RAHANG diketap erat. Tangan mencengkam stereng dengan kudrat yang kuat. Urat-urat di bahagian lehernya menimbul ketara. Sebuah kereta lumba yang sipi-sipi menghimpitnya ke penghadang jalan dilanggar tanpa rasa bersalah.
Kereta lumba yang dikawalnya berguling-guling di atas litar jalan apabila perlanggaran berlaku. Asap hitam berkepul-kepul. Kereta lumba tersebut hilang kawalan.
Serta-merta skrin pada alat simulasi memandu itu memaparkan kata 'You've crashed.'
You've crashed...
Simulasi ini memperlekehkan dia?
Mencerlung sepasang mata yang kebiruan itu. Seakan keluar asap dari telinganya.
"Fucking hell!"
Beberapa kali tangannya memukul stereng. Melepaskan amarahnya yang membukit. Dia tidak sukakan kekalahan. Dia tidak suka bila dirinya tidak berada di tempat pertama yang mendahului sesiapa.
Seharusnya dia di hadapan. Sepatutnya dia yang mengetuai perlumbaan. Hanya dia seorang!
"Isis Laveron." Nama Isis disebut penuh oleh seseorang dari arah belakang. "You let yourself getting distracted by another driver. That's the same mistake you keep doing."
"Shut the hell up. I know what I am doing."
"I'm just pointing out your mistake, Isis." Carlos, team principle yang mengurus Isis menggeleng pasrah. Keras sungguh kepala pelumba yang seorang ini. Barangkali diperbuat daripada batu. Tidak pun, konkrit.
"I don't need that reminder from you. I told you I know what I am doing."
Isis mengangkat tubuhnya dari tempat duduk. Menjengkelkan bila ada yang sibuk-sibuk menasihati dia apa yang salah.
Ekor mata menjeling tajam alat simulasi memandu yang seringnya digunakan oleh mana-mana pelumba di dalam team mereka termasuklah dia. Namun kebelakangan ini, alat simulasi itu menaikkan darahnya yang mudah menggelegak.
Isis kerap kalah!
"This thing is definitely broken. I'm not going to use it anymore. Useless shit," ujar Isis selamba seraya menyebakkan juntaian rambutnya ke belakang. Menampakkan dahi dan alis keningnya yang terbentuk sempurna. Wajahnya yang kacak mempamerkan riak yang kosong. Tidak beremosi.
Kepala Carlos bergerak ke kiri dan kanan. Menggeleng kelelahan lagi. Isis, oh, Isis!
"You are the one who sucks at it. Accept the truth, Isis!"
Satu suara menyampuk dalam perbualan itu tanpa dipelawa oleh mereka.
Aslan Russell, salah seorang pelumba dan merangkap teman sepasukannya.
"Shut up," gumam Isis derum-deram.
Air soda dicapai dari meja minuman lalu diteguk habis. Membasahkan tekak yang kering. Membara-bara api kemarahannya. Bagaimana dia ingin jadi yang terbaik jika di luar litar lumba, dia mengalami masalah seperti ini?
Ia boleh mengganggu konsentrasinya ketika musim perlumbaan yang sebenar. Dan hal itu merupakan perkara yang paling dia ingin hindari.
Gelaran juara harus dipertahankan.
"Yeah, yeah. The never-ending shut up by Isis Laveron." Aslan menahan lucu dalam hati.
Lidah menolak dinding pipi, bergerak-gerak halkum Isis. Rasa nak sumbat kasut dalam mulut Aslan yang tidak serik mencabar emosinya. Lantas itu, dia memalingkan tubuh.
"Where are you going?" Carlos bertanya pabila Isis kelihatan hendak beredar. Baru tiga puluh minit Isis berada di situ. Takkan sudah mahu pulang?