Tahun 2021
Najmi memarkirkan motosikal Yamaha YZF-R25 warna hitam miliknya di hadapan sebuah kafe. Kaki melangkah masuk dan dia mula menilik setiap jenis kek dan roti yang dipamerkan melalui sebuah kabinet berkaca. Usai, dia memanggil seorang pekerja wanita yang sedang berdiri membelakangkannya di belakang kaunter pembayaran.
"Cik, tolong bagi saya egg tart tu dua dengan banana choco cheese pastry tu satu," pinta Najmi.
Sebaik sahaja pekerja itu menoleh ke arahnya, Najmi terpaku seketika. Duit kertas not RM100 yang baru saja dikeluarkan daripada dompet terlepas dari tangan. Dia benar-benar terpaku.
Tak mungkin! Desis hatinya.
"Ya, encik. Encik nak yang mana tadi?"
Najmi alih anak mata ke arah tanda nama yang dipakai oleh pekerja tersebut.
Diya Zulaikha. Bibirnya bergerak perlahan menutur sebaris nama tersebut.
"Encik?"
Najmi tersedar. Dia berdehem halus. Wanita dihadapannya itu sedang melihat ke arahnya dengan pandangan pelik.
"Err, saya nak egg tart dua. Dengan banana choco cheese pastry satu." Najmi mengulang kembali pesanannya.
"Baik. Sekejap ya, encik."
Najmi memerhati saja wanita yang bernama Diya Zulaikha itu membungkus pesanannya. Dia leka menatap seraut wajah itu.
"Dah. Semua sekali RM33.90, encik."
Tersentak Najmi apabila ditegur oleh wanita itu. Dia segera menyerahkan duit RM100 tadi kepada wanita di hadapannya. Setelah mendapatkan duit baki, dia bergegas meninggalkan kafe tersebut.
Beberapa hari kemudian...
Najmi kembali lagi ke kafe itu. Dia duduk di dalam keretanya yang diparkir tidak jauh daripada kafe tersebut. Terlihat kelibat wanita itu yang dia kenali sebagai Diya Zulaikha diluar kafe. Dia melihat wanita itu sekejap keluar, sekejap masuk ke dalam kafe. Dan kini wanita itu berjalan ke lorong belakang kafe pula.
Dia turun daripada kereta. Waktu hampir menjengah ke maghrib. Jejak sahaja kaki ke luar kereta, kelibat seorang lelaki yang amat dikenali olehnya menangkap anak mata.
"Abang?"
Najmi pelik melihat abangnya, Adha sedang mengekori wanita itu ke lorong belakang kafe. Dia juga turut sama mengekori si abang dalam jarak yang agak jauh. Tidak mahu si abang ternampak dia.
Tiba sahaja di belakang kafe, Najmi melihat abangnya sedang berdiri di hadapan dua orang lelaki. Diya Zulaikha juga ada di situ dalam keadaan sudah terduduk di atas jalan.
Tidak lama, dia melihat abangnya membelasah kedua-dua lelaki itu. Dalam erti kata lain, abangnya sebenarnya sedang menyelamatkan Diya Zulaikha daripada mereka berdua.
Dia menyembunyikan diri di sebalik dinding. Tidak mahu kehadirannya disedari oleh manusia-manusia itu. Sesekali matanya meliar ke sekeliling menjaga abangnya dan wanita itu dalam diam.
"Biasa lagi dia! Kecil-kecil taknak mampus, dah besar menyusahkan orang! Buat malu kaum jelah kau dua orang ni!"
Najmi melihat abangnya memukul-mukul punggung si penjahat seperti sedang memukul anak kecil seraya berkata-kata. Mata dilirik pula ke arah Diya Zulaikha. Wanita itu sedang asyik memerhatikan abangnya. Nafas dihela.
"Cik okey?"
Terdengar suara abangnya bertanya kepada Diya Zulaikha. Dia memasang telinga.
"Te... terima kasih tolong saya."
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐉𝐌𝐈 𝐱 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐘𝐀𝐒𝐌𝐄𝐄𝐍 ~𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒊 𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒊𝒏𝒊~