CUN - Special Chapter 1

2.5K 135 14
                                    

"Yasmeenku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yasmeenku...
Termanis senyummu...
Biar ku telan...
Selautan hempedu..."

Najmi menyanyi sambil memangku Aariq. Punggung si kecil ditepuk-tepuk perlahan untuk menidurkannya.

"Selautan hempedu konon. Bini suruh minum air akar kayu sama-sama, kau punya menggelibas lari macam tak cukup tanah!" Aaryan menjulingkan mata ke atas.

"Adakah anda sedang memberi komen? Oh, maaf! Komen orang single tak diterima di sini, ya!" balas Najmi seraya menunjukkan tapak tangannya kepada Aaryan.

"Choii! Siapa cakap aku single?" balas Aaryan. Mata dialih ke skrin televisyen.

Tengok tv lagi bagus! Aaryan mendengus.

"Tak kahwin lagi, kan? Single la tu!" kutuk Najmi bersama senyuman senget di bibir.

Aaryan hanya menjeling dengan ekor mata sebelum berkata, "Kurang ajar!"

Mawar dan Hana yang memerhati dua lelaki itu bertekak hanya tersenyum. Dah tua-tua bangka pun masih bergaduh macam budak-budak lagi. Mawar menggeleng halus dengan perangai si suami.

"Hana, macam mana? Study okey?" Najmi menyoal.

"Okey je, abang. Cuma sekarang ni kan dah nak dekat final exam, so Hana busy sikit," jawab Hana.

"Kalau busy, tak payahlah datang kedai bunga tu. Fokus je kat study tu. Kedai tu kan dah ada dua orang yang jaga," kata Najmi.

"Ha, Hana!"

Aaryan tiba-tiba memanggil gadis itu. Serentak Najmi, Mawar, dan si empunya nama menoleh ke arahnya.

"Kenapa, Abang Yan?" Hana berkerut dahi melihat wajah serius Aaryan.

"Ada sesiapa tak kacau kau? Mengorat kau ke? Jual tahi minyak kat kau ke?" soal Aaryan.

"Huh? Takde pulak," lambat-lambat Hana menjawab. Pelik dengan soalan lelaki itu.

"Bagus! Focus on your study. Kau ingat kan abang pesan apa? Masa study, tak payah sibuk nak bercinta!" Kata Aaryan.

"Err... okey, Abang Yan." Hana menggaru kepalanya walaupun tidak gatal.

Dah kenapa pula tiba-tiba Aaryan bertanya begitu?

"Kau kenapa? Kau nak mengorat dia ke? Hey, no no! Kau jangan ingat aku nak lepaskan dia kahwin dengan kau, eh!" Sampuk Najmi.

"Kepala lutut kaulah, Mi! Eh, Hana! Kau jangan nak perasan pulak. Aku bukannya syok kat kau. Aku dah ada pujaan hati aku sendirilah. Aku cuma teringat je. Dulu macam ada orang tu cakap, tapi cara dia cakap tu macam nak menjual kau je." Aaryan menepuk perlahan bahu Najmi seraya berkata.

Najmi terkedu.

Ini mesti pasal hal beberapa bulan yang lalu ni. Dia memujuk Firdaus untuk mencarikan buah strawberi kerana Mawar sedang mengidam masa tu. Lepastu, dia pujuk Si Firdaus tu pakai nama Hana. Aduh!

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)Where stories live. Discover now