SPECIAL CHAPTER #1

2.9K 91 3
                                    

Tiga bulan selepas Diya discharged hospital...

Adha menghamparkan toto bersaiz besar di ruang tamu. Kemudian dia meletakkan dua tilam bayi di kiri dan kanan sebelum meletakkan Insyirah dan Jibrael di atas tilam-tilam tersebut. Dia pula berbaring di tengah-tengah di antara kedua-dua anaknya. Televisyen dibuka lalu dia membuka cerita kartun Frozen di Netflix.

Insyirah dan Jibrael ditarik mendekat agar duduk di bawah ketiaknya. Dia leka menonton cerita kartun itu. Insyirah dan Jibrael juga diam saja, ikut menonton. Macam dah besar sangat je pandai tengok tv!

"Sayang, buat apa tu? Sinilah, sayang! Kita tengok kartun sama-sama!" Adha melaung.

"Taknaklah! Asyik tengok Elsa je. Dah banyak kali abang ulang tengok dia, tahu tak?"

Diya yang sedang berada di dapur membalas. Tumisan lada di dalam periuk dikacau perlahan. Dia hendak memasak asam pedas ikan pari, kesukaan si suami.

"Takkan jealous kut, sayang?" Tangan Adha melingkar di pinggang Diya.

Kus semangat!

Bila masa pulak laki dia masuk dapur ni? Dahlah tak bagi salam. Nasib baik Diya takde penyakit jantung. Kalau tak, dah terkujat agaknya dia di situ akibat terkejut.

"Abang ni, kan! Suka main terjah macamni. Tu anak-anak abang tinggal gitu je kat depan?" Diya menyoal.

"Takpe, ada madu sayang jaga. Elsa!"

Diya menjulingkan mata ke atas. Tak habis-habis dengan Elsa dia. Menyampah!

"Sayang masak apa?"

"Asam podeh pari untuk suami tercintaaahhhh!" Diya toleh sekilas ke arah Adha.

"Bau sedap!" Adha teruja.

Adha rehatkan muka atas bahu Diya. Memang itulah kerjanya kalau si isteri tengah memasak. Suka peluk dari belakang. Suka menyibuk! Kejap lagi, mulalah bibir tu bergerak ke sana ke sini, cium sana cium sini. Geram Diya kadang-kadang dibuatnya.

"Anak-anak abang jadi apa kat depan tu, abang? Dia main tinggal je anak-anak dia kat depan tu, eh?" Diya menjeling manja si suami.

"Kan ada Elsa jaga, biarlah. Dia orang tak nangis, sayang. Suka dia orang tengok Elsa," ujar Adha.

"Haah, memanglah suka! Dah kalau bapaknya pun sama jugak suka tengok minah rambut putih tu!" Diya geram.

"Abang jangan nak ajar anak-anak tengok kartun tu je, eh!" Diya tayang senduk di hadapan muka Adha.

"Si Syirah tu, penuh baju dia macam Elsa. Gown berlambak! Siapa yang nak pakai tu nanti, abang?" Diya geleng kepala.

"Lah! Nanti kalau sayang beranak lagi, kan boleh guna," jawab Adha. Ada je jawapan dia!

"Beranak lagi?!" Diya jegilkan mata.

"Tak! Tak! Bagi sayang rehat dulu setahun dua." Adha menyengih.

"Mana ada setahun dua! Kena tiga tahun paling kurang baru boleh beranak lagi!" Ujar Diya, geram.

"Okey, sayang. Tiga tahun. Sekarang dah berapa?" Adha mengangkat jari membuat kiraan.

"Baru lima bulan eh, sayang? Lambat lagi nak tiga tahunlah, hmm..."

Adha cium bahu si isteri. Kemudian beralih pula ke leher, pipi, telinga, dan kepala. Kan dah kata, Adha datang dapur nak menyibuk je!

"Abang, sudahlah tu! Pergi jaga anak kat depan, ya?" Diya berkata lembut.

Badan dipusingkan menghadap si suami. Batang leher suaminya dipaut erat. Tak jadi pula nak memasak kalau begini gayanya!

"Kejaplah, sayang. Bagi abang peluk sayang dulu. Rindu..." Adha merengek manja.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now