"Arghhh!" jeritan Qaireena mampu terluah di sebiji bantal saja.
"Saya rasa Hayyan crush kat akak."
Ayat yang Anis memberitahu kepadanya semalam sentiasa bermain di kepala sejak malam tadi. Tidak lena tidur malamnya. Kenapa Anis kenapa? Ayat kau buat aku tak tenteram tau!
"Tarique Hayyan." sebut Qaireena sambil merenung siling rumah yang berwarna putih itu. Kenapa selepas Anis berkata macam tu kepada dia, terus dia jadi gelisah begini?
Sedangkan sebelum ini berapa ramai kawannya beritahu ada orang sukakannya, dan dia tidak kisah mahupun sikit. Hayyan kenapa kau buat aku tak tenang ni?
Qaireena duduk dari baringannya. Dia memandang jam yang tergantung di dinding,7 pagi. Segera dia mencapai tuala dan pergi membersihkan diri, tidak mahu terus hanyut dalam perasaan yang datang secara tiba-tiba. Walaupun dia pergi hanya seketika.
Setelah membersihkan diri, Qaireena menatap dirinya di hadapan cermin. Dirinya nampak segar namun ada lingkaran hitam di bawah matanya kerana dia kurang tidur. Qaireena mengeluh perlahan, cuba mengusir segala kekusutan yang menghantui dirinya sejak semalam.
"Que, kenapa kau perlu jadi topik utama dalam kepala otak aku eh?" gumam Qaireena di hadapan cermin. Seolah sedang bercakap secara berdepan dan meluah segala tidak puas hatinya.
Qaireena turun ke dapur untuk bersarapan, semangkuk cereal menjadi sarapan pagi Qaireena. Suasana rumah sunyi menandakan Qaureen sudah pergi ke kelasnya dan mama, papa sudah berangkat ke tempat kerja. Walaupun hari cuti, rumah ini tetap kosong tanpa mereka melainkan pada waktu malam.
Sambil meyuap makanan ke dalam mulut, sambil itu di memikirkan tentang Hayyan. Mungkinkah dia akan berjumpa dengan Hayyan? Takkan dia ingin mengelak, sampai bila dia perlu mengelak bukan?
"Takkan aku nak gelabah kot bila jumpa dia?" Qaireena menggeleng sendiri, sangat kebudak-budakan. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba menjauhkan diri tanpa sebab yang di beritahu. Semakin dia cuba menghilangkan bayangan Hayyan, waktu itulah gambaran jejaka itu mula berlegar di fikirannya.
Selesai bersarapan, dia terdengar bunyi telefon bimbitnya berbunyi dari pokets seluar. Dia segera mencapai telefon tersebut, dan rasa tidak keruan apabila melihat nama Hayyan terpapar di skrin. Tangan Qaireena terhenti seketika. Kenapa pula Hayyan mesej pagi-pagi ni?
Hayyan : "Qai, free tak petang ni?"
Qaireena masih berlagak selamba seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Mesej itu dibaca berulang kali menyedapkan hati. Biasa orang tanya free atau tak mungkin ingin ajak keluar bersama, tapi tak mungkin la Hayyan nak ajak dia jumpa petang ni.
Qaireena : "Free, kenapa?"
Hayyan : "Jom jalan-jalan kat mall. Kita naik motor. Nak tak?"
Jantung Qaireena seakan berhenti seketika. Patutkah dia bersetuju atau memberi alasan lain? Tak, dia tak mahu jumpa Hayyan untuk seketika sehingga hari isnin menjelang.
Qaireena : "Boleh, nanti aku datang rumah kau dulu."
Qaireena menggigit bibir. Apa ni? Hati kata lain, dia balas lain. Patutkah dia delete? Tapi Hayyan dah baca!
Hayyan : "Okay jumpa petang ni."
Selepas membaca pesanan terakhir Hayyan Qaireena terus menutup telefon bimbitnya. Nafas ditarik dan dihembus perlahan-lahan. Qaireena dia ajak jalan-jalan je, bisik hati Qaireena.
***
Pada petang itu, Qaireena memberhentikan motornya di hadapan rumah Umi Inayah. Kelihatan Hayyan sedang menyalam tangan milik syurganya dan mencium pipi wanita itu. Qaireena tersenyum memikir jika dia juga dapat berbuat begitu pada mamanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/369928390-288-k101172.jpg)
YOU ARE READING
Malam Tanpa Bintang [COMPLETED]
RomanceCover by : @yyouraphrodite BINTANG SERIES 2 Menyendiri. Ya dia Sufiya Qaireena yang malas mengambil tahu hal orang lain. Baginya tidak mendatangkan faedah. Rapat dengan lelaki? Itu bukan diri dia! Tetapi kewujudan 'makhluk' baharu di sekolahnya itu...