Syazrell melihat gambar gadis kesayangannya di media sosial. Dia genggam erat telefonnya. Sakit matanya apabila melihat lelaki lain merangkul pinggang gadis kesayangannya di dalam gambar tersebut. Walaupun dia tahu kerjaya Trisya sebagai model terkenal sememangnya begitu, namun lelaki mana yang tidak cemburu apabila wanita yang dicintainya sering kali didekati oleh lelaki lain dan juga para peminat. Puas sudah dia menyuruh Trisya berhenti bekerja sebagai model namun gadis itu kerap memberi alasan bahawa kerjayanya tengah meningkat naik dan dia meminta masa untuk mengembangkan kerjayanya terlebih dahulu.
"Kita dah sampai ni. You tak nak keluar ke." Tegur Rita yang berada di seat bahagian penumpang. Dia tersenyum manis ke arah Syazrell.
"Jomlah kita keluar." Syazrell juga tersenyum. Kini dia dan Rita keluar dari kereta.
"Terima kasih sebab ajak I teman you hari ni. I tak sangka betul you ajak I keluar temankan you. Yelah, dulu I yang selalu ajak you keluar. Tapi you jual mahal." Ujar Rita lagi sambil dia peluk lengan Syazrell dengan gaya menggoda. Siapa je tidak berasa bangga apabila dapat keluar dengan lelaki yang kacak dan kaya seperti Airil Syazrell. Begitu ramai perempuan ingin mendekati lelaki itu.
"Terima kasih juga sebab sudi teman I hari ni." Ucap Syazrell yang membiarkan saja lengannya dipeluk oleh wanita itu.
Memang sengaja dia ajak Rita ke sini untuk menyakitkan hati Trisya. Jika Trisya berkeras ingin melanjutkan karier modelnya dan kerapkali berurusan dengan lelaki lain. Dia juga akan tunjukkan yang dia juga mampu keluar dengan wanita-wanita lain. Senang cerita semua wanita yang mendampinginya hanya menjadi alat untuk dia buat Trisya cemburu.
Syazrell melangkah masuk ke dalam dewan mewah itu. Dia dan Rita mengambil tempat di seat VVIP. Tidak lama kemudian pertunjukkan fesyen bermula. Dilihatnya model-model tengah berjalan dengan yakinnya memperagakan busana yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal. Dia memerhati semua model itu dengan muka bosan, sampailah salah seorang model cantik yang berjalan keluar memperagakan dress bewarna merah. Kelihatan baju itu agak terdedah di bahagian dada, dan labuhnya hanya separas lutut.
Halkum Syazrell bergerak-gerak melihat teman wanitanya berjalan di atas pentas dengan baju yang sebegitu. Jujurnya dia tidak suka keindahan tubuh Trisya dijamah oleh mata orang ramai. Trisya yang berjalan dengan yakinnya tersenyum menawan di atas pentas. Tiba-tiba senyumannya mati apabila melihat kekasihnya yang sedang duduk di kerusi VVIP bersama dengan wanita lain. Hangat rasa hatinya saat itu. Tapi dia tetap beriak seperti biasa agar pertunjukkan hari ini berjalan lancar.
Habis saja pertunjukkan tersebut, Syazrell yang baru hendak melangkah keluar dari dewan bersama Rita tersentak apabila tangannya dilelar oleh seseorang. Pantas Syazrell menoleh.
"Siapa perempuan ni?" Soal Trisya dengan renungan yang tajam. Syazrell sudah tersenyum sinis melihat riak cemburu yang terpeta di wajah Trisya. Memang inilah niatnya datang ke sini.
"Scandal baru abang." Jawab Syazrell selamba. Manakala Rita pula sudah terkedu seketika.
"Awak ni siapa?" Soal Rita.
"You tanya I ni siapa. I ni kekasih Syazrell tahu tak? Dan I tak suka perempuan lain dekat dengan kekasih I." Trisya menolak tangan Rita yang memeluk lengan Syazrell.
"Apa semua ni Syazrell? Kalau dia kekasih you. Kenapa you ajak I keluar hari ni?" Soal Rita lagi.
"Rita I minta maaf. Sebab you selalu ajak I keluar. Jadi hari ni I ajaklah you teman I datang sini. Jom I hantar you balik yer." Syazrell mengajak Rita beredar dari situ.
"Airil Syazrell! Don't you dare to go with her." Trisya merenung tajam ke arah Syazrell.
"You pergi balik sendiri. Kalau you nak tahu. Dia gunakan you je untuk sakitkan hati I. Dia bukan bersungguh pun nakkan perempuan lain. Jadi jangan berharap sangatlah yer." Ucap Trisya lalu dia terus menarik lengan Syazrell agar mengikutinya. Trisya bawa Syazrell ke satu ruangan yang agak tersorok. Dia tolak kuat tubuh Syazrell merapat ke dinding kemudian dia tarik kuat tali leher lelaki itu.
YOU ARE READING
The New Generation Series :TUAN AIRIL SYAZRELL (Novel Fizikal)
RomanceAIRIL SYAZRELL x AILIN SAFINA Pertemuan pertama membuahkan sengketa di antara Airil Syazrell dan Ailin Safina. Namun takdir seringkali mempertemukan mereka. Hidup Ailin yang sering dirundung malang semakin kelam apabila dia perlu menjaga kedua anak...