Q 04

57 9 0
                                    

"Kejap!" tahan Farhan sambil menarik tali beg tangan Tisya ketika gadis itu ingin melangkah turun ke stesen kereta api bawah tanah.

"Apa lagi, Far? Kaki saya ni dah nak tercabut bawak awak jalan-jalan sepanjang hari ni," rungut Tisya, nadanya separuh berjenaka tetapi jelas keletihan.

"Nah... untuk kau," tutur Farhan sambil menghulurkan dua beg kertas kepada Tisya.

Sebelah kening Tisya terangkat pelik, melihat beg kertas yang diberikan kepadanya. Rasanya beg kertas ini adalah dari Primark, tempat mereka membeli-belah tadi. Memang tidak dinafikan, jika soal ber-shopping, Farhan kadang-kadang lebih teruja dari perempuan. Lihat sahaja tangannya yang penuh dengan beg-beg kertas pelbagai jenama.

Tisya mengambil beg tersebut dan meneliti salah satu daripadanya dengan wajah penuh tanda tanya.

"Tudung ruffle? Mana ada orang jual tudung ruffle dekat tengah-tengah London ni, Far," Tisya bersuara, jelas kehairanan.

"Memang tak ada la, doktor. Tu aku terbangkan khas dari Malaysia. Mana tahu koleksi tudung kau dekat sini tak cukup ke," usik Farhan, tersenyum nakal. Sebelum terbang ke London, dia sempat menyeret Firna ke beberapa butik di Malaysia untuk mencari hadiah yang sesuai buat Tisya. Tidak mungkin dia mahu berjumpa dengan wanita itu tanpa sebarang buah tangan.

"Thanks, Far. So sweet of euw," seloroh Tisya, sambil memutarkan bola matanya ke atas, tanda pura-pura geli hati.

"Aku memang sweet, doktor," balas Farhan, seolah-olah bangga dengan tindakannya.

"Eii, dasar angkat bakul sendiri. Kalau awak sweet sangat, tak adanya awak single sampai sekarang, Far," balas Tisya, tak melepaskan peluang untuk menyindir.

Farhan mengangkat kening, tersengih.

"Wait... jangan cakap umi mengadu dekat kau juga?" soal Farhan, terkejut.

"Ye Far, umi awak tak habis-habis mengadu dekat saya yang awak tu tak nak kahwin lagi. Awak sedar tak awak bukannya muda lagi. Dah nak masuk tiga series, Pakcik," perli Tisya sambil ketawa kecil.

Farhan tergelak, tetapi kemudian memandang Tisya dengan serius.

"Oh, kau sekarang jadi kawan gosip umi la ni kalau Firna tak ada? Patutlah setiap malam aku tengok umi duduk kat taman berbual lama dengan telefon. Rupanya kau la kawan baik umi selama ni."

Tisya tergelak, tidak menafikan.

"Haah. Umi awak tu lagi rindu saya dari anak degil dia ni," balas Tisya dengan berani.

Farhan tersenyum nakal. 

"Kalau macam tu, kau je la kahwin dengan aku, senang. Boleh gosip depan-depan dengan umi. Aku bawa balik kawan baik dia dari England terus ke Malaysia. Settle masalah aku, tak payah kena bebel lagi," katanya bersahaja, tetapi ada nada usikan dalam suaranya.

Tisya tergelak besar mendengar cadangan Farhan yang tidak masuk akal itu. 

"Hahaha, teruskanlah berangan, Farhan Aril. Dah la, saya nak balik, nanti terlepas train. Takkan saya nak tidur rumah awak pula," balas Tisya, kelam-kabut melihat jam tangannya.

"Eh, boleh je! Tapi kena kahwin dulu la. Kalau tak, sekarang haram, jadi kau boleh tidur tepi jalan je, doktor," sakat Farhan sambil tertawa.

Tanpa membuang masa, Tisya memukul bahu Farhan dengan beg kertas yang dipegangnya. Farhan hanya ketawa besar, gembira dapat mengusik Tisya.

"Bye, Encik pemain bola sepak," ucap Tisya sambil menuruni tangga stesen kereta api dengan langkah pantas.

"Bye, doktor!" balas Farhan, melambai dengan senyuman lebar di wajahnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 17 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

QUERENCIAWhere stories live. Discover now