"Dr. Tisya Syuhada!" panggil Farhan, melambai-lambaikan tangannya ke udara dengan penuh semangat sebaik sahaja dia melihat seorang wanita mengenakan shawl satin berwarna silver melangkah keluar dari laluan kereta api bawah tanah.
"Far," sahut Tisya, cuba untuk merapati Farhan di tengah-tengah kesesakan orang ramai. Dia kelihatan sedikit keliru ketika tidak melihat kelibat Eden atau Iqbal bersama lelaki itu.
"Mana Eden dengan Iqbal?" tanya Tisya, matanya melilau mencari dua rakan sepasukan Farhan.
"Iqbal sakit perut, Eden pula tak nak bangun. Semalam dia tidur lambat," jelas Farhan sambil mengangkat bahu. Memang sudah menjadi kebiasaan ahli pasukan Justivian ini mempunyai pelbagai kerenah dan ragam.
"Oh, okay. Nak pergi mana lepas ni?" tanya Tisya sambil mendongak memandang wajah Farhan yang lebih tinggi daripadanya.
"Makan! Aku lapar," adu Farhan dengan wajah yang penuh harapan.
"Eii, awak ni bela saka ke? Asyik lapar je," omel Tisya sambil menjeling, cuba menahan ketawa.
"Mungkin. Kau la saka aku tu," balas Farhan sambil tersengih.
"Kalau macam tu, awak makanlah sorang-sorang," ujar Tisya berpura-pura merajuk, lalu tiba-tiba berhenti melangkah. Farhan, yang tidak menyangka Tisya akan berhenti, terpaksa menekan 'brek' mengejut.
"Ala Tisy, sorry-sorry! Janji tak buat lagi. Kau tak kesian ke tengok muka aku yang kelaparan ni?" Farhan merayu, membuat muka sedih sambil memegang lengan jaket panjang Tisya dan menggoyang-goyangkannya seperti anak kecil.
"Awak tak comel langsung, Far. Tak payah buat muka macam tu," balas Tisya dengan nada menyampah, walaupun dalam hati dia geli hati melihat gelagat Farhan yang bersungguh-sungguh cuba mendapatkan simpati.
"Jomlah, Tisy. Lapar ni! Kalau aku pengsan dekat sini, kau bukannya nak bawa aku pergi hospital. Mati sia-sia je aku dekat London ni," tutur Farhan dengan wajah penuh dramatik.
"Tahu pun," Tisya menjawab sambil mengangguk, pura-pura setuju dengan idea Farhan yang berlebihan itu.
Mereka berdua terus berjalan menuju ke sebuah restoran yang menyajikan hidangan Arab.
⋅˚₊‧ ୨୧ ‧₊˚ ⋅
Farhan tampak begitu teruja sebaik sahaja makanan terhidang di hadapan mereka.
"Thank you, doctor," ucap Farhan sebelum mula menjamu selera dengan lahap.
"Airiel tak ikut sekali kali ni?" tanya Tisya sambil mengambil segelas air.
"Dia dah kena tendang keluar dari kelab bujang," jawab Farhan dengan selamba, memaksudkan Airiel yang kini sudah berkahwin.
"Oh, ya, lupa," tutur Tisya yang baru teringat tentang perkahwinan Airiel dengan salah seorang kawannya.
"Kau okay ke duduk sini?" tanya Farhan di antara suapan, memandang wajah Tisya yang tiba-tiba kelihatan sedikit termenung.
"Biasa je. England always saw the best version of me here," jawab Tisya, suaranya tiba-tiba berubah sebak. Baginya, England bukan sekadar negara persinggahan. Ia telah menjadi tanah air keduanya, tempat di mana dia memulakan hidupnya sendiri selepas menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Cambridge pada usia 16 tahun. Kini, setelah 13 tahun, England adalah satu-satunya tempat yang membuatnya merasa "cukup" dengan apa yang dia ada.
Namun, apabila Firna mengajaknya untuk pulang berkhidmat di Malaysia, hatinya menjadi serba salah. Malaysia, bagi Tisya, bukan lagi rumah. Hanya kenangan pahit yang tertinggal di sana, dan dirinya tidak pernah diundang kembali.
YOU ARE READING
QUERENCIA
Romance(n.) a place where one feels safe, a place from which one's strength of character is drawn; where one feels at home. Spin off Apaixonar Farhan Aril x Dr. Nur Tisya Syuhada "Kau tak rindu nak balik rumah? Maksud aku, rumah keluarga kau?" -Farhan Ari...