulutnya lagi.

Inaya : You really don't know what I am capable for...

Jack : Really? Then show me... What this princess is capable for?

Inaya : You'll be surprised...

Jack : How? You're not exactly lacking for options...

Inaya : The options I'd like..... They don't quite seem to be options at all....

Jack : What?

Inaya : I'm saying that I have...people...who interest me...

Inaya mendekati tubuh Jack sambil bercakap dengan ketara, seolah-olah ia bermakna sesuatu.

1 Sumpahan ✵ 100 MangsaWhere stories live. Discover now