✯24 M80

360 18 0
                                    

Keesokkan harinya aku terbangun awal dengan badan aku yang sudah basah berpeluh. Memang panas gila rumah tu.

Kipas pun macam dah nak mati je. Dengan aircond yang keluarkan angin panas lagi. Pagi ii mood aku dah rosak.

Aku nak panggil orang untuk service aircond di rumah itu. Tetapi tak tahu mana nak cari orangnya.

Jadi aku pergi ke rumah Kasim untuk meminta pertolongan dia. Aku berikan salam dari pagar rumahnya tetapi takde orang jawab aku.

Lalu aku melangkah masuk ke dalam kawasan rumahnya. Tiba-tiba seorang budak lelaki kecil lari keluar dan dikejar oleh seorang wanita.

Orangnya nampak muda dan cantik bertudung. Mungkin umurnya dalam lingkungan 20 an. Tak sangka pula Kasim ada anak perempuan secantik ini.

Haish! Kalau aku muda sekarang ini, mesti aku akan usyar dia. Aku hanya berdiri sambil merenung pada dia. Tetapi dia pandang aku dengan muka yang agak garang.

??? : Nak apa?!

Abu Bakar : Urm... Kasim ada?

Tanpa menjawab soalan aku, dia mendukung budak kecil tadi itu dan terus masuk ke dalam rumah. Aku pula keliru dengan reaksinya.

Tak senyum langsung pada aku. Soalan aku pun dia tak jawab. Nampak ayu dan lembut. Tapi suara dan reaksinya garang.

Kasim : Ye pak cik! Ada apa? Eh! Pak cik...? Pak cik okay ke?

Abu Bakar : Ha? Kenapa tanya macam tu?

Kasim : Sebab pak cik nampak lain. Semalam nampak lain.

Aku dah mula panik. Takkan muka aku berubah lagi. Aku tak perasan pun tadi. Terus aku cuba cover sikit.

Abu Bakar : Oh... Mungkin sebab pak cik nampak penat kot semalam...

Kasim : Yeke? Hm...

Kasim mula berfikir lalu aku tukar topik terus.

Abu Bakar : Uh Kasim. Kau ada tak contact orang service aircond?

Kasim : Ada je. Kenapa pak cik?

Abu Bakar : Dah aircond tak function langsung. Kipas pun slow gila. Pak cik bangun² je habis basah berpeluh.

Kasim : La yeke pak cik? Takpe². Saya panggil orang buat service.

Abu Bakar : Oh kau nak call eh?

Kasim : Ye pak cik.

Abu Bakar : Okaylah. Tapi pak cik nak keluar. Nak pergi bandar kejap.

Kasim : Takpe. Pak cik jangan lock pintu. Nanti kalau diaorang datang, saya suruh service terus.

Abu Bakar : Haa boleh². Pape tengok² kan eh.

Kasim : Ye baik pak cik.

Abu Bakar : Okay. Pak cik pergi dulu.

Kasim : Elok² pak cik.

Lalu aku pergi balik ke rumah aku dan mencari cermin muka. Aku sendiri terkejut melihat muka aku. Memang sudah berubah.

Aku dah jadi gelap sikit dan nampak rupa melayu sikit. Tetapi badan aku tetap sado lagi sama seperti sebelum ini.

Nasib baik aku dapat buat Kasim percaya aku. Lalu aku pergi mandi terus. Nasib air paip tu sejuk. Rasalah fresh sikit selepas mandi.

Kemudian aku pun bersiap untuk keluar. Aku nak pergi ke shopping mall untuk beli pakaian dan barang keperluan aku.

Jadi aku pun mengambil barang yang penting sebelum keluar. Maksud aku pistol dan duit. Takut nak tinggalkan kat rumah.

1 Sumpahan ✵ 100 MangsaWhere stories live. Discover now