BAB 7

155 31 11
                                    

Keluhan berat dihembus perlahan saat kedua iris matanya itu melihat sosok tubuh itu. Dua hari sudah berlalu berlalu sejak abang iparnya pergi, dan beginilah keadaan Elena. Menangis seorang diri. Tak makan tak minum. Dua hari jugalah dia juga tak tenang sama. Risau memikirkan Elena yang terus larut dalam rasa sedih. Tapi, mahu minta Elena supaya tidak bersedih pun tak boleh juga, Elena adalah orang terakhir bersama arwah abang iparnya sebelum abang iparnya itu pergi.

Jadi sudah tentu Elena rasa sangat terpukul.

Sekarang Elena ada di rumahnya. Risau mahu tinggalkan Elena bersama Datin Munirah di satu ruangan yang sama. Manakan tidak, lepas saja abang iparnya itu pergi, Datin Munirah tidak henti menyalahkan Elena. Katanya, Elena lah yang membuatkan suaminya pergi. Elena punca segalanya. Hampir saja Elena mati di tangan Datin Munirah tapi untung dia dan suaminya ada. Kalau tidak, tak tahu apa yang jadi nanti.

Kaki dibawa menuju ke arah Elena. Perlahan, dia duduk bersila di sebelah Elena. Rambut panjang itu dielus-elus lembut. Elena sudah dia anggap seperti anaknya. Tambah lagi, dari kecil dia yang menyusukan Elena sejak Elena dibawa pulang.

"El..."

"El tak lapar? Umi ada buatkan sup ayam untuk El. El nak makan? Kalau nak umi ambilkan ya?" Soal Datin Laila lembut. Dari kecil sampai besar, Elena tak lelah diuji. Elena hilang kasih sayang ibunya sebaik saja dia dilahirkan. Walaupun Elena dibawa pulang ke rumah, namun Elena membesar seorang diri. Pada dia dan suaminya serta anaknya, Kasyah sajalah tempat Elena bergantung harap. Tapi, dia tahu abang iparnya itu sayang pada Elena. Cuma mungkin rasa berdosa dan semua membatas segalanya.

Diam.

"Ke El nak makan benda lain? Kalau El ada nak makan apa-apa, El beritahu umi ya? Nanti umi masakan untuk El. El ada nak makan apa-apa?"

Geleng. "El tak nak makan..."

"El nak papa..." Ucap Elena sedikit bergetar.

Dan tanpa perlu dipaksa, mata Datin Laila mula bergenang dengan air mata. Teringatkan Elena masa kecil dulu. Beginilah Elena masa kecil-kecil dahulu. Masa itu, selalu juga Elena datang ke rumahnya. Dan bila sedih rindukan papanya, itulah ayat yang selalu terbit dari mulut mungil Elena masa itu. Fikirnya suatu hari nanti Elena sempat merasa walau sedikit kasih sayang dari papanya namun masa membataskan mereka.

"El masih ada umi, masih ada babah dan masih ada abang Kasyah. Kami semua sayangkan El..."

Geleng. Wajah Datin Laila dipandang.

"Kenapa Tuhan kejam pada El, umi? Kenapa Tuhan ambil papa cepat sangat dari El? El tak sempat nak minta maaf dekat papa...El tak sempat nak beritahu papa yang El sayang papa sangat...El tak ada banyak masa dengan papa..."

"Tuhan tak pernah kejam pada hambaNya. Papa pergi sebab masa papa hanya sampai saat itu. Walau perit untuk El terima tapi El kena redha. Jangan sebab ini, El berprasangka buruk pada Tuhan. Tak baik sayang..." Ucap Datin Laila lembut. Air mata di pipi Elena diseka lembut.

"El minta maaf..."

"Umi tahu El tak sengaja..."

Melihat wajah Elena yang makin basah dengan air mata itu, keluhan berat terbit lagi. Perlahan, tubuh Elena ditarik ke dalam dakapannya.

"El tak boleh terus macam ni... Jangan sebab El terlalu larut dengan rasa sedih, El jadi jauh dari Tuhan. Dah dua hari El lupa tunaikan kewajipan El...El sedar kan?" Soal Datin Laila lembut.

Tubuh Elena ditolak perlahan menghadapnya. Air mata di pipi itu diseka lagi. "Makan dulu ya? Nanti siap-siap, lepastu solat. Dah dua hari El tinggal solat. Boleh sayang?" Soal Datin Laila.

Perlahan Elena angguk.

*********************

Kubur yang masih merah itu ditatap dengan jiwa yang berkecamuk. Beberapa hari sudah uncle Tarmizi pergi menghadap Ilahi. Sungguh dia tak sangka begitu cepat pemergian uncle Tarmizi. Rasa macam baru saja semalam dia berjumpa uncle Tarmizi. Siapa sangka itu kali terakhir dia akan menatap uncle Tarmizi sebelum ia pergi.

"Boleh Adam...jagakan Elena bila uncle tak ada nanti?"

Keluhan berat terhembus dari bibir Adam. Kubur yang masih merah itu ditatap dengan jiwa yang berat. Uncle Tarmizi telah meninggalkannya satu amanat yang sangat berat. Jujur dia ikhlas, tapi penerimaan dari pihak Elena mungkin berbeza. Tambahan pula sebelum ini, dia sudah menyakiti hati Elena, pasti permintaan papanya ini akan membuat kebencian Elena padanya berganda.

Tambah pula, tak ada bukti hitam putih yang boleh menyokong kenyataan ini. Mungkin saja Elena atau siapa berfikir dia mahu mengambil kesempatan serta untung di atas kesedihan Elena ini. Bagaimana dia mahu buktikannya?

"Selepas uncle pergi, Elena dah tak ada sesiapa."

"Uncle tahu Adam boleh jagakan Elena buat uncle..."

Mata dipejam rapat. Sekali lagi keluhan berat terbit dari bibir Adam. Bagaimana jika Elena menolak? Apa yang harus dia buat nanti? Memaksa Elena, akan membuatkan Elena makin bencikannya. Membiarkan saja, dia juga yang tidak akan tenang. Walaupun dia tahu uncle Tajuddin dan aunty Laila tak akan membiarkan Elena sendiri, tapi dia kenal Elena. Elena pasti akan memilih untuk pergi jauh dan tak mahu menyusahkan sesiapa lagi selepas itu. Dan itu akan membuatkan dia makin tidak tenang. Lantas, apa yang harus dia lakukan nanti?

"Uncle..."

"Saya tak tahu nak buat apa. Tapi, uncle jangan risau, saya akan jagakan Elena buat uncle. Jika saya perlu korbankan nyawa saya untuk Elena, saya sanggup. Uncle...boleh percayakan saya."

Agak-agak readers Elena setuju tak Adam jaga dia nanti? Kalau setuju, sebab apa? Kalau tak, sebab apa?

HeartbeatWhere stories live. Discover now