BAB 2

1 0 0
                                    




"Beta bercadang untuk mentabalkan Tengku Awwal sebagai Putera Muda pada tahun ini. Apa pendapat kamu Tun Uma?" Sultan Jibril mengajukan soalan kepada lelaki yang bertubuh sasa di hadapannya yang juga merangkap sebagai penasihat kepadanya.

"Cadangan yang baik, tuanku. Tengku Awwal juga telah belajar banyak perkara sepanjang kedewasaanya. Akan tetapi, baginda permaisuri sedang gering sekarang. Patik tak pasti jika Tengku Awwal akan bersetuju dengan pertabalan ini, tuanku."

Persoalan yang diajukan dijawab dengan penuh tertib oleh Tun Uma. Tun Uma merupakan penasihat sultan yang telah berkhidmat kepada Sultan Jibril selama tiga dekad. Dia sangat arif dalam berkata-kata dan menjawab setiap permasalahan yang dihadapai Sultan Jibril berkaitan hal-hal dalam negara.

Sultan Jibril hanya mengangguk setuju dengan kata-kata Tun Uma. Fikiran dia melayang memikirkan keadaan isterinya yang sedang sakit. Dia sedikit kesal kerana masih lagi tidak berpeluang melawat Sultanah Aisyah dari hari pertama mendapat khabar berita gering isterinya itu.

"Ketibaan Maharaja Lee."

Satu pengumuman di umumkan dari luar bilik perjumpaan. Sebagai tanda menghormati arahan itu, Sultan Jibril, Tun Uma dan pembesar lain berdiri bagi bersedia untuk menyambut ketibaan Maharaja Lee. Tun Uma memandang ke arah Sultan Jibril memberi isyarat untuk fokus kepada perbincangan sebentar lagi.

Sembah hormat diberikan kepada Maharaja Lee dari Tun Uma dan pembesar lain dari kerajaan Mahang. Begitu juga dengan pembesar Maharaja Lee yang juga turut menyembah hormat kepada Sultan Jibril. Sultan Jibril dan raja dari kerajaan Cina itu berjabat tangan sebelum memulakan perbincangan.

"Selamat datang ke negara Cina. Ianya satu penghormatan kepada saya untuk terima kunjungan dari kerajaan yang mahsyur negaranya dari segala aspek."

Maharaja Lee mengungkapkan keterujaannya menyambut kehadiran Sultan Jibril dengan bantuan penterjemah yang mewakili kerajaan itu.

Sultan Jibril hanya tersenyum bangga.

"Khabarnya,keselamatan  kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu diancam oleh Kerajaan Zuhal. Sahihkah berita itu?" Maharaja Lee memandang Sultan Jibril.

"Benar. Kerajaan Zuhal telah menghantar pengintip-pengintip mereka ke Kerajaan Perak, Sulawesi dan Qawiy. Namun mereka telah ditangkap dan dihukum." Sultan Jibril mejawab pertanyaan itu dengan nada kekecewaan.

"Jadi Kerajaan Mahang mahukan perlindungan dari Kerajaan Cina?" Maharaja Lee meneka niat Sultan Jibril dan pembesar yang datang bersamanya.

"Ya." Sultan Jibril pantas menjawab.

"Baiklah. Apa tawaran kerajaan kamu kepada kami?" Maharaja Lee memandang Sultan Jibril.

"Tuanku, kami akan memberi izin kepada pendagang dari Kerajaan Cina untuk membeli barangan dari Kerajaan Mahang tanpa mengenakan cukai yang tinggi seperti mana yang cukai yang dikenakan kepada kerajaan-kerajaan lainnya. Dengan cara ini, Kerajaan Cina juga akan menjadi lebih mahsyur dan terkenal dan lebih berkuasa."

Tun Besar Mahmud laju menjawab pertanyaan dari Maharaja Lee sebelum sempat Sultan Jibril menjawab sendiri. Jawapannya disambut oleh tepukan dan sorakan dari Maharaja Lee dan pembesaar-pembesarnya. Tun Besar Mahmud tersenyum bangga melihat reaksi mereka.

Tindakan itu mengejutkan Sultan Jibril. Dia memandang Tun Uma jika dia juga tahu akan tawaran yang dilakukan oleh Tun Besar Mahmud. Tetapi, Tun Uma hanya menggeleng kepala. Dia juga tidak tahu berkenaan hal itu.

Sultan Jibril memandang Tun Besar Mahmud dengan pandangan yang marah. Namun Tun Besar Mahmud membalas renungan itu dengan senyuman. Tun Uma yang melihat ketegangan antara mereka berdua segera menepuk lembut bahu Sultan Jibril untuk menenangkannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 16, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DI BAWAH CAKERAWALA PALSUWhere stories live. Discover now