Prolog

45 25 19
                                    

AKU menghentak meja kerja dengan kuat yang menyebabkan pekerja lain tergamam.

"Macam mana boleh tak jumpa lagi ni! Haritu dah salah tangkap! Harini tak dapat tangkap!" Jerit aku dengan rasa yang tidak puas hati.

"Tapi agent Zea,kami semua memang nak cuba cari lelaki itu tetapi dia terlalu susah untuk dijumpai.Haritu Lya dah cuba cari maklumat tempatnya tapi tidak dapat sebarang bukti pun." kata Mira salah seorang pekerja aku yang baik hati dan sopan santun.

"Aku tak kira,kamu semua keluar sekarang dan cari lelaki itu!" Jeritanku yang membuatkan semua orang yang berada di dalam pejabat aku keluar beramai-ramai.Aku melabuhkan punggung di atas kerusi kerja aku dan mengurut dahi aku sebab terlalu tertekan.

Kedengaran bunyi ketukan di pintu
"Assalamualaikum agent Zea,saya jumpa maklumat yang lelaki itu di sekitar kawasan ini sahaja tempat kerjanya.Tetapi saya tidak dapat sebarang info tentang tempat itu." ucap agent Hazril salah seorang rakan sekerja aku.

"Baik,jangan lupa cari info itu.Kalau tidak ramai akan menjadi mangsa dia" kataku dengan tegas.

"Baiklah agent Zea." agent Hazril keluar dari ofis aku.Aku hanya duduk di dalam pejabat keseorangan sambil melihat fail-fail yang dipenuhi maklumat.

______________________________________

"Zayn,esok kamu bawa girlfriend kamu tu datang kerumah mak.Mak nak sangat jumpa girlfriend kamu tu" kata Makcik Saleha.

"Tapi ma.." terhenti ayat yang ingin dilontarkan itu apabila mak aku memotong.

"Takde tapi-tapi,esok bawa dia ke rumah mak.Dah,mak nak pergi masak pulak ni" Makcik Saleha terus tutup panggilannya tanpa sempat Faizal berkata lagi.

Zayn mengeluh sebelum berkata,
"menyesal pula tipu mak yang aku ada girlfriend.Aku malas lah nak berdating dengan perempuan ni." ucap Zayn sambil menepuk dahinya.

"Boss,kenapa cakap sorang-sorang?" Tiba-tiba seseorang dari belakang aku bersuara.

"Takde apa lah Fiq,tapi kau boleh tolong aku tak?" Soal ku kepada Afiq pembantu aku.

"Tolong apa boss?" Afiq pula yang berasa keliru denganku,sebab tadi dia ingat aku ni cakap sorang-sorang.Sekarang pula nak tanya tiba-tiba aje.

"Kamu tolong saya cari fake girlfriend,saya nak bawa jumpa mak saya esok" kata ku.

"Boss,saya boleh je bantu boss.Tapi kalau saya yang pilih,takut tak ikut selera boss pula.Apa kata boss je yang cari 'fake girlfriend' boss tu" cadang Afiq.

"Setuju,jom kita pergi sekarang." Afiq tergamam dengan kata-kata aku.Afiq hanya mengikuti langkah aku dari belakang dan menuju ke luar rumah.Afiq berjalan ke arah kereta Ferrari SF90 lalu dia membuka pintu kereta untuk ku.

______________________________________

Aku mengeluh dengan kepenatan ketika melihat fail yang banyak dengan maklumat yang tidak tepat,mengarut,tunggang-langgang dan tiada sebarang bukti langsung.Aku menghempas fail itu dengan kuat kerana tertekan.

"Baik aku pergi minum kat Lya Cafe,barulah tenang hidup aku ni."Aku berdiri dan melangkaj keluar dari tempat kerja.Aku melihat pemandangan pagi dengan udara yang segar sambil berjalan menuju ke Lya Cafe di sebelah tempat kerja aku.Memang waktu pagi-pagi ni aku suka lepak kat Lya Cafe ni,biasanya waktu stress ataupun ada waktu free.

Lalu aku masuk ke cafe dan menuju ke kaunter untuk memesan kopi

"Zarif,saya nak caffe latte satu ye."

"Beres kak Zea!" Kata Zarif dengan spontan.Zarif ni salah seorang kawan baik aku yang lembut seperti perempuan walaupun lelaki,tiada lah perangai miang macam lelaki lain.Dia friendly tapi sikit-sikit perangai nya lebih gedik dari aku.Tapi tak sangka pula dia dapat jadi caisher kat kafe sebelah tempat kerja aku,sebab tu aku selalu pergi ke Lya Cafe ni.Nak bergosip dengan dia aje.Lagi satu,kafe ni sunyi waktu pagi-pagi.Lebih tenang lah aku duduk seorang dalam kafe.

Zayn Fake Girlfriend Where stories live. Discover now