perhatian.

6 0 0
                                    

hidup kamu itu bukanlah membosankan,

cuma kamu memilih tidak lapar perhatian.


bila mana saat;

minda kamu diuji

hati kamu diuji

dengan apa yang kamu fikirkan

dengan apa yang kamu lakukan

hanya untuk menimbulkan keinginan

antara mahram yang berlainan.


di manakah terletaknya rasa takut?

di manakah terletaknya rasa malu?

sedangkan kamu dicipta sebaik-baik insan.


bukankah sederhana itu bahagia?

persis apa yang dilakukan baginda

menjaga batas dalam agama;

yang baik itu didekatkan,

yang jelik itu dijauhkan.


hakikatnya,

tidaklah mampu,

untuk aku menjadi alim.

dan tidaklah mahu,

untuk aku menjadi jahil.


sekurang-kurangnya,

aku cuba untuk tidak leka

dengan sandiwara sementara.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 16 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Untuk Hati Yang Telah MatiWhere stories live. Discover now