Prolog

146 5 1
                                    

Mata Dzafina Danisha Amanda perlahan-lahan terbuka. Pernampakan seorang suami yang sudah pun tersenyum manis sambil memandang ke arah sang isteri. Mata berwarna Hazel dan mata berwarna biru muda sudah pun memandang antara satu sama lain

"Wahai kekasih Abang, kenapa bangun lambat? Kekasih penat sangat ka handle kes semalam?" Soal sang suami sambil tersenyum kecil ke arah sang isteri. Amanda terus ketawa kecil dan menarik tangan kanan sang suami. Untuk mendapatkan kehangatan seorang suami. Sejuk sangat! Berapa suhu aircond?

"Haah, penat sangat handle kes semalam. Tak sangka kan, rupa nya keluarga sendiri yang bunuh mangsa. Kesian" Ujar Amanda dan dia terus melepaskan nafas berat. Ya! Dia seorang polis senang cakap bahagian pengsiasat. Dia perlu handle beberapa kes, sekarang makin banyak kes kematian dan hilang secara jijik. Dunia dah semakin teruk dan tenat!

"Sebab itu Abang cakap, dalam dunia ni kalau boleh jangan percayakan sesiapa. Tak kisah la kalau keluarga sendiri pun. Kalau dia ada niat jahat tu memang dia akan buat. Demi kepuasan diri sendiri. Selfish!" Ujar Sang suami dan kedengaran nada marah di ayat akhir

"Kenapa Tengku Raja Danny Daffa Aryan macam emo sangat ni? Isteri awak yang handle kes tu awak pula yang nak emo. Abang mesti lapar kan?" Soal Amanda sambil memandang tepat ke arah muka sang suami

"Macam mana Abang tak emo, sebab kan diorang. Sayang yang penat, abang tak suka. Kalau boleh, abang nak sangat sayang berhenti kerja. Duduk rumah ja, sayang tu suri rumah. Abang pun seorang polis, gaji Abang cukup untuk keluarga kita" Ujar Danny sambil mengusap lembut pipi kanan Amanda

"Takpa, saya suka. Lagipun Abang tak ingat ka? Disebabkan polis ni juga la kita bercinta dan kahwin" Ujar Amanda sambil senyum manis ke arah Danny. Mereka terus ketawa kecil apabila mereka teringat kembali kisah di mana Danny nak try Amanda dulu

"Amanda ingat yang Abang pernah nak try Amanda dulu. Siap sanggup nak terjun bangunan polis yang paling tinggi. Sampai la orang atasan, Encik Firdaus ada. Kalau tak ada tu, sekarang dah alam lain dah. Amanda kahwin dengan orang lain" Usik Amanda sambil ketawakan Danny. Memang lawak bila diingat balik

"Tak baik tau! Ingat aib kita. Kita cuma nak awak ja masa tu. Tapi awak nak jual mahal sangat. Last-last, kahwin juga. Dah la manja" Ujar Danny sambil mencuit hidung mancung sang isteri

"Ish Abang ni! Mestilah Amanda kena manja dengan Abang. Abang nak ka Amanda manja dengan lelaki lain? Tak nak kan?" Soal Amanda sambil menjeling tajam ke arah Danny

"Ha! Hang jangan nak buat perangai Sayang. Ni suami hang ada, jangan nak pi manja dengan lelaki lain. Mahu nanti Abang tumbuk muka lelaki tu sampai lunyai" Ujar Danny sambil bercekak pinggang. Amanda terus ketawa kecil. Nak melawak pun tak boleh encik suami ni. Kerja nak emo ja, tapi I like!

"Oh ya, saya dengar ada kes baru. Dan Abang pun kena handle kan? Dekat mana kalini? Nak saya ikut?" Soal Amanda sambil memandang ke arah satu meja yang sudah di penuhi dengan fail kerja mereka berdua

"erm, tak sure lagi dekat mana. Tapi Abang harap dekat-dekat sini la. Amanda pun kena banyak berehat. Baru habis kes semalam kan?" Ujar Danny sambil senyum manis ke arah sang isteri

"Saya tak kisah pun Abang, lagipun nanti boleh la saya teman Abang pula. Kan haritu Abang dah teman Amanda. Sekarang kita swap" Ujar Amanda sambil mengukir senyuman manis ke arah Danny

"No, big no! Sayang kena rehat. Kalau jauh sangat pun, abang takkan pergi sebab isteri lebih penting dari kerja. Kerja boleh cari kalau isteri sebaik dan secantik sayang susah nak cari" Ujar Danny

"Ya la wahai Abang. Ikut mung la. Tapi, if saya dapat kes lagi saya kena pergi tau! Sebab Yani dengan Zakwan kena pindah dekat perlis sebab ada kes culik dekat sana. Saya dengan Aish ja la kena ready lepas ni, if ada kes lagi" Terang Amanda dan Danny hanya angguk kan kepala sahaja. Dia faham seorang pekerja polis ni memang agak berat sebab dia juga seorang polis

TWIN'S VALERIE || On GoingWhere stories live. Discover now