CUN - BAB 11

2.7K 178 5
                                    

"Bye, teacher!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bye, teacher!"

Seorang demi seorang anak muridnya melambaikan tangan apabila ibu bapa atau penjaga mereka sudah tiba untuk mengambil mereka pulang dari tadika. Mawar membalas kembali lambaian tersebut beserta senyuman di bibir.

"Assalamualaikum, teacher!" Suara memberi salam itu betul-betul di tepi telinganya.

Jelas terhinggut bahu Mawar akibat terkejut. Lekas-lekas dia menjarakkan diri apabila tubuh empunya suara berada begitu dekat dengan dirinya.

"Err, waalaikumsalam." Teragak-agak Mawar hendak menjawab salam lelaki tersebut.

"Teacher!"

"Papa!"

Suara anak kecil memanggil mereka berdua.

"Anak papa!" Hamzi mendepangkan tangan lalu dibawa anak lelakinya, Danial ke dalam pelukan dan didukung.

"Miss you, papa!" Danial mengucup kiri dan kanan pipi papanya.

"Miss you more, son!" Hamzi membalas.

"Mama cakap, hari ini turn papa jaga Nial." Petah anak itu berkata-kata.

"Yes, son! Papa bawa Nial pergi jalan-jalan, nak? Kita pergi makan aiskrim, nak?"

"Nak!"

Teruja Danial apabila mendengar perkataan aiskrim itu. Maklum sajalah, kalau dengan mama, mesti tidak boleh makan aiskrim. Apabila berjumpa dengan papanya, barulah dia dapat makan aiskrim.

Mawar pula hanya menjadi pemerhati dua beranak itu. Sesekali dia melambai ke arah anak muridnya yang lain yang meninggalkan perkarangan tadika itu bersama penjaga masing-masing.

"Papa, Teacher Rose cakap dia dah nak kahwin!" Danial berkata.

Riak wajah Hamzi yang tadinya ceria kini memudar. Dia meletakkan Danial di dalam kereta lalu dia menapak kembali ke arah Mawar.

"Betul ke awak dah nak kahwin?" Hamzi menyoal serius.

"Ya, betul. Semalam majlis pertunangan saya." Mawar menunjukkan cincin di jari manisnya. Tindakannya itu membuatkan Hamzi mengetap rahang, menahan amarah.

"Awak dah nak kahwin? Dengan siapa? Saya tak pernah nampak pun awak keluar dengan mana-mana lelaki." Hamzi tidak berpuas hati.

Sudah banyak kali dia menyatakan soal hati dan perasaannya kepada Mawar, namun wanita itu terus-terusan menolaknya. Dan kini, wanita itu memberi perkhabaran bahawa dia akan berkahwin sedangkan dia tidak pernah melihat wanita itu didekati oleh mana-mana lelaki. Matanya tertancap pada jari runcing Mawar yang tersarung dua bentuk cincin.

"Takkanlah saya nak bagitahu saya bercinta dengan siapa pada encik pula. Itukan hal peribadi saya." Mawar tertawa halus.

"Jadi selama ini awak tolak cinta saya sebab awak dah ada pilihan awak sendiri? Tapi bila saya tanya Darlina, dia cakap awak single?" Mata Hamzi tajam merenung Mawar membuatkan tawanya tadi mati serta merta.

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)Where stories live. Discover now