"Assalamualaikum, abang handsome. Nak kenal boleh? Buat gapo tu, abe?" Diya berkata sebaik sahaja membuka pintu bilik tidur. Kaki menapak menuju ke arah suami.
"Waalaikumsalam, cinta." Adha menjawab.
"Abang, termenung apa?"
Diya memeluk sang suami yang sedang berdiri di balkoni kamar dari arah belakang. Adha tersenyum lebar lalu membawa tubuh si isteri ke dalam dakapannya.
"Tengok keindahan ciptaan Allah," jawab Adha.
Mata terarah ke dada langit nan luas terbentang. Kerlipan bintang-bintang ditatap dengan penuh rasa kagum terhadap ciptaan Yang Maha Esa.
"Oh! Samalah dengan sayang. Sayang pun tengah tengok keindahan ciptaan Allah." Diya menutur bicara seraya mata menatap tepat ke wajah Adha.
Tersengih suka Adha mendengar kata-kata Diya. Laju dia mengambil tangan si isteri lalu diletakkan pada batang lehernya. Tangannya pula merangkul erat pinggang si isteri. Kucupan dilabuhkan pada dahi si isteri yang amat dicintai seraya menarik rapat tubuh itu ke batang tubuhnya.
"Sayang adalah keindahan paling indah yang Allah ciptakan untuk abang."
"Hm... lagi?" Diya menatap sang suami dengan pandangan yang menggoda.
"Saja nak goda abang ke?" Adha memicing mata.
"Kita nak goda suami kita sendiri. Salah ke?"
Kening Diya terjongket sebelah bersama senyuman herot di bibir. Saja dia hendak mengenakan si suami.
"Tak salah. Tapi risau, sayang. Risau sayang segan nak keluar bilik nanti," ujar Adha.
Diya memukul manja dada Adha. Tersipu malu dia mendengar kata-kata sang suami. Dia yang mulakan, dia sendiri yang tersipu.
"Kacang Gajus abang dua ketul, dah tidur?" Adha menyoal.
"Dah, abang. Abang penat?" Diya menyoal lembut.
"Kenapa? Sayang nak ajak abang buat apa? Nak buat kek ke?" Kening Adha terjongket sebelah.
"Ish, gatallah orang tua ni!"
"Gatal dengan sayang je tau."
"Sayang rindu abang," gumam Diya.
"Abang pun rindu sayang."
Adha memusingkan badan Diya ke hadapan lalu dipeluk tubuh itu dari belakang. Mata dipejam rapat. Haruman Diya menenangkannya, melegakan penatnya, menghilangkan keresahan hati dan gundah-gulana.
Diya Zulaikha penawar untuk segala-galanya. Tidak dapat dia bayangkan bagaimana hidupnya tanpa wanita itu. Andai ada yang perlu pulang dahulu ke sisi Tuhan, dia berharap agar dialah yang akan pergi dahulu.
"Abang rindu isteri abang sangat-sangat. Walaupun sayang ada depan mata abang, tetap abang rindu. Sangat!"
Adha kucup belakang kepala Diya sebelum tubuh itu dipusingkan menghadapnya. Redup matanya menatap seraut wajah yang indah itu. Ditarik lagi tubuh itu ke dalam dakapan dan dipeluk erat. Sangat erat.
Diam. Senyap. Sunyi tanpa kata untuk beberapa saat.
"Abang..."
Diya memanggil lembut apabila dia terdengar esakan halus. Suaminya sedang menangis?
"Abang, why? Siapa buat suami sayang menangis ni, hm?"
Diya bawa wajah Adha ke hadapannya. Wajah suaminya itu sudah basah dengan air mata.
"Abang rindu sayang," ucap Adha.
"Sayang ada depan mata abang kan sekarang ni?"
"I miss you, sayang."
![](https://img.wattpad.com/cover/374631090-288-k844930.jpg)
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)
Romance[SIRI PERTAMA 4 BERADIK] ❗️Dalam proses edit❗️ Singkat. Itu adalah perkataan yang sesuai untuk permulaan kisah cinta antara Diya dan Adha. Namun tidak bagi Adha kerana dia sudah lama menyukai gadis itu. Dengan bantuan Najmi, kisah cinta mereka berdu...