Tisya mematikan panggilan telefon selepas berbual dengan Firna. Jarak memisahkan mereka. Tisya kini berada di England, menyertai satu kumpulan penyelidikan klinikal di sebuah hospital. Tidak pasti bila dia akan kembali ke Malaysia. Mungkin akan pulang, mungkin tidak.
Tok! Tok! Tok!
"Dr. Tisya, I need your approval," ujar Cynthia sambil muncul di pintu bilik.
"You may come in, Cyn," balas Tisya sambil mengambil dokumen yang diberikan. Cepat tangannya menurunkan tanda tangan sebelum memulangkan semula kepada Cynthia.
"Thank you, doctor. Have a nice day," ujar Cynthia sebelum keluar dari bilik itu.
Tisya melepaskan keluhan halus, lalu bersandar di kerusi. Matanya memerhati barangan di atas meja, mindanya melayang. Ingatan tentang perbualannya dengan Farah, rakan semasa mereka di Cambridge, kembali menjelma.
"Tisy, kau ada dengar gosip tak?" soal Farah suatu ketika.
Tisya, yang sedang melihat telefon, memandang Farah. Mereka berdua menikmati secawan kopi bagi menghilangkan rasa sejuk.
"Gosip apa? Kau kalau bab gosip laju je," balas Tisya sambil tersenyum kecil, menggeleng kepala.
Farah tergelak kecil.
"Kau ingat tak senior kita, Firman?"
Tisya terhenti daripada mencicip minumannya.
"Kenapa dengan dia?" soalnya, sedikit gugup.
"Aku dengar dia nak kahwin tak lama lagi. Hancur la hati gadis-gadis Malaya di Cambridge dulu," jawab Farah, tersenyum sinis. Berita ini dia dapat dari kawan lelakinya yang kenal rapat dengan Firman semasa di Cambridge.
Muhammad Firman Al-Faleeq, senior yang dua tahun lebih tua daripada Tisya. Kewujudan Firman di School of Medicine dulu menarik perhatian ramai, termasuk Tisya. Bagi Tisya, Firman bukan sekadar lelaki yang menjaga tutur kata, malah sangat menjaga batas pergaulannya. Dalam diam, tanpa sesiapa tahu, Tisya menyimpan perasaan terhadap Firman. Namun, perasaan itu hanya dipendam kerana Firman hanya menganggapnya sebagai rakan seperjuangan.
Sejak Firman tamat pengajian, mereka tidak lagi berhubung walaupun masing-masing memiliki nombor telefon. Cinta itu mungkin tidak ditakdirkan untuknya, fikir Tisya.
"Nur Tisya Syuhada, kau dengar tak apa aku cakap ni?" Farah mengejutkannya dari lamunan.
"Ye apa?" Tisya kembali fokus.
"Kalau dia jemput kau, kau nak pergi tak?" Farah menguji.
Tisya terdiam. Pulang ke Malaysia sahaja bukan main susah, apatah lagi menghadiri majlis perkahwinan lelaki yang pernah dia suka? Gila.
"Oh, lupa. Kau busy," ujar Farah, tersenyum memohon maaf.
"Yea, busy. Mungkin aku suruh Firna kirim salam je. Lagipun lepas dia graduate, mana ada aku contact dia lagi," jawab Tisya dengan jujur.
"Hah? Korang tak contact? Bukan ke dulu rapat sebab Firman suka share nota dengan kau?" Farah hairan.
"Tak ada keperluan, Farah. Share nota je, bukan share perasaan," Tisya bergurau ringan.
Farah mengangguk tanda faham.
"Tapi kau bila pula nak kahwin? Firna dah ada anak, kau bila lagi? Nanti anak-anak korang genius nak mampus," usik Farah.
Tisya ketawa kecil.
"Aku? Hrm, tak berminat lagi nak hidup berdua bawah bumbung yang sama. Aku selesa macam ni."
YOU ARE READING
QUERENCIA
Romance(n.) a place where one feels safe, a place from which one's strength of character is drawn; where one feels at home. Spin off Apaixonar Farhan Aril x Dr. Nur Tisya Syuhada "Kau tak rindu nak balik rumah? Maksud aku, rumah keluarga kau?" -Farhan Ari...