Qhasyaf kemaskan tie berwarna biru tua yang dipakainya sebelum keluar daripada kereta Honda yang elok terpakir di bahu jalan. Benar-benar berhadapan dengan pintu masuk sebuah bangunan tinggi yang berdiri gah di tengah bandar Kuala Lumpur.
Kebiasaannya, keretanya bukan berada di situ tetapi untuk hari ini, sememangnya itu tempat yang paling layak.
Jeda langkahnya seketika. Nafas diambil dan dilepas perlahan sebelum dia mula melangkah.
Lelaki berbadan tegap yang mula berjalan masuk membuatkan semua pekerja di dalam pejabat itu memandang ke arah figura lelaki yang berjalan tegak tanpa menoleh sedikit pun ke kiri atau kanan.
Suit berwarna hitam yang membaluti tubuhnya menampakkkan lagi auranya yang berkarisma tetapi apabila mata naik memandang wajah lelaki itu, mereka sendiri kecut perut. Wajah dingin yang tiada perasaan itu memang menyeramkan dan akhirnya tiada siapa pun yang berani nak menegur.
"Boss! Jap... Jap." Qhasyaf yang baru ingin menolak pintu bilik pejabatnya terhenti tatkala mendengar suara pembantu peribadinya. Dia menoleh ke belakang, dilihat wanita itu sedang berlari mengejarnya.
Qhasyaf hanya jongketkan kening sebagai tanda 'kenapa' apabila wanita itu sudah berdiri di hadapanya.
Dapat dilihat pembantu peribadinya itu tercungap-cungap. Wanita yang memakai tudung bawal berwarna hitam itu mengambil nafas lalu dihembus perlahan. Dia tak boleh nak bercakap dalam keadaan tak cukup oksigen.
"Tuan Muhammad dengan Encik Qhal ada dekat dalam," ujar wanita yang bernama Syeera itu apabila dia sudah kembali tenang sambil jari telunjuknya diarahkan ke dalam pejabat Qhasyaf.
"Dia orang buat apa?" Tanya Qhasyaf semula.
"Saya tak tahulah tapi dari pagi lagi diaorang dah tunggu bos. Saya ingatkan bos dah tak datang office. Banyak kali saya call bos tapi tak angkat. Tuan Muhammad itu berpuluh kali suruh saya call, rasa nak patah jari saya ini." Bukan menjawab soalan tetapi lebih kepada bercerita sekali dengan pakej merungut lagi.
Yang boss dia ini pun satu, ada ke baru muncul sekarang. Lagi setengah jam nak lunch baru nampak batang hidung. Tapi itu pun selamat lah dia datang. Kalau tak, mesti jari tangannya sudah patah sebab asyik tekan skrin telefon itu saja.
'Tuan Muhammad itu pun satu, boss ini anak dia tapi beria nak suruh aku juga yang telefon.'
Syeera dah membebel panjang tapi dalam hati je lah. Kalau dia cakap terus depan lelaki ini, maknanya ni hari lastlah dia bekerja."Ada apa-apa lagi?" Tanya Qhasyaf. Bukannya dia tak tahu yang pembantu peribadinya ini tengah mengutuk dia dalam hati sebab itulah tiba-tiba diam. Tetapi yang membuatkan Qhasyaf nak tergelak, wanita ini tercungap-cungap mengejar dia macam tengah berlawan lari 400 meter semata-mata nak bagi tahu perkara tak penting ini.
Ya, bagi Qhasyaf ini tidak penting kerana dia sememangnya sudah agak perkara ini akan terjadi daripada awal.
Syeera hanya geleng sambil tersengih. Rasanya dia sudah terlebih cerita.
"Boleh saya masuk sekarang?" Sengaja Qhasyaf soal lagi. Riaknya masih tidak berubah. Serius dan dingin.
Syeera angguk laju sambil tangannya mempersilakan Qhasyaf untuk masuk ke pejabatnya sendiri. Malu betul mukanya sebab dah terover depan lelaki dingin ini.
Qhasyaf terus tolak daun pintu pejabatnya dan masuk ke dalam. Dia tahu akan ada perkara yang bakal terjadi dan perkara itu bukan hal yang baik.
"Muncul jugak kau kan. Ingatkan dah tak nak datang dah." Tuan Muhammad bersuara sambil duduk di sofa yang berwarna hitam itu. Sepasang matanya langsung tidak memandang ke arah Qhasyaf.
YOU ARE READING
MILIK DIA
RomanceMengisahkan seorang gadis berusia 22 tahun bernama Naura Qhadeeja. Kehidupannya penuh sederhana, hanya membesar di rumah anak yatim dan tanpa sengaja menjadi anak angkat dalam keluarga Tuan Muhammad Al Attas. Penemuannya dengan anak teruna ketua rum...