PREVIEW 1

374 16 0
                                    

JARI-jemari yang runcing menarik pemegang bagasi bersama iringan langkah kaki yang sedang mengorak keluar dari balai ketibaan. Kaca mata hitam yang dipakai, dibetulkan pada batang hidung. Sekilas dia melemparkan pandangan pada persekitarannya.

Sebaik anak mata menangkap satu figura yang melambai-lambai ke arahnya dari kejauhan, langkah kaki dipercepatkan.

"Miss Serena!"

Bibir Serena langsung melakar segaris senyuman. Menyerlahkan kecantikan wajahnya. Serena menghampiri seorang gadis yang berdiri tidak jauh daripada jaraknya. Kaca mata hitam dilucutkan. Gadis yang merupakan pengurus Serena mulai detik itu mencapai bagasi yang masih berada di dalam pegangannya.

"Manager Amelie, right? It's nice to finally meet you in person." Hampir saja Serena terlepas kata dan menyapa Amelie menggunakan bahasa ibundanya.

Apabila Amelie memberi anggukan sebagai jawapan kepada pertanyaan itu, Serena menghembus nafas lega. Dia tidak tersalah orang!

Permulaan yang bagus di tempat yang baharu. Kerana bagi Serena, jika dia tersalah di hari pertama atau tersilap langkah, tuahnya untuk setahun akan menjadi malang. Itu yang dia percayakan sejak dulu lagi.

"And you are Miss Clare, right? I hope I am not meeting with the wrong person."

"Yes, that's me. Serena Clare." Serena menjawab semula kepada Amelie. Senyuman tidak lengang di bibirnya.

Bagai tidak percaya saja, Serena benar-benar berada di sebuah negara luar yang tertulis di dalam senarai tempat dia ingin melancong.

Tapi kali ini bukan sekadar untuk melancong.

Serena akan menetap di negara ini sehingga perjanjian kontraknya bersama sebuah syarikat fesyen yang menerimanya sebagai model, tamat. Rasa teruja dan gemuruh berbaur dalam satu masa yang sama.

"This feels like a dream," ujar Serena. Tidak mampu menyelindungkan perasaan yang menghuni ruang dadanya. Semalam dia berada di Malaysia, sekarang dia berada di England atau lebih tepatnya kota London.

Apa yang Serena lalui saat ini tidak ubah seperti sebuah mimpi yang indah.

"I feel like I'm in a movie or something. This feels so unreal."

Amelie turut ikut tersenyum. Dia sangkakan Serena ialah seorang model yang sombong seperti model-model lain yang pernah dijumpainya sebelum ini. Tenyata tanggapan dia meleset.

Cantiknya rupa paras Serena, sama dengan sikapnya. Itulah yang menjadikan diri seorang gadis cantik dari segi luaran dan juga dalaman. Tutur kata yang terjaga, juga tingkahnya yang tidak biadab di mata orang.

"You deserve to be here, Miss Serena. I heard that you had worked so hard to become a model and look at you. You're not only beautiful on the outside but you are also beautiful in the inside. I look forward to be your manager." Amelie berkata.

"Thank you for being my manager too. I hope we'll work well together."

Serena mulai berasa selesa dengan Amelie. Dia pasti mereka akan dapat berurusan dengan baik tanpa sebarang masalah. Dia menyusuli langkah Amelie dari belakang. Sambil berjalan, matanya tidak puas mengamati pemandangan yang tampak begitu asing.

Rasanya Serena perlu menyesuaikan diri untuk bertutur menggunakan bahasa inggeris.

Keluar dari lapangan terbang, Serena membolos masuk ke dalam perut kereta. Dia menyandarkan kepala pada tempat duduk penumpang. Tas tangan diletakkan di sebelah tempat duduk yang kosong. Terasa kebas seluruh sendi dan tulang badannya setelah beberapa jam duduk di dalam kapal terbang.

TWO HEARTSWhere stories live. Discover now