PADA PUKUL 11:30
Aku berpakaian semua hitam dan melangkah keluar dari bilik.Tiba-tiba telefon bimbit ku berdering seperti mendapat panggilan seseorang.Nama yang terpampang di telefon bimbit ku ialah 'Hazril',ni mesti nak tanya tentang tempat tu.Aku menekan tombol panggilan itu.
"Ye Hazril,kau dah sedia?" Soal ku ingin memastikan dia bersedia atau belum.
"Aku otw ke rumah kau,kita pergi sama-sama."
"Okey," aku berkata hanya sepatah kata.Hazril menutup panggilan itu.
Aku keluar dari rumah dengan barang sedia ada.Melangkah masuk ke bengkel,kelihatan superbike BMW S1000RR.Pakai superbike ni waktu jalan kan misi aje,itu pun sebab guna separuh dari gaji Zayn.Aku mencapai helmet di atas tempat duduk superbike aku.
Sampai sahaja di tempat tu,Hazril pun parking di belakang superbike aku.
"Pergh...cantik superbike,aku mampu Kawasaki Ninja H2 je." Hazril memuji superbike ku sambil tayang muka terpesona dengan superbike aku.
"Halah,tengok kaki ah." Kata ku dengan berlagak.Cis,padahal waktu tu menangis tengok duit dalam bank lepas beli superbike ni.Nasib duit masuk lagi.
"Dah jom kita masuk," aku mengeluarkan lampu dari beg sandang.
Kami berdua melangkah masuk ke bangunan kosong,kawasan macam ni memang dipenuhi orang-orang hisap dadah atau pun nak membunuh orang.Memang sebelum ni pun boss aku suruh aku pergi siasat bulan depan,tapi dah alang-alang nak cari bukti kan.Pergi aje lah dan tutup terus tempat ni selepas membuat siasatan dan jumpa bukti kukuh.Aku menoleh kepala ke belakang untuk melihat Hazril,aku menunjukkan isyarat untuk berpecah.Hazril hanya menganggukkan kepalanya,dia menuju ke tempat lain.
Aku masih memegang lampu suluh.Tanpa melihat ke belakang,aku terus melangkah ke tingkat atas sambil lampu suluh meluru ke sekeliling yang gelap gelita.Biasa lah,waktu malam kan.Lampu suluh aku meluru ke arah satu pistol yang sudah digunakan.Aku cek pistol ni,masih ada peluru dan macam baru guna tadi aje.Mesti orang tu masih ada di sini.Aku menyimpan pistol ke dalam beg sandang dan melangkah lebih hadapan untuk jumpa bukti lain.
Tiba-tiba aku ternampak ada bayang lelaki sedang berdiri tegap.Ia membuatkan aku melangkah ke belakang perlahan.Tanpa bunyi.Tetapi aku berhenti dan merasa kan terpaku,tidak tahu kenapa.Bayang lelaki itu seperti berjalan ke arah ku,tetapi aku masih terpaku di situ.Lampu suluh meluru ke arah bayang lelaki tadi,rupanya ia sudah berada betul-betul berhadapan dengan ku.Lelaki ini berbadan tegap,tinggi lampai,sedikit calar dimata kanannya,matanya berwarna hijau gelap menatap ku lama.
"S-siapa kau" kata ku dengan tergagap-gagap,asal aku takut pula ni.
"Kau buat apa kat sini?" Soal lelaki misteri ini.
"K-ke kau Nazrul!" Soal aku pula.
"Ye,aku Nazrul.Sekarang ni aku tanya kau,kenapa kau buat kat sini!" Jeritan itu membuat kan bangunan itu bergema.
"Kau tak perlu tahu! Dasar pembunuh! Aku akan cari bukti yang kau tu pesalah aku cari selama ni!" Nazrul hanya terdiam,dia menatap wajah ku lama.Dia melangkah ke hadapan ku lebih dekat,langkah dia membuatkan aku terlangkah ke belakang.Aku merasakan belakang ku terhalang dari dinding yang menyebabkan aku tidak boleh lari dari dia.Tinggi aku cuma separas dada bidangnya,hidungku menghidu bau perfume black opium dari nya.Makin dia dekat makin laju jantung ku berdegup kencang.
"Kau nak buat apa!" Aku memberanikan diri untuk bersuara.Aku terpaksa angkat kepala untuk melihat wajah lelaki ini.Dia masih terdiam.Wajahnya seperti lelaki ganas.
"Aku nak kau berambus dari tempat aku,kau kacau tempat aku! Jangan.datang.sini lagi,listen to me.Dont.come.here.again!" Suara garaunya bergema satu bangunan.Gulp! Aku pula yang takut sekarang ni.
Tiba-tiba aku terdengar jeritan dari tingkat bawah.
"Zea! Kau okey tak!" Terdengar suara Hazril dari bawah,dan tapak kaki nya melangkah ke tangga tingkat atas.
"You hear me right,dear?" Sebelum Nazrul melangkah ke jalan lain,dia menyelakkan rambutku ke belakang telinga.Aku berdiri di situ kerana masih terpinga-pinga.Masih tertanya-tanya,Nazrul ni siapa? Walaupun aku dah jumpa dia depan-depan.Tapi masih tak dapat nak faham dengan dia ni.
"Zea,Zea kau okey tak?" Hazril memandangku dengan penuh kerisauan.
"Aku okey je,cuma aku jumpa..." Aku tidak dapat habiskan ayat.Sebab kepala ku mula pening.
"Tak ada apa-apa lah," Aku terus tukar fikiran untuk taknak buat Hazril lebih keliru atau risau.Sebab Nazrul tidak cedera kan aku.Tak perlu lah risau.
"Okey lah kalau macam tu,kau tak luka ke atau cedera ke?" Aku hanya menggelengkan kepala.
"Lagi satu aku nak bagitahu kau,aku jumpa pisau,kasut,pistol dan...surat?" Hazril tunjuk satu persatu apa yang dia jumpa tadi.Tetapi hanya satu sahaja yang pelik.Surat?
"Bagi aku tengok surat tu," Hazril menghulurkan surat,yang tercampur dengan habuk.Aku menyapu habuk itu dan ternampak tertulis di surat ini.
'Dari:Zayn'
Zayn? Macam mana nama dia ada dekat surat ni? Aku hampir membuka surat ini.
"Zea,kau ada jumpa bukti lain ke?" Tidak sempat aku mengeluarkan sebuah kertas dari surat itu dan masukkan balik ke dalam surat.
"Aku jumpa pistol." Keluarkan pistol dari beg sandang tadi.
"Pistol ni macam baru sahaja digunakan.Jadi,siasatan kita selesai ke? Sebab bangunan dari orang Nazrul bagitahu ni,bangunan terlalu kosong.Tak jumpa sangat orang-orang penagih dadah disini." Pandai juga aku tipu si Hazril ni,memang betul pun.Aku cuma jumpa Nazrul,mana tahu dia bukan penagih dadah ke?
"Aku rasa siasatan kita selesailah.Betul apa kau kata,tiada orang lain selain kita di sini." Ucap Hazril sambil memegang dagunya.
"Jom kita pergi ke pejabat,nak cek bukti-bukti kita jumpa ni." Kami berdua turun ke tingkat bawah,tidak perlu siasat lagi rasanya.Sebab tiada siapa pula,ingatkan ada penjaga ke apa.Pelik.Orang Nazrul ni menipu ke apa?
Sampai sahaja di depan tempat kerja,mata ku terpandang ke arah Lya Cafe yang masih terbuka.Oh lupa lah,Lya Cafe ni terbuka 24 jam.Sebab banyak juga tempat kerja di kawasan ni kerja sampai malam,sebab tu kot dia buat 24 jam.
"Hazril,jom kita lepak minum situ dulu.Malam-malam ni haus lah" Hazril hanya menganggukkan kepala,kami berdua turun dari superbike dan melangkah ke Lya Cafe.Aku melabuhkan punggung ke kerusi kayu,Hazril pula pergi ke kaunter untuk order kan air aku.Dia memang tahu air favourite aku ni.Hehe.Tapi kenapa aku rasa macam ada yang tak kena aje lepas buat siasatan tadi.Nanti kalau aku free aku cuba datang ke tempat tu lagi,tidak perlu kot aku bagitahu boss dan Hazril.Sebab aku nak tahu siapa Nazrul sebenarnya.
"Zea,kau termenung apa lama sangat ni?" Soal Hazril sebab dia melihat ku memandang ke kaunter itu lama.
"Eh takde apa-apa lah,aku cuma fikir tentang misi kita je." Hazril meletakkan air caffe latte yang aku selalu beli.
"Nah caffe latte kau,jangan termenung lama sangat.Kang lain jadi nya." Hazril tergelak kecil melihat aku.
"Diam lah kau," aku mencapai air caffe latte dan minumnya.Masih lagi terfikir tentang misi malam ni,dapat jumpa atau tidak? Haduh...pening kepala pula
YOU ARE READING
Zayn Fake Girlfriend
Mystery / ThrillerSeorang agent bernama Zea yang mencari ketua mafia yang susah di jumpai oleh ramai anggota polis dan agent lain.Agent Zea pula terpaksa kahwin dengan seorang lelaki 'orang asing' yang tiba-tiba upah dia jadi 'fake girlfriend' dan kahwin paksa hanya...