"APA,gagal lagi! Dah lebih sepuluh kali kita buat siasatan!" Aku terduduk dengan penuh tertekan.
"Zea,aku rasa kita dah salah bukti ni.Ada yang saje-saje je letak barang-barang tu kat situ,macam ada yang tahu kita nak ke situ." Teka Hazril.
"Tak mengapa,aku ada cara lain yang boleh selesaikan misi kita kalini." Kata-kata ku membuatkan Hazril terpinga-pinga pandang aku.
"Macam mana?"
"Bukan urusan kau,sekarang ni baik kita balik rumah.Aku dah penat nak kaji semula tentang bukti-bukti mengarut ni." Aku berdiri dari kerusi dan berjalan keluar dari pejabat aku yang gelap-gelita ni.
Semasa sampai sahaja di rumah,aku tergesa-gesa masuk ke dalam bilik untuk mandi dan tukar pakaian.Selepas selesai,aku capai komputer riba di meja dan bawa letakkan berhadapan dengan aku di atas katil.Aku duduk membuka komputer riba itu sambil duduk bersila.Masih mencari tentang maklumat tempat itu dan formula orang Nazrul yang kami dapat tangkap kalini.Mata ku meluru formula tentang orang Nazrul di dalam komputer riba ini,masih mencari-cari jawapan yang sebenarnya.Aku ni jenis orang tak reti sabar.
Biodata yang Hazril bagi itu tertulis
Nama : Fahim bin Syamil
Umur: 20 tahun
Sikit sangat bagi biodata dia,formula dia nanti aku cuba minta dengan Hazril.Ada seseorang mengetuk pintu rumah,hah,siapa datang malam-malam buta ni? Mata ku meluru ke jam yang di gantung pada dinding.Jarum jam menunjukkan pukul dua setengah pagi.Pintu masih diketuk,aku cuba berani kan diri untuk membuka pintu.Tombol pintu di buka,kelihatan lelaki berdiri tegap dan tinggi lampai di hadapanku.Zayn? Dia buat apa kat sini pula,waktu malam-malam buta pulak tu.
"Zayn,kau buat apa kat sini." Soal ku sambil dongakkan kepala.
Zayn gigit bibirnya sebelum berkata.
"Kau...boleh tak teman aku pergi klinik,"
"Hah,kenapa nak aku teman? Afiq mana?"
"Dia cuti harini,aku...takut kalau keluar malam-malam.Boleh lah Zea,teman aku sekejap je." Zayn merayu.Kan aku dah cakap,Zayn ni memang tak matang.Malam-malam pun penakut.
"Ha...yelah,jom." Aku mengikut langkah Zayn ke kereta ferrari nya.Jangan risau,aku dah kunci pintu rumah.Sebelum Zayn memandu,dia terbatuk-batuk.Batuk kuat pula tu.
"Zayn,kau boleh ke drive ni?"
"Boleh," sepatah katanya.
"Biar aku bawa lah,"
"Yelah yelah." Aku dan Zayn keluar serentak dari kereta untuk menukar tempat duduk.
Semasa sampai sahaja di klinik,dia terdiam sahaja dari tadi.Aku jarang nak mulakan percakapan.Waktu nama Zayn dipanggil,aku kena ikut dia masuk.
"Ini Encik Zayn kan?" Soal doktor lelaki itu.
"Yang ni,Istri cik ke?" Tanya doktor lelaki ini yang sedang memandangku.
"E-eh tak doktor,saya girlfriend dia." Balas ku,betul lah kan? Sebab Zayn pun suruh aku pura-pura depan orang kan.
5 minit kemudian,aku hanya memandang Zayn yang sedang bersoal jawab dengan doktor.Zayn hanya batuk dan demam je.Tiada apa yang perlu ambil serius.Kami berdua diam je sewaktu di dalam kereta.
"Zea,kau duduk sorang ke kat rumah?" Soal Zayn,seram sejuk soalan dia ni.
"Tak,adik aku ada je.Cuma sekarang ni dia dah tidur,"
"Duduk sekejap rumah kau boleh tak?" Soalan Zayn membuatkan aku terjongket sebelah kening.Tumpang sebab apa pula ni.
"Mungkin boleh,tapi kenapa kau tak balik awal je?"
"Aa....ntah,aku malas nak balik rumah awal waktu sakit macam ni."
Pelik? Ada ke orang sakit malas balik rumah awal? Mamat ni dah gila.Dan semasa sampai dirumah,Zayn dan aku melabuhkan punggung ke sofa.
"Nak aku buat air?" Tanya ku.
"Takpe-takpe,aku okay je." Zayn gelengkan kepalanya.
"Zea,mama papa nanti nak jumpa mak ayah awak.Kalau minggu depan boleh?"
"Hm...boleh rasanya,nanti aku tengok masa yang sesuai."
Tiba-tiba terdengar telefon berdering,tetapi itu bukan bunyi telefon aku.Zayn keluarkan telefon bimbitnya dari poket sebelah kanan dan menekan tombol panggilan di telefon bimbit.
"Ye ma?" Oh...mama rupanya.
"Zayn,Afiq cakap malam-malam ni kamu keluar!? Kamu tu dahlah penakut.Dan lagi satu,Afiq cakap kamu sakit.Lepastu keluar malam-malam buta macam ni!" Dari jauh boleh dengar bebelan mama Zayn.Tergelak kecil aku dibuatnya,kesian kena bebel.
"H-ha..mama...jangan risau mama,Zayn dengan Zea sekarang ni.Dia pun teman adik pergi klinik lah..." salah satu katanya membuat aku tergamam seketika.Adik? Zayn ni ada abang ke?
"Oh...dengan Zea,okay,okay...tapi mama nak dengar suara dia,betul ke kamu dengan dia?" Zayn menghulurkan telefon bimbitnya ke aku.Aku capai telefon bimbit dia.
"Hai mama,betul lah Zayn cakap.Dia dengan Zea sekarang ni."
"Oh betul lah ni,ingatkan tipu.Okay lah kalau macam tu,mama nak sambung tidur...mama terbangun mengejut tadi.Assalamualaikum Zea."
"Waalaikumsalam..." panggilan itu terus mati selepas aku menjawab salam.Aku lagi lah tak tidur seharian ni,nasib boss bagi cuti sebab siasat lewat malam tadi.Aku hulurkan balik telefon bimbit ke Zayn.
"Nah,"
"Zea,aku nak tanya sesuatu ni" mukanya agak serius,ada sesuatu serius ke yang ingin tanya kan kepada aku?
"Kau...betul ke nak kahwin dengan aku? Walaupun secara paksa?" Gulp! Tidak pernah lagi orang berkata kepada ku kata-kata ini.Yelah kan,selama 23 tahun aku hidup.Kalini pertama kali aku dalam situasi percintaan,maklum lah...tidak pernah bercinta.Ini pun baru pura-pura je tau.
"Aku...aku tak pasti lagi Zayn,sebab aku cuma bekerja dengan kau."
"Yes,aku tahu yang tu.Tapi kau kena juga kerja dengan aku sampai kahwin dan sebulan."
"So lepas dah cukup sebulan tu,aku dapat gaji lepastu ceraikan aku? Lah,mudah sangat citenya."
Zayn ketawa kecil mendengar ayat ku,pelik ke? Betul lah kan apa yang aku cakap.
"Suka hati kau lah nak fikir apa pun,tapi jangan fikir bukan-bukan pula."
"Aku tak macam kau lah bengap."
"Aku gurau je,lagi satu...mama suruh kita...dating?" Hah!? Aku salah dengar ke apa ni?
"D-d-dating? Serius lah!?"
"Are you deaf? Ofcourse lah mama cakap." sindir Zayn,oh..dia cakap aku pekak ye mamat ni.
"pandai kau ye sindir aku lebih-lebih ni.Hei,ini Zea lah...takde aku pekak lagi tau.Jangan sampai kau demam teruk seminggu pula kang."
Ketawa besar nampak? Suka sangat sindir aku ni.
"Dah,aku nak balik pula ni.Esok jumpa pukul 10 pagi,aku ambil kau dekat rumah."
"Haa yelah,yelah.Kalini je lah," kami berdua berdiri dari kerusi,Zayn melangkah keluar dari rumah,aku terus menutup pintu.Penat kan...takkan nak dengar dia sindir aku lagi ni.Mata ku makin layu pula,aku melangkah ke bilik untuk tidur.
Panjat ke atas katil dan terus menyelimutkan diri.Tak kisah lah komputer riba aku masih ada di situ,aku bukan tidur tendang-tendang benda ni.Tanpa memikirkan apa-apa,aku memejamkan mata.
YOU ARE READING
Zayn Fake Girlfriend
Mystery / ThrillerSeorang agent bernama Zea yang mencari ketua mafia yang susah di jumpai oleh ramai anggota polis dan agent lain.Agent Zea pula terpaksa kahwin dengan seorang lelaki 'orang asing' yang tiba-tiba upah dia jadi 'fake girlfriend' dan kahwin paksa hanya...